Selamat pagi Jumaat sahabat, semalam ku agak sibuk menguruskan keperluan sendiri, terima kasih buat sahabat yang sudi meluangkan masa membaca coretanku. Moga yang baik-baik ku doakan buat kalian semua.
Malam tadi, dapat update FB dan ada sedikit kerisauan apabila membaca akhbar berkenaan kebakaran di pusat pemprosesan gas di Loji Pemprosesan Gas (LPG) dalam kompleks A milik Petronas di Dungun, Paka
Kebetulan ku mengenali 2 orang sahabat alam maya iaitu blogger SIS LIN dan blogger MAK ET yang sama-sama suami mereka mencari rezeki di tempat itu.. Alhamdullilah.. tiada berita buruk dilaporkan oleh mereka berdua, syukur..
*******************
Kebakaran tersebut menyebabkan 1 orang meninggal dunia dan 9 orang cedera parah
Mohd Zamri Fithri Mohd Nor 25 Tahun,(gambar diatas) berasal dari Padang Pulut dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zanariah mengalami lecur dibadan dan kecederaan badan sebanyak 90 peratus. Manakala 8 orang lagi dihantar ke Hospital Dungun dan hospital kemaman.
Salam takziah ku ucapkan kepada keluarga Allayharham Rosli Bin Mansor, 31 Tahun berasal dari Kuala Terengganu. Moga urusan Allahyarham kesana dipermudahkan.. Al Fatihah
Kredit untuk mStar online
11 ulasan:
Innalillahhiwainnailaihirojiun.
Alhamdulilah suami mak et n sahabatnya x ada apa2..cuma sedih bila dikatakan lebih dr 9 yg cedera dan masih lg disiasat:(
Innalillah... malang tidak berbau.. Al-Fatihah...
Terima kasih Ayu...
Smlm mmg tak dpt bygkan bagaimana rasanya, jantu ng bagai nak gugur selagi tak dpt col dr abg...
Tp syukur alhamdulilah, mr.hubby selamat dn pekerja2nya pun selamat..memang hubby tgh handle job kat GPP3 tu...sbb tu risau sangat2 semalam..huhuhu
Anak saudara kakak yg nak menikah lepas raya ini pun kerja di sana Ayu... tapi dia sesekali saja ke offshore...
Moga yg pergi tenang di sana & yg parah segera sembuh...
Inalillah, mlm td ada gk edy bgtau, al maklum dkt ngn kg dia n ramai adik beradiknyer yg keje kt petronas tuh, kebetulan lak kak ipar dana keje kt klinik dlm petronas... sian betul... mmg doa banyak2 semoga tak serius sgt...
malang tak berbau...
salam takziah utk keluarga mangsa..
tragedi yang menyayat hati.. terutama bagi kami yang bertugas di bidang safety..
Al-fatihah
p/s: BW tu apa?
Kematian pasti dihadapi oleh setiap orang sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Setiap yang bernyawa pasti akan mati." (Al-Anbia': 34). Oleh itu petanda bagi orang yang sentiasa mengingati mati ia sentiasa memperbanyakkan amal perbuatan yang baik sepanjang hidupnya. Alfatihah.
Takziah dan Alfatihah..
Takziah dan alhamdulillah kawan ayu tak apa2
Post a Comment