Kek tiramisu dihadapan mata, buatkan hati berbunga riang.. kejutan dari suami untuk isterinya dihari ulangtahun kelahiran yang ke 32.
Terima kasih buat anak mereka yang memeriahkan suasana. Sebenarnya si kecil ini yang memecahkan rahsia si suami untuk si isteri lewat petang semalam.
"Ibu, abah kata ada kejutan untuk ibu lepas maghrib nanti" inilah ayat yang terkeluar darinya semasa bertemu ibunya jam 6.30petang pada 4 Nov 2012.
Si Ibu menjerit sambil memarahi pekerja Citarasa Rinduan yang sepakat dan bersekutu dengan majikan lelaki mereka, patutlah pekerja tak hiraukan kata2 majikan perempuan apabila masa rehat mereka telah tiba. Rupanya tempat cari makan mereka tidak beroperasi seperti biasa. Hanya 10jam sahaja waktu operasi berbanding hari biasa 13jam.
Ini pula wajah ibu mertua yang sepakat untuk memeriahkan majlis, tempat makan-makan pilihannya. Secret Resepie Kulaijaya. Terima kasih mak.
Pertama kali mencuba spaggeti mball chiken. Bila si anak tak mahu, si ibu cuba habiskan.. Maaflah memang tak berapa pandai nak makan benda alah tu... tak kena seleranya. Hujung-hujung tak habisss.. Hehehhe
Ini wajah si suami, yang mencetuskan idea untuk si isteri tersayang. Terima kasih kerana bersusah payah mengeluarkan RM dan tenaga untuk isterinya. Tanpa kejutan ini.. isterinya tetap sayangkan beliau hingga hujung nyawa..
Si isteri iaitu pemilik blog Citarasa Rinduan dan anaknya yang senghaja berposing dalam entry ini. Bukan seghaja sebenarnya tapi memang mereka yang mauuuu... Huhuhu, tak malukan?..
Tak cukup layan di CR, sambung pula ke Tutti Frutti di Indahpura, alahaiii lewat malam senghaja cari pasal layan makanan sejuk...
Apapun, majlis kecil semalam memang berjaya berjalan dengan lancar. Si isteri terharu, si suami gembira kerana detik 4 nov mendatang entahkah ada atau tidak, selagi baki hidup ada, kita kena bersyukur pada apa yang berlaku disekeliling kita.
Terima kasih Allah..
35 ulasan:
msti hati akak berbunga2 kan, apalah umai nih, bocor rasia heheheh...
diaorang bt camtu sbb sayangkan akak, juga pekerja2 akak...
Birthday Ayu ke? Happy Belated Birthday ye..Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki sentiasa..
Alhamdulillah, selamat hari lahir ye... Semoga pertambahan umur maka bertambahnya takwa. Amin..
Waaaaahhhh!
Amboiiii meriah!
Siap ada komplot pula dengan mak anak pekerja semua terlibat. Jaaahhhhattt mereka, kan AYU? hahahaha!
Ohhh Spagheti Meatball tu paberet saya! Tutti Fruiti saya tak pernah rasa lagi.
Tidak kira apa pun sambutan, apa pun yang dihidang dan dihadiahkan, penghargaan itu menjadi nilai tinggi di hari istimewa. Tidak ramai orang bertuah sebegini, lalu mensyukuri bersama kasih sayang mereka itu adalah sesuatu yang lebih menjadi kenangan.
Again, SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN, AYU! Semoga sejahtera dan berbahagia selamanya...
umai yang pecah lobang rupanya...?? hahahaha!!!!
you deserve it kak... :)
happy birthday to you...hugs~ ;)
Hepi Birthday Ayu... Wah seronokkan sesekali dapat kejutan dari insan tersayang :D
Salam,
Selamat ulang tahun ke32
Semoga dimurahkan rezeki sentiasa dan bahagia selalu
wahh..pandai husband ayu buat kejutan.. mesti seronok...
Happr Birthday Ayu,
sorry lambat wish coz smlm satu hari takde letrik, so tak on9...terharu akak melihat kemeriahan yg Ayu rasai..moga kalian sekeluarga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT.Ammiin..
sejkali lagi~happy birthday kak~~
Selamat hari lahir ayu....
terharu ssgt dana..
umai dtg ke kedai baru rahsia bocor.
hahhahaa..
kalau tak smpai kedai tutup pasti kak kn bohong.. hahah
terima kasih huda..
terharunya.. thanks sbb bagi ucapan pd ayu
terima kasih siti saleha..
amin ya rabal al amin
tumpang seronok.. hehehe
tak tergambar kegembiraan ayu smlm..
mulanya jam 2ptg dh start pelik. 2pkerja xnak balik rehat.. mereka kata sbb hujan nk rehat kat kedai jer.
lps tu jam 4. 2pkerja tak nak balik juga. alasanya planggan ramai. ayu teruskan kerja mcm biasa..
jam 6.30ptg umai dtg kedai bsama en zalie. tu y kantoiii.
haahaha
smlm mmg bestt. syokkk
kak. bt ayu terharu okey. bulang kali ucapan dr mu buat hati ini terasa sayu kesukaan..
sayang kak azie ketat2.. muahhh
umai mmg xleh simpan rahsia kan?..
hahahaaaaha
thanks sayang
ssgt menghargai apa y insan dan sahabat buat u ayu..
terharu
.
awak.. thanks ats ucapan.
wsalam..
awak.. terima kasih ssgt..
amin. moga berkat doa awak u kita olehNya..
rai..
syokkkk abisss smlm..
dalam hati penuh bunga ada taman sekangkang
kak yatie.
terima kasih ssgt2.
tak apa kak.. Ayu xkisah pun.. memahami..
apapun moga psahabatan kita kekal selamanya.
tq tauuu
bujal.
dirimu buat smlm indah2. terima kasih ats ucapan pd kak
cik mat. terima kasih ssgt..
mama yana..
ssgt seronok.. ayu tau..
ayu happy. kak yana pun happy kan..
thanks ssgt ingat ayu
Kak,
Tiramisu bermaksud "Pick Me Up"
So mmg hubby akak pandai la pilih...utk menggembirakan:)
Aaaa..bestnye bila org sayang2 macam nieh. Alhamdulillah. Semoga kasih sayang berkekalan:)
umai nie habis plan abah dia..nak suprise ibu...hehhe..
slamat ulang tahun akak....hehehehe.... pengunjung setia SR akak ni kan...hahahaha...
Pesan ngan En Zalie tahun depan ada rezeki buat lagi...
Hepi bufday AYU.
selamat hari lahir ayu...moga kekal bahagia selamanya...
selamat panjang umur ayu.. moga brkekalan semoga cinta abadi selamanya krim salam dgn umai makin bijak dah dia...
happy birthday ayu..
wahhhhh....seronokknyaaaa
saperlar X sayang isteri, tapi ada kann.. kanns
hepi besday ayu..sedapnya makan2... :-) ingat kitorang tak..?
best nyerr.....
selamat hari lahir....moga murah rezeki dan panjang umur..
IPantun Dari TiranaAduka Buat sis.
Post a Comment