Alhamdullilah, akhirnya jam 11.25 pagi PM mengumumkan RM 1.69 Billion sebagai wang yang diperuntukan buat semua warga peneroka diseluruh Negara. Habuan yang sangat besar buat kami anak PENEROKA.
Apabila pengumuman dibuat, maka.. setiap ahli peneroka akan menerima 15K bagi satu isi rumah. Ayah 5K, Ibu 5K, manakala untuk anak adalah 5K, selain itu ganjaran untuk semua peneroka dalam bentuk saham Felda Global Ventures dan semua kakitangan felda akan menerima habuan masing-masing
(gambar yang sempat dirakam oleh sahabatku Helmi Ramli (anak peneroka f Pasir Raja) siaran secara live apabila PM tiba di Jengka 8, Jerantut)
Seramai 5,000 warga peneroka berkampung di Jengka 8 untuk mendengar sendiri pengumuman PM, manakala tv 1 dan tv 3, membuat lintas langsung dari tempat kejadian.
Sebagai anak peneroka, ku bersyukur diatas pengumuman tersebut, Terima kasih Allah, terima kasih PM, terima kasih FELDA..
17 ulasan:
PERGHHHH.... durian runtuh... kaw2...
dwaty:
alhamdullilah....
alhamdulillah... penat lelah peneroka dari sejak mula2 meneroka felda yg serba kekurangan akhirnya berbalas juga... syukrann...
kak ratna:
ayu merasa kutip biji lerai, angkat kereta sorong dari kecil hingga form 5..
tolak dalam kereta sorong. dengan isi 2 buah kelapa sawit yang beratnya ada 1 tan. tapi dahulu harganya murah. tak macam skrang dah hampir 900 ratus setan
betul betul punye runtuh durian nih! :D
GB:
dah lama peneroka bersusah payah. akhirnya tak sia2 tenaga y dilaburkan mereka..
mcm ayah sis, tahun 83 masuk felda.. sanggup bawa anak2 kecil di tempat y dipenuhi hutan..
skrang pengorbanan terbela
thanks PM
Betul-betul nak bagi peneroka hendaknya bukan kerana nak pilihanraya ye ayu...
kakzakie:
betul2 kak...
cuma omongan sesetengah orang y berlainan fikiran yang dangkal berkata begitu.
kami y asalnya anak peneroka, dapat bantuan kerajaan hanya beserah, berusaha yang terbaik u diri dan kluarga
dapat imbuhan itu dh dikira rezeki dariNya.. kann
tumpang gembira dengan rezeki yg diperolehi...:)
lieynanilaz:
alhamdullilah
Alhamdulillah...
untungnyer kak, ni yg rasa rugi abah tak jd anak felda jd anak kampung je...huhuhihui
hrp2nyer biarlah ramai yg bersyukur jgn lah pulak nnti ikut bt demo mcm bersih tu
Alhamdulillah....ikan bakar umbai
btol2 durian runtuh!
Tahniah!
Jgn lupa keluar mengundi ye...lalalalallaa
mmg sungguhlah durian runtuh ni! untung jadi org felda kan...
alhamdulillah kan kak ayu
rezeki buat mak ayah kita...
Post a Comment