Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label al fatihah. Show all posts
Showing posts with label al fatihah. Show all posts

Thursday, March 21, 2013

Harap maklum: CR beroperasi hingga jam 3.00 petang

Pada 21 March 2013 bersamaan hari khamis iaitu pada hari ini, CR tidak dapat beroperasi seperti sedia kala..
Kesulitan amatlah kami kesali.


Ianya untuk memudahkan daku menyiapkan makanan dan minuman untuk kenduri doa selamat arwah ayah mertuaku yang telah ke rahmatullah. Semoga roh Allahyarham Haji  Hamis B Haji Abu dicucuri rahmat. Al Fatihah.


ps: 2 tahun rupanya ku ketiadaan ayah mertua, bagiku arwah sentiasa bersamaku untuk memajukan Citarasa Rinduan.... Abah tetap di hatiku...

Tuesday, July 3, 2012

Al Fatihah buat Blogger Lieynanilaz


Salam takziah dari blog Citarasa Rinduan untuk ahli keluarga pemilik blog KISAH KEHIDUPAN, blogger ini menggunakan nama penanya sebagai Lieynanilaz...

Jua buat allahyarhamah moga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman...

Komen beliau yang terakhir pada 1 july 2012, diblog Citarasa Rinduan, arwah yang sangat perihatin, baik hati dan sentiasa mengambil berat tentang sahabat-sahabat blogger yang lain buatkan diri ini tersangat sayu.... Kehilangan beliau amatlah aku rasai, hinggakan keinginan aku berhenti seketika dari dunia blogging, terciptanya entry ini untuk pemberitahuan kepada sahabat yang lain

Allahyarhamah meninggal dunia, akibat darah tinggi dan paru-paru berair pada petang 2 july 2012.

kredit to blogger Gb dan blogger Tihara (sahabat baik arwah)

Friday, May 11, 2012

Seorang Maut, Sembilan Cedera Dalam Kebakaran Loji Pemprosesan Gas Di Dungun



Selamat pagi Jumaat sahabat, semalam ku agak sibuk menguruskan keperluan sendiri, terima kasih buat sahabat yang sudi meluangkan masa membaca coretanku. Moga yang baik-baik ku doakan buat kalian semua.

Malam tadi, dapat update FB dan ada sedikit kerisauan apabila membaca akhbar berkenaan kebakaran di pusat pemprosesan gas di Loji Pemprosesan Gas (LPG) dalam kompleks A milik Petronas di Dungun, Paka

Kebetulan ku mengenali 2 orang sahabat alam maya iaitu blogger SIS LIN dan blogger MAK ET yang sama-sama suami mereka mencari rezeki di tempat itu.. Alhamdullilah.. tiada berita buruk dilaporkan oleh mereka berdua, syukur..

*******************
Kebakaran tersebut menyebabkan 1 orang meninggal dunia dan 9 orang cedera parah

Mohd Zamri Fithri Mohd Nor 25 Tahun,(gambar diatas) berasal dari Padang Pulut dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zanariah mengalami lecur dibadan dan kecederaan badan sebanyak 90 peratus. Manakala 8 orang lagi dihantar ke Hospital Dungun dan hospital kemaman.


Salam takziah ku ucapkan kepada keluarga Allayharham Rosli Bin Mansor, 31 Tahun berasal dari Kuala Terengganu. Moga urusan Allahyarham kesana dipermudahkan.. Al Fatihah

Kredit untuk mStar online


Thursday, April 5, 2012

Mohon sahabat doakan agar Ibunya selamat walau anaknya sudah tiada..

Salam takziah ku ucapkan buat sepupuku Intan dan suaminya Ayie diatas pemergian anaknya yang tercinta
Baby sulung yang sedang dikandungkan oleh Intan, cukup bulan.. namun meninggal dunia dalam kandungan, sekarang Intan (ibunya) sedang bertaruh dengan nyawanya

Mohon jasa baik sahabat-sahabatku supaya mendoakan operation yang sedang dijalankan oleh doktor di Hospital Kluang., Johor berjalan dengan lancar

Aku sebagai keluarga terdekat.. mengucapkan salam takziah buat seluruh simati..
Al fatihah


PS: sayunya hati ini, mengenangkan nasib yang menimpa sepupuku,. Namun tuhan punya kuasa…


Tuesday, March 27, 2012

1 Tahun berlalu?


Baru balik dari belanja bahan2 untuk kenduri doa selamat…




Pejam celik, pejam celik sudah setahun pemergian allahyarham Hamis B Abu (ayah mertuaku)… hingga saat ini, tak pernah hilang ingatanku padanya, mungkin aku satunya menantu… sebab itu aku paling rapat dengan arwah berbanding suamiku…

PS: 31 march 2012 kenduri akan dibuat, pada jam 2 setengah petang… al fatihah atas allahyarham Hamis b Abu.

!!selingan.. esok ke HSI, temankan en zalie bertemu dengan doctor pakar Medical.. result darahnya 2 minggu lepas, moga yang baik2 buat suamiku..amin!!


Tuesday, February 21, 2012

Serba serbi tak kena..


Tak berapa nak sihat..
Otak pun tak berapa nak semangat…
Bila hati kata penat… jawapnya semua anggota jadi lesu
Aktiviti petang, suamiku ajak temankan beli barangan basah di pasar borong.. layan pelbagai makanan, entah mengapa tekak ini rasa sangat payau

PS: selepas mengziarahi jenazah arwah haji Ahmad, aku terduduk layu… (moga arwah dimasukkan kedalam golongan orang2 yang beriman) AL FATIHAH...arwah merupakan atok yang sangat berjasa pada kami sekeluarga, dia mempunyai kebolehan apabila aku menjaga umai di dalam hari (5 tahun yang lepas)..  terasa sangat kehilangannya...


Monday, February 6, 2012

Al Fatihah buat arwah sepupuku Ashida Saim


Jam 4.12 pagi ku terima telefon dari abahku.. kata-katanya yang kelam kabut mengejukan aku tentang kembalinya sepupuku ke rahmatullah

Jenazahnya akan dikebumikan sebelum solat zohor di tanah perkuburan felda Tebrau, Johor. Salam takzaih buat seluruh keluargaku

Al Fatihah buat Allahyarhamah Ashida Bte Saim yang ku tiak Kak Long. Moga Arwah ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman


Inilah doa Baginda Nabi Muhammad saw ketika meninggalnya sahabat Abu Salamah r.a:
Wahai Allah, ampunilah Abu Salamah, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya.

PS: jam 2 pagi, anakku Umairah mengiggau… menangis teresak2.. jika ada kematian, dia memang cepat terasa. (mungkin sebab kanak-kanak diberi kelebihan olehNya)

Friday, January 6, 2012

Tanggungjawab dah tertunai ~ Arwah FIL dah HAJI~


Alhamdullilah. Rezeki arwah….
Masa bulan rejab tahun lepas aku mendaftarkan nama arwah untuk BADAL HAJInya. Ingatkan tiada rezeki arwah nak kesana

Syukur, letak nama… dan terus bayar melalui akaun tabung haji suamiku, arwah abah dapat pergi akhirnya




PS: 2 tahun arwah berulang alik kursus haji bersama MIL, hingga 1 tahap arwah ada kata, sempat ker abah kesana Ayu??  Masih kuat suara arwah di telinga ini.. akhirnya…. Syukur padamu ya Allah..
al Fatihah buat arwah Haji Hamis bin Abu


Monday, January 2, 2012

Bekas Presiden Bursa Malaysia Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia), Datuk Mohd Salleh Abdul Majid, 62, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 10.20 pagi Isnin akibat barah.
Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke HKL akibat sakit buah pinggang dan kanser rektum.
Beliau dimasukkan semula ke HKL Rabu lalu selepas keadaannya kritikal akibat penyakit kanser yang disahkan doktor pada tahap empat.
Menurut anggota keluarga, jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumah ibunya di Lot 1055, Jalan Haji Mokhtar, Kampung Pasir, Hulu Kelang, dan dijangka dikebumikan selepas solat Asar.
Mohd Salleh menjadi Presiden BSKL selama 19 tahun dari 1984 sehingga 2003.
PS: dengar berita di tv3 jam 8 malam tadi, al fatihah buat arwah, salam takziah buat keluarga.. masa kita belum tentu.. moga sama-sama kearah kebaikkan

Saturday, September 3, 2011

BERITA TERKINI. jurugambar BERNAMA TV maut di somalia




KUALA LUMPUR: Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor, 41, meninggal dunia selepas terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia, malam ini.

Wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya, yang turut serta dalam misi itu berkata, dalam kejadian 10.30 malam waktu Malaysia itu, Noramfaizul bersama rakan media elektronik menaiki trak ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita apabila beliau terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi paru-parunya.
"Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada 11.07 malam waktu Malaysia," katanya.
Waktu Malaysia lima jam lebih awal daripada Mogadishu.

Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media membuat liputan berita tetapi tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.

Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 September ini. - BERNAMA 
*******************
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham..semoga arwah dicucuri rahmat, semasa mengikuti berita jam 7.30 pagi di TV3.. hatiku sayu melihat ibu arwah Noramfaizul dikaca TV.. meratapi pemergian arwah.
Ya. Allah.. kau berikanlah kekuatan kepada Ibu, Isteri dan anak2 arwah.. semoga mereka diberikan semangat menhadapi apa yangtelah terjadi.

Monday, August 22, 2011

Selamat hari lahir, Semoga tenang disana.........

Hari ini, 22 Ogos,hari ulang tahun kelahiran arwah ayah mertua (hamis Bin Abu) yang ke 55 tahun…
Rasanya baru tahun lepas, ku berikan abah sepasang baju… hari2 abah sarung baju pemberian aku, sebenarnya, tiap2 kali hari kelahiran beliau, ku akan sediakan material untuk tanda kenangan dari anak menantunya seorang…
*****************
Selain ucapan, ciuman dan tanda penghargaan, arwah akan sentiasa mengharapkan aku `menyediakan sesuatu`  pada hari istimewannya.. en zalie tak pandai nak pamerkan kasih sayang pada hari kelahiran beliau… nak ucap hari lahir pada arwah pun, en zalie malu..,.
Apa yang aku lakukan adalah,Ku akan canang satu kedai… maka, berderetlah pembantu abah untuk bersalam dan ucapkan selamat hari lahir untuk abah…….
Semoga abah sentiasa tenang disana, dimasukkan dalam golongan orang2 yang beriman

PS: kerap kali berbuka atau bersahur.. ingatan pada arwah semakin menyerlah.. terasa sangat kerinduan pada arwah.. Yalah.. hanya aku menantunya.. yang menyediakan, yang menguruskan ubatan dan segalanya hanya aku yang mampu lakukan… Al fatihah untuk arwah…

Tuesday, May 10, 2011

Al-fatihah atas ketiga-tiga roh mereka...

Bismillahirahmanirahim.....


SALAM TAKZIAH KU UCAPKAN KEPADA AHLI KELUARGA BLOGGER KAKCIK NURSEROJA
DIATAS KEHILANGAN
ABAH TERCINTA


AL-FATIHAH..keatas roh abah kakcik, semoga arwah ditempatkan kedalam orang-orang yang beriman

Ku perolehi maklumat ini dari blogger wanita Mutalib dan Gadis Bunda melalui sms kak Azie Azah (sahabat rapat kakcik seroja)

Ps:
Khas untuk sahabat blogger semua, SAUDARA AZMIR iaitu anak kepada arwah masih tidak dapat bertemu dengan ayahnya...

***************
Dan salam takziah atas pemergian allaharham OMAR PUTEH atau Aimi Jarr iaitu pelakon Veteran dan penulis Hiburan pada pagi selasa jam 7.30 pagi, arwah meninggal dunia kerana serangan jantung dirumahnya di taman Melawati
 
Kredit to mstar online, sila klik sini untuk berita selanjutnya

************
Dan
Salam takziah dari citarasa rinduan untuk keluarga Allaharhamah Mak Ani, iaitu bekas pengurus kantin sekolah F sungai sayong, arwah menghembuskan nafas di rumah kerana sakit barah USUS besar. Semoga arwah Mak Ani berada dalam golongan orang-orang yang beriman..

AL-FATIHAH

Monday, April 18, 2011

Belasungkawa HAMIS BIN HJ ABU

Nama: HAMIS BIN HAJI ABU

Tarikh lahir : 22 Ogos 1956

Tarikh ke Rahmatullah : 12 April 2011

Sebab kematian : Demam
*****************************************************************

12 April 2011

Tok...tok..bunyi pintu biliknya ku ketuk..
(rutin setiap pagi, aku akan mengambil wang modal harian dengan mak mertua)

Namun, abah yang buka pintu biliknya, ku terkejut sebab ku tahu abah demam...lagipun, memang sukar abah yang tolong bukakan pintu bilik, selalu mak yang akan lakukan..

“Ayu, peningnya kepala abah, abah tak dapat tidur malam tadi”

“Abah, ayu ambil minyak yer, urut kepala abah yer....”

Ku peluk dan ku bantu abah berjalan hingga ke sofa yang berdekatan ....melayang-layang abah berjalan.. bila abah dah duduk, ku urutkan dada, urut belakang badannya, ku urut kepala dan mana-mana yang abah kata sakit dengan minyak panas...

****************

Oleh kerana masa yang suntuk untuk ku bekejar ke citarasa rinduan, ku tinggalkan abah..mak mertua solat subuh...duduk abah keseorangan...ketika itu aku perasan renungan abah lain sekali, seperti ada yang ingin disampaikan..namun dia tak luahkan...

Selalu, kalau abah demam memang abah sukar tidur, nak ke klinik masih awal pagi katanya..dalam hatiku, selepas siap aku masak lauk pauk tengahari, bolehlah aku hantar abah ke klinik yang berdekatan...

***************

Namun, dalam jam 8.15 pagi, en zalie yang dalam perjalanan ambil ayam di pasar berdekatan.en zalie telefon aku, suruh balik rumah cepat, penting katanya..

Ku bawa motor dengan hari yang berdebar, seolah-olah ku rasakan masa untuk abah sudah tiba..kuat naluriku..namun, ku buang jauh perasaan itu

Sampai ke rumah, di ruang tamu..abah sesak nafas, ku capai telefon bimbit...telefon ambulans...abah duduk, depannya anak lelaki (anak tunggalnya) di sebelah kanannya, isteri tercintanya...

Ya Allah.....abah tak boleh baring, abah dah tak boleh bercakap, walau sebelum tu..dia sebut nama anaknya, sakit...sakit...katanya...berulang kali dia minta tolong en zalie...abah sakit...abah sakit...abah pandang tepat ke mata anaknya...

Ku minta mak ajarkan abah mengucap, bila abah pengsan. Ku angkat badan abahku baringkan atas katil, kaki abah ku luruskan, Ku panggil nama abah berulang kali....ku suruh en zalie beri bantuan CPR......

************************

Ketika itu,,walau ku panik, aku masih sempat berlari ke rumah jiran,,. Abah dah tak sedarkan diri..ku pegang pergelangan tangannya...masih ada nadinya...

Ya Allah, lambatnya ambulans..mana kami ada kudrat nak angkat abah ke kereta dan ke hospital?
Hinggalah jam 8.40 pagi, doktor, jururawat dan ambulans sampai...namun, sudah terlambat...kerana abah dah pulang ke rahmatullah.......

Belasungkawa untuk Allahyarham HAMIS BIN HAJI ABU...Al fatihah


PS:Walau abah ada sakit jantung bengkak, kencing manis kronik (sebab abah ambil insulin), darah tinggi, buah pinggang. Namun, abah menghembuskan nafas dengan cara yang senang sekali...seperti abah pergi dalam keadaan tidur/pengsan....

Tuesday, April 12, 2011

Perginya seorang lelaki yang amat ku cintai


Assalamualaikum..salam sejahtera...

Fikiran masih keliru, air mata masih mengalir tanpa henti....yer aku harus tabah, aku harus terima hakikat yang sebenar. 8 tahun tinggal bersama arwah, tiada beza antara ayah kandung atau ayah mertua

Salam takziah untuk abah tercinta, semoga Arwah Hamis Bin Hj Abu ditempatkan kedalam golongan orang-orang yang beriman..Al Fatihah

PS:Arwah abah (FIL) menghembuskan nafasnya terakhir pada jam 8.35 pagi pada 12 April 2011, dipangkuan En Zalie, MIL dan aku....Jenazahnya selamat dikebumikan pada jam 12 tengahari

Sunday, April 3, 2011

Sekali lagi salam takziah........

Salam takziah dari warga citarasa rinduan kepada ahli keluarga Allahyahram Wak Sani (pelanggan tetap citarasa rinduan) ke atas pemergian arwah pada jam 12.45 tengahari (3 April 2011) di Hospital HSA

Kematian arwah berpuca daripada penyakit strok apabila arwah terjatuh di bilik air pada hari jumaat (1 April 2011), jenazah arwah telah dikebumikan di tanah perkuburan F Sungai Sayong selepas solat asar.

Al fatihah atas roh arwah Wak Sani, semoga ahli keluarganya tabah menghadapi dugaan dariNYA


***************
PS:Fuh!! Mampukah aku update ABP??

Hari ini memang mencabar kewibawaanku….
Selain rezeki masuk bertambah-tambah… Syukur padamu Illahi..tapi tanganku agak sakit kerana banyak menggoreng…ditambah lagi, keluarga arwah Wak Sani telah membuat tempahan untuk 100 bungkus mee goreng..
Ada sesiapa nak tolong urutkan??

Salam Takziah atas pemergian Penulis Lirik Seri bayu

Salam takziah dari blog citarasa rinduan terhadap keluarga Seri Bayu diatas pemergian arwahyarham pada jam 8.30 malam (sabtu) 2 hb Aril 2011.

Penulis lirik Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, 47, (gambar) meninggal dunia di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan akibat penyakit saraf motoneuron.

************
Jenazah dijadual akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Batu 12 Tok Pelanduk, Port Dickson selepas solat Zohor.
Seri Bayu yang pernah menghasilkan lirik Cintaku Muzik Di Hatimu nyanyian Anita Sarawak pernah berkahwin sebelum ini termasuk dengan penyanyi Erema.
Bagaimanapun Erema menuntut cerai daripadanya pada tahun 2008 dan kes berkenaan masih lagi berjalan di mahkamah berikutan Seri Bayu enggan melepaskan isterinya itu.
Seri Bayu meninggalkan lima orang anak hasil perkahwinan dengan isteri pertama iaitu Muhamad Akmal, 16, Muhamad Aiman, 15, Muhamad Aizam, 12, Ally Farjana, 10, dan Muhamad Adham, 8.
*************
 
Semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman..Al-fatihah..

Untuk maklumat lanjut sila klik sini



PS: ambil masa sekejap, menitipkan khabarku kepada kalian.. …terima kasih kepada teman-teman blogger  yang setiasa berada disisiku semalam…alhamdullilah, selepas entry menyepikan diri..terus ku beradu hingga ke jam 5 pagi, sungguh nyenyak lenaku….

Insyallah……kita bersua pada malam ini untuk menyaksikan anugerah bintang popular di kaca TV masing-masing….

Monday, March 14, 2011

Perginya Seorang Blogger yang kukenali sebagai Abah_Izz


Salam takziah dari Citarasa Rinduan untuk ahli keluarga Abah­­_izz (nasir Ismail).. aku pernah buat entry semasa arwah dimasukkan ke ICU sila klik sini
 
Pakcik Lie, abang kandung arwah telah berkongsi maklumat....Allahyarham dimasukkan ke Hospital Sultanah Nurzahirah, Kuala Terengganu pada 26 Februari yang lalu akibat demam dan sakit tekak.

Keadaan beliau bertambah teruk hingga perlu dimasukkan ke ICU. 8 hari beliau tidak sedarkan diri, dan akhirnya arwah menghembuskan nafas yang terakhir di ICU pada jam 12.30 tengahari tadi.

Semoga arwah dimasukkan dalam golongan orang-orang yang beriman….
Sama-sama kita sedekahkan alfatihah atas roh beliau….

PS: bila lah masa ku?? Namun…ianya pasti………………

Monday, February 21, 2011

Yang hidup pasti kembali kesana.............

Selamat malam semua….

Hari ini, selepas ke tabika, aku menyediakan donut untuk dihantar ke rumah jiran, ada kenduri doa selamat ‘niga hari.’

Salam takziah dari citarasa rinduan untuk keluarga Allahyarham Khamis Bin Kesek, semoga balu beliau redha dengan pemergian suami tercinta, danku doakan arwah dimasukkan dalam golongan orang-orang yang beriman..amin

Untuk resepi donut, sila klik sini……
Cuma aduanan aku buat 1 ½ kg tepung, jadi lebihkan sedikit bahan-bahan…..




Ini untuk en zalie, lain-lain untuk mertua dan pekerja citarasa rinduan..ada sedikit lagi ku sedekahkan kepada pelanggan citarasa rinduan



PS” setiap yang hidup pasti mati…….
Semoga sesama kita tiada terselit dendam dan iri hati..ku mohon kepada sesiapa yang mengenali aku..ampunkan dosa-dosaku…

Sesungguhnya, tiada silap dan salahnya kalian terhadapku..kerana sebelum ku lelapkan mata..aku sentiasa memaafkan sesiapa yang mengenali diri ini…
Salam sayang dari Ayu Citarasa Rinduan untuk kalian semua……

Friday, January 28, 2011

Suami Pelakon Wilma Meninggal Dunia

Wilma Muhammad.
PETALING JAYA: Suami pelakon Wilma Muhammad iaitu Mahir Effendi,37, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Tunku, di sini, Khamis, dipercayai akibat serangan jantung.
Rakan pelakon itu, penyanyi Ramziela Radzillah, memaklumkan kematian tersebut ketika dihubungi mStar Online, Jumaat.
“Arwah suami Wilma meninggal dalam tidur di rumahnya pada malam semalam (Khamis). Saya agak terkejut juga kerana setahu saya arwah tidak menghidap penyakit jantung.
“Arwah merupakan juruterbang Firefly dan selalu membuat pemeriksaan doktor. Bagaimanapun, saya bersimpati dengan keadaan Wilma yang masih terkejut untuk menerima kematian suaminya.
"Tambahan pula dia perlu menyara lima orang anak yang masih kecil dalam keadaannya yang tidak bekerja,” kata penyanyi lagu Gemilang Cinta itu.
Jenazah Mahir dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara selepas solat Jumaat.
Kredit to mstar online

PS: salam takziah dari seluruh warga citarasa rinduan kepada ahli keluarga pelakon Wilma, yang dahulunya seorang yang sangat seksi, namun pada tahun 2007, selepas bertemu dengan arwah suaminya.. Wilma berubah dari bertubuh seksi kepada bertudung dan tidak lagi ke dunia hiburan…

ingat lagi aksi seksi Wilma di dalam filem pasrah bersama Norman hakim….

Semoga arwah suaminya dimasukkan dalam golongan orang yang beriman..amin