Aku tak pandai nak kata perkara itu tak baik, perkara itu baik...
Sebagai contoh, aku tak suka MLM, tapi aku suka akan sesuatu produk yang ada kaitan dengan MLM, hari-hari aku amalankan untuk kesejahteraanku dengan mengambil ubat tambahan (eloknya produk yang ku amalkan tak perlukan aku syer pada korang, untuk tidak menimbulkan masalah kat sahabat yang lain)
Tapi apabila aku terbaca sesuatu bahan rujukan dari Internet atau apa2 bahan bacaan yang menjelaskan produk tu tak elok ker, tak sesuai ker, tipu pembeli ker.. Bagi aku ianya tidak adil.
******************
Bagi aku dengan mengamalkan sesuatu produk, sekurangya badan aku rasa cergas dan bertenaga... aku akan teruskan pengambilan dan cuba untuk berkongsi sesama sahabat yang lain
Kalau aku rasa produk tu buat badan aku lemah, 3 bulan berturut-turut badan rasa sama sahaja, atau kesannya makin menambahkan masalah, aku akan hentikan pengambilan barangan tersebut. Termasuklah pemakaian sesuatu pakaian buat satu badan aku gatal-gatal (bukan murah-murah harganya,riban-riban oooo)
Namun, tak terlintaslah dihati ini nak kondem, nak komen atau tulis kat FB aku yang produk tu tak elok... buka page baru kat FB dengan tajuk AKU BENCI toottt....Atau, tak adalah aku nak tubuhkan satu blog nak memburuk-burukkan produk yang pernah ku ambil.
Bagiku, cukuplah aku tahu sendiri yang metabolisma aku tak sama dengan orang lain.
PS: sedih bila baca blog seseorang yang memburukkan sesuatu barangan, komen kawan-kawan semuanya dipandang nagetif, ayat-ayat semuanya mengutuk dan mencarut kata-kata nista, Astafirullah, bagus ker berkawan dengan mereka?
24 ulasan:
isk isk isk
topeng hitam:
kasihannnnn
assalam ayu, setuju dgn pendapat ayu..kalau rasa tak suka dan tak sesuai kita tinggalkan sajalah kan. Maybe tak serasi utk kita tapi serasi buat org lain..wallahualam:)
nieza
waalaikumusalam...
setuju dengan komen nieza..
kita sendiri tahu kita sesuai atau tidak
setuju dgn pendapat akak tu, sy pun byk kali gak pakai produk yg xkene dgn sy..xdela sy nk ckp produk tu xelok, ia mungkin xssuai ng kite je kann..
xbaik mengutuk hingga menjejaskan org lain~
emiey:
kalau tak sesuai, diam2... tak suka MLm, jgn jdi ahli.. kannn
Waalaikumsalam Ayu..
Sakit hati kot, dah riban2 dibelanjakan, product tak berkesan. Itu yang bnyk bunyik..
kak Ya:
kalau yang cuba tu ayu tak kisah, tapi y tak pernah pakai langsung, tapi kutuk mengutuk dalam laman sawang apa kes?
molek pi syarikat terbabit, minta bt laporan di KHEDN.,. kan bagus
SAlam SAbar yaa cayangg.. akak dah terbiasa kena macam tu.. rasanya Ayu pun tahukan... apa yang akak buat ... 'Sabar..... ALLAH SWT MAHA MENGETAHUI' satu lagi akak ni jenis positif.. gasak ler apa orang nak kata.. yang penting keluarga dan kawan rapat kenal siapa kita.. tak gitu? sabar yaa... muahzzzzzz
sedihnya..
salam ayu..acik pun sama..kalau elok kita teruskan..kalau tak sesuai..kita berhentikan..tapi jangan la sampai buat macam tu kan..kesian ngan orang yng menjual tu
tak baik la kutuk2 melampau tu... kalau xsuka dan xsesuai jgn beli lagi,, tak baik tuk kita mngkin elok tuk orang lain
mantopp.. sy tak amalkn apa2 tp tula, not good to kutuk2 lbh2 lg kalau kita taknh try. hehe..
betul2....kalau tak suka jgn kutuk.... :)
cer citer blog mana tuh? nk nompang baca..jahat kan akak neh? ahahahha...
tulah.. kadang2 org ni terlalu mengikut rasa marah, tu yang jadi cam tu.. Rasa seronk lah kot bila lepaskan then terus lah pulak frens comment mengapi2 kan dia lagi.. lagi lah dia..
sabar je lah kann.. Itu yg terbaikk..
tegur dengan ikhlas dan ada asas itu ok. hentam dgn emosi itu yang tak ok. tapi mulut laser memang tak ada insuran!
pada saya tak perlu la sampai nak mengutuk dgn kata kata nista..tapi bila berlaku penipuan atau ada bahan yang tak baik terkandung dalam barang tu saya memang share dgn orang sebab kalau kita tau barang tu boleh membahayakan orang lain kita patut bagitau..sekurang kurangnya penjual tak berdosa sbb jual barang yang boleh memudharatkan orang ..cuma biasanya saya tak tulis jenama produk secara terang terangan.. terpulang pada pembaca.. kalau ada yg nak tau diorg boleh email saya.. tapi kalau just nak baca taknak ambik tau..saya tak untung, saya tak rugi.. hehe..
Sy setuju komen Rai. mmg tak baik mengutuk. Tapi bagi sy, lagi tak baik menipu apatah lagi sesama bangsa dan agama.....
Klu elok, tak salah praktikkan. Tapi yg terang-terang menipu dan produk yg dijual terang2 tak membantu, lebih elok kita tinggalkan.
Sy anti dgn mereka yg kaya krn menipu sesama umat manusia.
saya setuju dgn komen Rai.
Yg mana ada bahan terlarang/sah sah tak elok, kita wajib beritahu umum, sebab kita nak jaga kebajikan saudara seagama kita.Cuma jgn lah maki hamun/mengutuk. Itu tak menjadikan kita lebih baik dari mereka.
betul tu... gunalah perkatann yg sesuai...budi bahasa kan amalan kita
betul tu x baik mengutuk, tp akak ada beli secara on9, jumpa untuk bagi barang di Plaza Alam Central, x try barang terus bw balik, rasa x sesuai sebab bukan saiz, harga pulak mencecah 2k!!... hubungi melalui on9 kat blog dia senyap jer, so memang salah akak juga mudah percaya dan tidak berhati2 kann...
terima kasih semua ats komen kalian, setuju juga dengan pendapat sahabat, saya kalau ada masalah dengan produk tersebut, saya minta kawan2 emailkan pengalaman saya...
cuma, saya cukup rimas kalau dikutuk dan dicaci sesama islam,, kita melayu ada budi bahasa yang indah2....
tu namanya tahap IQ dan EQ dia sangatlah rendah...haha...
Post a Comment