Blogger ini peramah orangnya.. mulanya aku mengenali beliau sebab pertemuan dari blogger Ben Ashaari yang aktif buat pelbagai segmen...
Tak silap tahun 2010, blogger
mamamya a.k.a kak lieya orang kampungku, semakin mengeratkan hubungan kami kerana mereka teman sepengajian dari University yang sama
Beliau adalah blogger
Lela Lelord... Selamat Hari Lahir buat beliau pada 29 Mei 2012. Ku mendoakan kesejahteraanya baik-baik sahaja, dan sentiasa berbahagia selamanya.
(aksi beliau yang selamba beraksi bersama bunga)
Semakin mengenali beliau, semakin rapat hubungan alam maya yang terjalin. Ingat lagi masa kami mula berkenalan,rajin berkongsi cerita tentang dunia blogger. Masa tu kak lela belum lagi berhijrah ke Doha mengikuti suami tercinta.. sekarang nie semakin aku merindui entrynya yang sering mengisahkan kehidupan mereka di luar negara, selain entry santai-santai, entry masak-masak dan sesekali ada entry petua berumahtangga.. I LIKE
(Najlaa yang comel, lihatlah aksinya sebiji macam mamanya)
Anak perempuan kak Lela iaitu Najlaa sangat cute... sama-sama memiliki anak perempuan, kami berkongsi ilmu mendidik anak kami..
Moga persahabatan yang terjalin kekal selamanya, walau tiada jodoh kami dipertemukan di alam Nyata
4 ulasan:
SWEET WISH BDAY KAWAN KAT BLOG... HB TUK LELA JUGA....
Comel anaknya. :)
ayuuuuuuuuuuuuuuuu terharunya...tq cayang
eppy birthday....
Post a Comment