Pada awalnya hari ini pelbagai pogram kusenaraikan. Mencari bahan-bahan buat niaga untuk seminggu agak menyukarkan aktiviti lain.
Apabila En Zalie mencadangkan esok sahaja keluar ke bandar kebetulan CR tidak beroperasi pada 10Nov kerana ada majlis KONVO anak daraku . Aku kegembiraan, aktiviti membangking adalah terapi apabila ada 'sesuatu' menganggu fikiranku..
Mufin coklat chip adalah permintaan anak daraku, sejak pandai membaca, majalah masak2 ku habis di bacanya. Saat aku menaip entry ini. 6biji mufin dimakannya..
Jom.. kukongsikan resepi mufin yang ku pelajari dari majalah Mufin, tanda ingatan dari seorang blogger yang sering mengambil berat tentang hidupku kini. Terima kasih awak, kerana awak, kini saya didunia mufin.
2 cawan tepung gandum (ayak)
1 sudu teh baking powder (ayak)
1 cawan gula perang
2 sudu teh koko
3 biji telur, saiz c
1 sudu teh aisin vanila
140 mentega/magerin
100 g coklat chip
3 biji pisang , ku pilih pisang berangan, lenyek halus
Sedikit badam untuk hiasan, cincang halus.
20 mangkuk mufin
loyang mufin (kalau kertas mangkuk mufin tebal, loyang tidak diperlukan)
- Kacau mentega dan gula perang hingga sebati.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji, kacau lagi. Tuang sedikit asin vanila.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit, kacau lagi. Baru masukkan pisang lenyek dan koko
- Masukkan coklat chip. Sudukan adunan kedalam mangkuk.
- Panaskan oven pada suhu 180c.
- Hias atasnya dengan coklat chip lebihan dan badam cincang..
- Bakar selama 20minit apabila oven cukup panas.
14 ulasan:
nampak sangat gebusssss nya muffin akak... =)
kella..
kak kedekut.. boh 1 sudu..
hahhahaha
Sedapnya mkn panas2....
setuju..
bila sejukk. tak rangup dan tak syokkk
arggh!
sedapnya!
nak wat sendiri tak pndai!
mmg menjadi la ayu..kalau js..tah la jadi apa..hihi
Harus cuba ni...
Sedap tu.. Lama tak buat muffin pisang..
Sha taknak komen pasal muffin sebab Sha tau akak kalo masak...mesti sedap kalau tak pelanggan takkan datang:)
Tapi...Sha puji anak dara yang dah pandai baca tu! Emaknyaa...galakkan la lagi dia membaca...(kalau rasa malas nak masak, ajar dia baca benda lain). Sangat comel la...dan Sha suka budak2 membaca:)
Tahniah kak:)
Alamak....terbaek lah kak.....sudah jadi macam MAT GEBU plak aaaaa.....pehhh
fikiran akak terganggu ke ni sampai membaking2 ni? ehehe
sedapnye muffin
tak melecur ke sis makan panas panas....adoi.......
hahahahah
Semua itu ada Hikmat yang ku tidak nampak...
Terbaiklah sis.....keep it up....
Assalamualaikum,
Nyummm! nyummm!
comey je umai ya
Post a Comment