Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label drama astro. Show all posts
Showing posts with label drama astro. Show all posts

Monday, April 22, 2013

Aku terlayan pulak!!


Siapa layan drama bersiri JODOH?? sila mengaku cepat?
pertama kali aku layan drama bersiri ini pada malam semalam (ahad malam isnin) teruslah hatiku tangkap leleh ngan drama best giles nie.

Macam biasa kalau dah suka, surelah aku meng'google' rupanya drama ini dah lama bersiaran, alahai!! terlambat gilessss... waka..waka....

Kalau yang biasa tengok, pasti tahu jam berapa tayangannya kan? Setiap hari isnin pada jam 9 malam kan? Hah yang macam gambar kat bawah nielah

(kredit to mr google)


Tapi apa yang berlaku pada diriku? tetibalah bila semangat jatuh cinta tu dah menyerap, siap jer solat maghrib, daku terus berdesuuuppp ke 2 pasaraya untuk belanja bahan-bahan untuk berniaga esok hari. Makan malam pun kelam kabut jer, maklumlah set jam 9 malam wajib di depan Tv.

Jam 9.15 malam masukkan bahan-bahan yang dibeli dengan cepat gitu, siap pujuk hatilah drama JODOH dah main 15minit, rugiiii ooooooo..

Masuk dalam rumah dah jam 9.30malam, siap arahkan EN ZALIE tolong kuncikan gate pintu sebab aku dah tak sabar nak tengoh Scha dan Dazrin berlakon, comelll gitu. Namun punyalah hampa bila lihat di tv saluran RIA 104, tak ada drama tu, meraunggg oooooo. Kira frust gak (putus cinta pun tak macam nie kannn), anak daraku boleh pula kata, "ibu.. belum mula lagilah, drama tu start jam 10 malam"

Wawwawawawwawaw,,. lorrr!!! rugi 30minit, kalau tak tadi dapat aku rembat minyak wangi bilik... APTB

(PS: korang pernah kena macam aku tak, baik mengaku?)

PSS: mujur gak dapat update blog, eh!! korang dah tolong aku ker?, mailah LIKE daku disini


CITARASA RINDUAN eik, nak vote kengkawan lain pun okey, CMG ada, BEN ASHAARI ada, ramai lagilah... jommm LIKE (vote) kami

Monday, September 19, 2011

ANTARA KEJU DAN BELACAN, drama Astro Warna 132.

21 september 2011 (hari rabu), astro warna saluran 132, bakal menyajikan kepada peminat drama komedi sebuah drama yang paling mencuit hati… bakal bersiaran jam 10 malam, Antara Keju dan Belacan itulah tajuk yang akan menemui anda seisi keluarga…
Penulis skrip Zaini Kosnin, dan Nasarudin Ab Rasif memilih Natasha Hudson (watak Tyna) sebagai heroin dalam drama komedi ini…
Bila ku baca sinopsi drama ini di akhbar metro harian jumaat bertarikh 19 September 2011, ku tahu.. gabungan pelakon Shuib sebagai Jai (raja lawak sepah) pasti membuatkan malam anda ceria sekali…
Ditambah dengan lakonan Fathil dani dan Sheila Mambo sebagai ibubapa Tyna pastinya mewujudkan eleman kekuatan dalam drama komedi ini…
****************
Ianya mengisahkan, tentang Tyna dan James, sering dipandang serong dikalangan rakan sekerja wanita tersebut, tyna sanggup berpura2 menjalani hidup seperti warga asing kerana ingin mengikuti cara kehidupan teman lelakinya seperti tidak makan makanan tempatan.
Namun, disebalik lupa daratan Tyna, sebenarnya dia mempunyai rahsia yang hanya diketahui oleh Jai (rakan sekerjanya) sebagai penghantar surat. Rahsianya adalah Tyna mengemari sambal belacan, Oh!!! Lucunya daku apabila berimaginasi lakonan Natasha yang mencuri2 makan sambal belacan di pejabat sambil disekodeng oleh si Shuib.. hahahhaha..
Sebenarnya Jai sudah lama meminati wanita itu, dan sering memerhatikan gerak geri wanita idamannya, tanda disedari sebenarnya, Jai diminati oleh wanita Inggeris bernama Maria... jeng2!!!!! Semakin panas bunyinya…..
1 hari james melamar Tyna, dengan bersetuju memeluk agama Islam dan apabila berkawin Tyna akan dibawa pulang ke negara asal James di Hungary, saat inilah Jai memberanikan diri memberikan hadiah istimewa kepada wanita idamannya.
Hadiah yang di berikan kepada tyna adalah seketul KEJU dan semangkuk BELACAN, Jua terselit VCD bertajuk antara keju dan belacan, kerana hadiah itu.. fikiran Tyna berbelah bagi untuk memilih siapakan jodohnya yang sebenarnya..

PS: jom.. ramai2 jangan lepaskan drama komedi hebat ini….. kita gelak sama2 ya!!!!!!!!!!!!!

Thursday, August 18, 2011

Menginsafkan, moga ianya menyedarkan...


Salam ramadhan ke 18 sahabatku….
Masih lagi dalam mood ramadhan, melayan aktiviti perniagaan di bulan ramadhan memang sesuatu yang mencabar hati dan perasaan….
Selain iman kena kuat, nafsu amarah jua perlu di redakan.. menutup mulut bukan bererti kalah.. tapi mengelakkan puasa menjadi batal, sia2 hanya menahan makan dan minum namun pahalanya tiada.. nauzubillah.. moga dijauhkan…
***************
Apa kata, kita berkongsi cara anda.. selepas bersahur, (alhamdullilah, ku belum pernah meninggalkan amalan bersahur selagi DIA sayangkan ku.. selagi itu ku terjaga tepat jam 4 pagi untuk menyediakan makanan dan minuman panas untuk En Zalie dan MIL).. Korang yang bersahur tu.. sebelum menanti azan subuh.. Apa aktiviti yang kalian buat??
Seperti aku.. ku pasti melayan rancangan tv astro oasis bertajuk tanah kubur… sebuah drama yang menjadi pengajaran buat tatapan kita sebagai umat islam.. melayan drama itu, lakonan utamanya Nasir Bilal Khan dan fauziah Nawi memang amat menginsafkan..
Yang penting, elemen drama Tanah Kubur itu menyedarkan pada kita bahawa apa2 amalan yang pernah kita lakukan di duniawi.. pasti akan terbuka hijabnya nanti..
Ambil positif, tujuan drama itu kearah kebaikkan, walau belum pernah terjadi di kampungku tentang kejadian pelik sewaktu menyempurnakan jenazah.. bahawa.. buatlah baik semoga kita takut akan azabnya disana..
PS: renungan untuk diri sendiri agar sentiasa berwaspada dari melakukan kejahatan di duniawi

Wednesday, August 10, 2011

Jom tonton drama Man Pos Masuk kampung


Selamat malam sahabatku…agak penat sebenarnya hari ini, dengan pekerjaku yang tiba2 tak bekerja, bukan sorang.. dua orang ko…. Sabor jerlah…
Nie ada drama komedi yang sedang bersiaran, drama astro saluran 132 (warna).. tajukknya, MAN POS MASUK KAMPUNG. Kalau korang nak tau.. penulis drama nie adalah suami kepada blogger wanita popular..
Jom klik sini…
~Salam dan selamat malam kepada semua rakan blogger.. Tengah buat apa tu? tengah buat kuih raya ke Cik Jah Mak Kiah Pak Usop hehe.. Haaa pada yang free free dan tak tau nak buat apa malam ni sudi sudi lah tontonlah drama "MAN POS MASUK KAMPUNG" hasil skrip hubby saya Martias Mohd Ali yang akan ditayangkan di ASTRO WARNApd pukul 10 malam ini..Drama ini dilakonkan oleh MAN MAHARAJALAWAK dan telah diarahkan oleh Abang Yusof Kelana.~
PS: terima kasih kepada kak Adza Irdawati a.k.a Mak dara yang berkongsi di FB tentang drama ini.