Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label kisah cerita aku. Show all posts
Showing posts with label kisah cerita aku. Show all posts

Monday, April 22, 2013

Aku terlayan pulak!!


Siapa layan drama bersiri JODOH?? sila mengaku cepat?
pertama kali aku layan drama bersiri ini pada malam semalam (ahad malam isnin) teruslah hatiku tangkap leleh ngan drama best giles nie.

Macam biasa kalau dah suka, surelah aku meng'google' rupanya drama ini dah lama bersiaran, alahai!! terlambat gilessss... waka..waka....

Kalau yang biasa tengok, pasti tahu jam berapa tayangannya kan? Setiap hari isnin pada jam 9 malam kan? Hah yang macam gambar kat bawah nielah

(kredit to mr google)


Tapi apa yang berlaku pada diriku? tetibalah bila semangat jatuh cinta tu dah menyerap, siap jer solat maghrib, daku terus berdesuuuppp ke 2 pasaraya untuk belanja bahan-bahan untuk berniaga esok hari. Makan malam pun kelam kabut jer, maklumlah set jam 9 malam wajib di depan Tv.

Jam 9.15 malam masukkan bahan-bahan yang dibeli dengan cepat gitu, siap pujuk hatilah drama JODOH dah main 15minit, rugiiii ooooooo..

Masuk dalam rumah dah jam 9.30malam, siap arahkan EN ZALIE tolong kuncikan gate pintu sebab aku dah tak sabar nak tengoh Scha dan Dazrin berlakon, comelll gitu. Namun punyalah hampa bila lihat di tv saluran RIA 104, tak ada drama tu, meraunggg oooooo. Kira frust gak (putus cinta pun tak macam nie kannn), anak daraku boleh pula kata, "ibu.. belum mula lagilah, drama tu start jam 10 malam"

Wawwawawawwawaw,,. lorrr!!! rugi 30minit, kalau tak tadi dapat aku rembat minyak wangi bilik... APTB

(PS: korang pernah kena macam aku tak, baik mengaku?)

PSS: mujur gak dapat update blog, eh!! korang dah tolong aku ker?, mailah LIKE daku disini


CITARASA RINDUAN eik, nak vote kengkawan lain pun okey, CMG ada, BEN ASHAARI ada, ramai lagilah... jommm LIKE (vote) kami

Monday, April 8, 2013

Balik dah!!

Ingat lagi entry jumaat lepas ku?..
Alhamdullilah... sudah sembuh dah kereta nan satu nie, tak yah habaq harga caj pembaikkan kereta nie kat korang.. sebab harganya boleh buat akaun aku ke angka sifar.. Hahhahaha

Sunday, April 7, 2013

Kisah Hujung Minggu- Ke Felda Adela - Sek Men Agama Penawar

(opss, ada model pulak kiri gambor, Sorry pakcik ter'snap')

Selamat pengantin baru buat anak sepupu arwah ayah mertuaku. Aiet dan Amet, moga bahagia selamanya... Bilaku berbual dengan ibu pengantin, sahlah.. pusing2 Cik Ara adalah anak kepada mak saudara belah ibuku, alahai... kecil jer dunia. Memangku akui, antara aku dan En Zalie ada hubungan persaudaraan. Bila 10tahun kami bersama, baru ku nampak belah mana satu yang buat kami ada bau bacang, Bahahhaha...

Dari felda Adela ( first time tu..aku ke felda nie, cantik ko felda nie, jiran dengan F Sening, F Keledang, F Tunggal...) Kami berempat teruskan perjalanan ke Sek Agama Penawar, ziarah anak makcikku. Dalam gambar yang pakai baju biru tulah Afifah Latif belajar kat situ.
Ala-ala kejutanlah ibu Afifah (yang pakaii tudung hijau Wak Lah) buat pada anaknya, sampai terlompat-lompat Afifah bila menerima kunjungan kami.

Alang-alang dah ketempat orang, wajiblah aku dan buah hatiku Umai 'posing' bersama-sama. ( nampak tak beg baruku? Ada gambor kasut ko.. hahahhahah)

Eh! lupa nak tunjukkan gambar Afifah terlalu GEMBIRA dengan kehadiran kami, sampai mau tertanggal tudung sebab tak percaya kami melawatnya disekolah, untuk sepupuku Afifah semoga berjaya untuk peperiksaan SPM yang akan datang. LUV u

Nie gambar telefon ala-ala zaman aku kat POLI, tapi tulah ada sedikit kecanggihan. Boleh SMS ko.... Pertama kali aku tauu

Tara!!!
Sepupuku Nor Hafizah paling 'excited' sebab dapat jumpa berpuluh-puluh telefon awam, katanya kat UKM mahupun kat mana-mana tempat awam dah tak jumpa dah alat telekomunikasi jenis nie, depa semua kena guna telefon bimbit.

Friday, April 5, 2013

Ada hikmahnya


Mujurlah saya batalkan hasrat saya ke teratak sahabat blogger ke Sedenak, sahlah lepas ini kena lebih berjimat. Nak garu kepala kompom tak sattlekan masalah. Redha sahaja..


Sunday, February 3, 2013

Akikah Auni, meriah!!

Auni anak kedua sahabatku Puan Siti Jamaliah, ku tiak sahabatku dengan nama Liah, teman dari kecil hingga dewasa. Geng susah dan senang, kami berjiran. Teman kesekolah, teman sebilik air, teman terjun kolam, teman sepermainan...
Sepasang dah anak sahabatku. Moga keduanya menjadi anak yang soleh dan solehah.
Ahli penerokawati blok 10, ahli GPW dijemput untuk meraikan majlis akikah Auni. Bacaan berzanji dibaca dan selawat memuji-muji Nabi bergema saat aku sampai ke kampungku F Tenggaroh 1

Ketua berzanji. Ku tiak Cik Ju membacakan doa penutup dan doa selamat. Moga diperkenankan. Amin

Ibuku paling kanan meng'amin'kan bacaan, jika dahulu ibu ketuanya. Kini ibu sebagai tetamu meraikan, kesihatan ibu belum mengizinkan.


Cenderhati dari Liah buat para tetamu, aku paling suka buku yang disedekahkan kepada kami. Ada ayat Yasin serta doa-doa terpilih.


Paling meriah!!!
Bab makanan...
Nasi Ambeng..... Selain tu ada kuih muih, buah-buahan, kambing masak manis..

Terima kasih tuan rumah kerana mengundang kami sekeluarga.

Monday, January 7, 2013

Rewang memang syok!

Bungkus berkat sama-sama, sambil bergurau senda memang syok. Tiada masam muka, kerana 25 penerokawati rukun ibarat adik beradik.
(ibu gambar paling kanan berbaju ungu,walau kesihatan belum sembuh, tetap duduk bersama)

Berborak sambil menunggu nasi dalam periuk tanak, lauk pauk perlu ditambah jika tetamu bertambah, tugas walau berat. Dirasa ringan.
(Abah berbaju biru, bertopi membelakangkan aku yang mengambil gambar curi.

Bentuk hiburan perlu ada, karaoke memadai. kalau bentuk dalam gambar, orang dapur tak pandai nak sumbangkan suara. Sorry..

Tuan tanah bergambar dengan anak peneroka. Kami sudah lama tak bersua.. rinduuuu... lepaskan perasaan pelbagai.. Dahulu kami geng baling selipar, masak pondok2... Tak pakai baju, sluar besor warna merah. Hahahah.. 5-7 tahun siapa selera?  Sekarang tak bolehh.. bahaya!


ps:
Inilah saat paling menyeronokkan, hadirkan majlis perkahwinan jiran rumah Ibu di felda....
Ya! sekarang semua sudah besar panjang, nak berjumpa inilah masanya

Sunday, January 6, 2013

Berjimba-jimba macam aku anak dara

Kisah jumaat lalu....
Hanya aku, ibu dan abah.....
Appoinment ibu dengan pakar medical jam 9pagi, manakala dengan pakar O & G jam 3 petang....

Apa yang kami lakukan semasa menunggu temujanji seterusnya?
Shopping!!!! sudah semestinya...


Kami pilih kudapan kegemaran... Aku bayar.. ibu dan abah pilih sampai lebam.. Horey.



Abah jenis tak kisah, kami shopping tudung, abah temankan.. rembat tudung dan telekong, macam biasa.. Aku bayar.. Ibu tamo.. aku cepat2 bayar pada peniaga. kikiki... Sempat juga pilih toys buah Umai, tudung untuk MIL dan hadiah buat En Zalie (rahsia.. mana korang leh tau)



Sejak abah kena strok 5 tahun lepas abah cepat lapar, jam 12 tengahari cari nasi. Abah makan ikan tongkol dan ulaman, ibu pilih asam pedas ikan caru. Aku kononnya diet, last2 telur masin dan   pucuk ubi lemak menjadi satapan. Sedap kooo makan time lapar. Hahhahaah, lagilah aku sorang tanpa adik beradik lain. Pastinya macam anak dara.
Auwwww....

Sambung lagi belanja barangan dapur, satu troli penuh ko..... pilih untuk barang CR sekali.. kali ini ibu bayar sendiri, aku hulur RM di chasier, rupanya abah dah hulur RM awal-awal.. Adoiii..


ps:
Alhamdullilah. Rawatan dengan pakar medical sudah dihentikan, masalah tekanan darah ibu yang sering naik akibat ibu menghadapi kegugupan dan mudah stress.

pss:
Pakar O & G menyatakan luka pembedahan semakin pulih, wajah keriangan ibu membuatkan doktor semakin selesa untuk memutuskan rawatan terakhirnya pada 1 Feb.

psss:
Terapi shopping penyebabnya, dan Ya!! ibu boleh berjalan laju seperti sediakala..
Terima kasih Tuhan, family dan sahabat yang sentiasa mendoakan ibu Saya.

Saturday, January 5, 2013

Mana boleh jadi....

Pagi hujung minggu ramai geng2 basikal singgah CR, dari basikal yang biasa-biasa ke jenama mahal yang beriban-riban.. Tetap suka-suka aku panggil depa geng basikal. Huhuhh..

Jangan tak tau.. kebanyakkan dari mereka ada yang bekerja sebagai pegawai bank, guru malahan perniagaan.. bukan calang2 kan...

Bagi aku,jaga bank ker, mat despatch ker, bab mementingkan kesihatan memang diberi keutamaan.

Mana boleh tahan, lepas memasak... aku round kampung.. sekurangnya geng basikal pembakar untuk aku menjaga kesihatanku..Hehhehe

Orang kampung memang paham dah.. kalau nampak aku round sorang2... depa tak kisah mengata.. Thanks semua..

ps; ker aku memang tak tau malu?. huhuhu

Sunday, December 23, 2012

Hasil berkolagen? Jeng2...



Nielah hasilnya.. kiri tu gambar sebelum ku berkolagen, sebelah kanan tu gambar terkini....
Kalau ikut aku bezanya tak perasan. Bila satukan gambar antra keduanya, jerawat halus bawah dagu dah kurang...
Syukur....


Semalam petang dapat parcel dari doktor Hanie Abdullah.. wahhhh.. vitamin C daku dah sampai.. Nanti bila kesan dah dapat bolehlah daku syer ya... Mana tau ada yang ingin berkolagen dan ber'vit C

Saturday, December 15, 2012

Dan Akhirnya.. (Ewah macam tajuk novel pulak)

Ngeeeeee....
Cuaca cun.. so, jam 6.40pagi  daku bersendirian berbasikal..
Peluh banyak keluar....
Rasa jadi baru pulak hari ini. Tarikh yang cantik 1/2/34 H.. Moga yang baik2 buat diri ini dan kawan2 semua...

Jommm.. kerja...

ps: di pasar ada pelanggan tanya resepi mee Hailam.. syukur, ilmuku diturunkan buat orang lain. Moga dimanfaatkan ya

Thursday, December 13, 2012

Berkecai hasrat dihati!!

Kacak lagi bergaya lepas kena shampoo... Aku panaskan dengan pusing2 padang badminton 5-6... siap up..up lagi.. Huhuhu...


Namun, berkecainya hasrat dihati.. hujan lebat tak henti2.. tak apa esok pun boleh.. kalau hujan esok2 hari?.. tak payah kayuh.. makan..makan.. bior kembang dan membesar dengan jaya. Hahah...

ps: up entry sambil kayuh mulut dengan jambu batu... huhuhu

Nekad...

Ada kaitan dengan entry sebelum2..... Ku Nekad untuk memulakan semula..
Pertama kali tentulah beri angin pada keempat2 tayar.. 2 bulan lebih dok tersadai dalam stor.. hari ini lepas siap memasak.. Aku pinjam pam angin pada pak saudara yang ada bengkel motor

Cik Baba, thanks sebab tak caj atas perkhidmatan angin... love lahhhhh (muhaaaaahaaa...) Sempoi jer pakcik aku, atas 4x4 pun leh pam tayar...

PS:
Nak mandikan dulu..... bagi kacak dan wangi

Tuesday, December 11, 2012

Gigih ker aku dalam dunia blog?

Pada mata korang, aku sentiasa sempurna seperti tumisan masakkan macam gambar diatas... Kombinasi bawang, cili,gula,garam mengindahkan mata.


Namun, ku manusia biasa.. bekerja, menguruskan keperluan utama keluargaku.. dan kadangkala kabur dalam dunia blogger, ada masa terluang ku berblog.. begitu juga BW..


Moga sahabat memahami ke'gigih'an ku berblog.. Moga ada yang tak kecil hati dan terasa andai ku tidak sampai ke blog kalian..




Friday, December 7, 2012

Salam Pagi Jumaat



 Syukur, pagi jumaat yang diberkati.. Keputusan darah dan bekas operation yang ibu lalui 2 minggu lepas semuanya baik2...

Alhamdullilah dengan izinNya. Terima kasih Allah, seluruh ahli keluargaku dan sahabat yang mendoakan kesejahteraan ibu.
Salam sayang dari kami berdua..

Thursday, December 6, 2012

Tarik nafas sat!


Seawal pagi kami berdua tersekat disini.


Akhirnya jam 8.15 pagi sampai juga ke sini. Minggu lepas kami ke sini juga, cuma bezanya hari ini rawatan susulan tentang paras gula dalam badan En Zalie di perolehi.

Beratur menunggu giliran memang memerlukan kesabaran. Jam 9 pagi hingga 12. 30 tengahari tiba giliran kami.

Tambah penat dan letih bila kesemua result darah/asid urid/kolestrol tidak memuaskan...

Bulan 1 / 2013 terpaksa rawatan susulan dipercepatkan.. Moga yang baik2 buat suamiku...


Ps:
 Nak bercuti untuk menarik nafas yang terasa seperti bongkah besar di dadaku. Ya Allah kau permudahkanlah.

Thursday, November 29, 2012

Update dari sini


Lokasi: Tanaman herba hospital Sultan Ismail, Johor.
Sambil menunggu En Zalie check up.. kami berdua cuci-cuci mata dan belajar kenal tanaman herba..


PS:
CR tidak beroperasi seperti biasa pada 29 Nov 2012. Harap maklum

Wednesday, November 28, 2012

4 Hari tak update blog?


Ayam nak kena beri makan...

Tanaman dihalaman nak kena diberi minum

Ibu perlu dihidangkan dan dijaga makan minumnya

Halaman rumah ibu perlu di bersihkan

Tetamu yang ziarah ibu perlu dihidangkan sesuatu untuk membahasi tekak.. sebagai tanda terima kasih dan penghargaan


Atas sebab-sebab diataslah daku bercuti dalam dunia blogger.

ps:
Terima kasih En Zalie kerana mengizinkan daku menjaga ibu sejak sebelum-selepas pembedahan membuang rahim di KPJ KLUANG  hingga kembali ke halaman kampung

Saturday, November 24, 2012

Kosong..kosong....


Baru beberapa minit yang lepas teratakku meriah dengan tetamu
kini!!!  wawaaaaa.... ku kehilangan.

Anak saudaraku Ain Fazlin akan menjaga ibu dikampung.

Anak saudaraku bersama ayahnya akan ke Pahang kerana ada majlis kahwin dirumah atoknya.

Adik lelakiku juga sudah bergerak ke kampung untuk menghantar ibu...

Kembar 3 juga pulang kekampung untuk menemani ibu. Hanya tinggal Umai seorang yang kesedihan tiada kawan.

Adik beradikku juga telah meninggalkan teratakku untuk pulang ke rumah masing-masing kerana masing-masing ada hal yang lebih utama.


Ibu (gambar semalam) juga meninggalkan teratakku.. Oh!!. ku rasa kosong....
Kenapalah cepat sangat mereka meninggalkan teratak kami.. sunyinya..

PS:
nak jaga ibu jugakkkkk...... tapi kedai macamana?