Kek tiramisu dihadapan mata, buatkan hati berbunga riang.. kejutan dari suami untuk isterinya dihari ulangtahun kelahiran yang ke 32.
Terima kasih buat anak mereka yang memeriahkan suasana. Sebenarnya si kecil ini yang memecahkan rahsia si suami untuk si isteri lewat petang semalam.
"Ibu, abah kata ada kejutan untuk ibu lepas maghrib nanti" inilah ayat yang terkeluar darinya semasa bertemu ibunya jam 6.30petang pada 4 Nov 2012.
Si Ibu menjerit sambil memarahi pekerja Citarasa Rinduan yang sepakat dan bersekutu dengan majikan lelaki mereka, patutlah pekerja tak hiraukan kata2 majikan perempuan apabila masa rehat mereka telah tiba. Rupanya tempat cari makan mereka tidak beroperasi seperti biasa. Hanya 10jam sahaja waktu operasi berbanding hari biasa 13jam.
Ini pula wajah ibu mertua yang sepakat untuk memeriahkan majlis, tempat makan-makan pilihannya. Secret Resepie Kulaijaya. Terima kasih mak.
Pertama kali mencuba spaggeti mball chiken. Bila si anak tak mahu, si ibu cuba habiskan.. Maaflah memang tak berapa pandai nak makan benda alah tu... tak kena seleranya. Hujung-hujung tak habisss.. Hehehhe
Ini wajah si suami, yang mencetuskan idea untuk si isteri tersayang. Terima kasih kerana bersusah payah mengeluarkan RM dan tenaga untuk isterinya. Tanpa kejutan ini.. isterinya tetap sayangkan beliau hingga hujung nyawa..
Si isteri iaitu pemilik blog Citarasa Rinduan dan anaknya yang senghaja berposing dalam entry ini. Bukan seghaja sebenarnya tapi memang mereka yang mauuuu... Huhuhu, tak malukan?..
Tak cukup layan di CR, sambung pula ke Tutti Frutti di Indahpura, alahaiii lewat malam senghaja cari pasal layan makanan sejuk...
Apapun, majlis kecil semalam memang berjaya berjalan dengan lancar. Si isteri terharu, si suami gembira kerana detik 4 nov mendatang entahkah ada atau tidak, selagi baki hidup ada, kita kena bersyukur pada apa yang berlaku disekeliling kita.
Terima kasih Allah..