Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label muffin. Show all posts
Showing posts with label muffin. Show all posts

Tuesday, October 22, 2013

Resepi Muffin Orange

Selamat petang sahabat mayaku, terima kasih buat follower baru yang sudi menjadikan blog Citarasa Rinduan sebagai inspirasi kalian untuk mencuba resepi-resepi yang ku kongsikan...

Jua jutaan terima kasih buat sahabat blogger yang setia bersamaku... Sesungguhnya kalian sentiasa memahami daku yang tidak dapat meluangkan masa untuk mengunjungi blog2 kalian.. Sesungguhnya hanya Allah yang tahu betapa rindunya daku untuk membaca kisah2 kalian...

Sebulan yang lalu, ku dapat tempahan untuk majlis perkahwinan sahabat FB, berupa muffin perasa orange..

Untuk kalian, ku kongsikan resepi mudah untuk sama2 kita cuba..

Bahan-bahannya:

  1. 1 biji buah Orange ( cuci, potong 4, buang yang warn putih) **
  2. 1 cawan minyak masak**
  3. 1/2 sudu teh esen orange**
  4. 3 biji telur **
  5. 1 cawan gula **
  6. 2 cawan tepung gandum (ayak)
  7. 1 sudu baking powder (ayak)
  8. 1/2 sudu bikarbonat (ayak)
  9. 16 mangkuk muffin
  10. Sedikit badam (sebagai hiasan)

Cara Menyediakan:

  1. Panaskan oven 170' 10minit
  2. Blanderkan bahan bertanda **, masukkan tepung, bikarbonat dan baking powder yang telah diayak sedikit demi sedikit
  3. Sudukan 3/5 adunan ke mangkuk muffin, taburkan badam untuk hiasan
  4. Sedia untuk dibakar, 170' 25minit.
  5. Selamat mencuba

Saturday, December 8, 2012

Resepi : Blueberry Muffin Badam


Cair isi blueberry bila masuk ke mulutku, gebu dan lembut .. itulah yang mampu ku kongsikan dengan kalian blueberry mufin badam yang ku cuba lewat malam semalam. Kebetulan ku bukan amatur, maka resepi ku perolehi dari buku mufin keluaran karangkraf, hadiah dari blogger Anyss Jer.

Terima kasih teman. 3 Jenis mufin berjaya ku buat sejak buku itu kuterima, besar pahala yang temanku perolehi.. Mudahan.. Amin

Jom semak resepi:
(Resepi dari buku mufin, bertajuk mufin badam, namun ku olah dengan menambah blueberry

240g Tepung serbaguna kek
120g gula pasir
3 biji telur
65ml susu segar ( ku guna susu kotak dutch lady)
125ml minyak jagung
50g badam
Sedikit esen badam
50g paste blueberry
Sedikit garam halus

Cara menyediakan:

  1. Putar telur, minyak masak,susu dan esen badam. Kemudian masukkan gula pasir.
  2. Ayak tepung. Masukkan sedikit demi sedikit tepung kedalam adunan utama. Di ikuti dengan badam.
  3. Panaskan oven 170'c selama 10minit
  4. Masukkan adunan dalam magkuk mufin mengunakan sudu. Ambil bluberry paste dengan sudu teh masukkan diatasnya diakhiri dengan menabur lebihan badam.
  5. Bakar selama 15minit dengan suhu yang sama.
  6. Sedia untuk dihidang apabila masak.

Wajah Umai yang rela makan mufin sebanyak 3 biji.. semuanya gara-gara daku membalas dendam atas kata2 nya kerana daku dah lama tak meng'baking'..
Hahahah.. lain kali jangan perli ibu Umai ya!!..

Jika terlebih 'malas' boleh sahaja bakar pada loyang..  Huhuhu (jangan contohi sifat daku.. )




Semalam, sebelum daku meng'mufin'.. ku panaskan jari jemari yang sudah lama tak meng'donut'. Jua berjaya dihabiskan oleh Umai.. thanks anak Ibu kerana menyukai air tangan ibumu

Friday, November 9, 2012

Resepi Muffin coklat chip perasa pisang.



Pada awalnya hari ini pelbagai pogram kusenaraikan. Mencari bahan-bahan buat niaga untuk seminggu agak menyukarkan aktiviti lain.


Apabila En Zalie mencadangkan esok sahaja keluar ke bandar kebetulan CR tidak beroperasi pada 10Nov kerana ada majlis KONVO anak daraku . Aku kegembiraan, aktiviti membangking adalah terapi apabila ada 'sesuatu' menganggu fikiranku..



Mufin coklat chip adalah permintaan anak daraku, sejak pandai membaca, majalah masak2 ku habis di bacanya. Saat aku menaip entry ini. 6biji mufin dimakannya.. 


Jom.. kukongsikan resepi mufin yang ku pelajari dari majalah Mufin, tanda ingatan dari seorang blogger yang sering mengambil berat tentang hidupku kini. Terima kasih awak, kerana awak, kini saya didunia mufin.


Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum (ayak)
1 sudu teh baking powder (ayak)
1 cawan gula perang
2 sudu teh koko
3 biji telur, saiz c
1 sudu teh aisin vanila
140 mentega/magerin
100 g coklat chip
3 biji pisang , ku pilih pisang berangan, lenyek halus
Sedikit badam untuk hiasan, cincang halus.
20 mangkuk mufin
loyang mufin (kalau kertas mangkuk mufin tebal, loyang tidak diperlukan)


Cara menyediakan:

  1. Kacau mentega dan gula perang hingga sebati.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, kacau lagi. Tuang sedikit asin vanila.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit,  kacau lagi. Baru masukkan pisang lenyek dan koko
  4. Masukkan coklat chip. Sudukan adunan kedalam mangkuk.
  5.  Panaskan oven pada suhu 180c.
  6.  Hias atasnya dengan coklat chip lebihan dan badam cincang..
  7. Bakar selama 20minit apabila oven cukup panas.
Selamat mencuba.

Saturday, October 20, 2012

Resepi: Mufin Pandan Jagung


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu sahabat alam mayaku. Malam ini pasti berkobar-kobar penyokong bola sepak. Kelantan VS ATM.   Layan mufin sedap kan sambil menonton. Heheheh

Hari ini cuaca elok sekali, tengahari tadi semangat meng'baking memuncak tinggi.Ditambah apabila mendapat tanda ingatan dari seorang sahabat berupa majalah mufin keluaran Karangkraf.


Banyak-banyak resepi aku memilih mufin Pandan Jagung, kebetulan semua bahan-bahan dah ada dalam stok simpananku.



Lihatlah hasilnya. Gebu, lembut dan enak sekali apabila disuapkan ke mulut. Aku memang cadangkan pada sahabat yang gemar akan mufin yang comel.. korang boleh mencuba mufin pandan jaging ini.
Jom lihat resepinya:


Sumber: Majalah Karangkraf bertajuk Kompilasi Hidangan Mufin

Bahan-bahannya:
1 camca teh baking powder**
1 camca teh soda bikabonat**
sedikit garam halus**
200g Tepung Gandum**
200ml susu segar atau santan (pilih santan kotak)
120g Gula pasir (nak mudah korang blander halus)
100ml minyak sayur
Setengah cawan jagung
1 sudu paste pandan
2biji telur

Cara Menyediakan:

  1. Pukul gula dan minyak sehingga kembang dan putih
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  3. Kemudian masukkan bahan yang bertanda ** (diayak dalam 1 bekas) putar perlahan.
  4. Masukkan paste pandan dan isi jagung. Kacau lagi
  5. Masukkan santan/susu. Gaul rata hingga adunan sebati
  6. Sudukan adunan kedalam bekas acuan mufin.
  7. Bakar didalam oven selama 25 minit, suhu 180c.






PS: Masa menyediakan 30minit, bakar 25minit. Hias mengikut kreativiti anda. Adunan menghasilkan 14mangkuk mufin bersaiz sederhana. Selamat mencuba.