Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label kongsi info. Show all posts
Showing posts with label kongsi info. Show all posts

Sunday, June 9, 2013

Selamat kembali ke Sekolah

( Desaru 30 April 2013)

Bermulalah rutin seperti biasa pada esok hari. Para ibubapa pastinya akan mengatur jadual seperti 2 minggu nan lepas, menguruskan persekolahan anak2, manakala cikgu2 akan kembali bekerja seperti biasa mendidik anak2/pelajar. Selamat kembali ke sekolah buat anak-anak.

Esok juga merupakan bulan syaaban yang pertama. Mudahan amalan solat sunat dan puasa sunat dipertingkatkan, pada sesiapa yang masih berhutang puasa, Habiskanlah segera. Jangan lengahkan amalan wajib dariNya buat kita.

"Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci-membenci)"
(riwayat Ibn Hibban, al Bazzar dan lain-lain)

Sunday, June 2, 2013

Bila rambut anak-anak dihinggapi KUTU, jalan penyelesaiannya?

Ini bukan iklan ubat kutu, tapi ini cara yang paling berkesan dengan izinNya. Aku cari ubat ini di farmasi. Harganya hanya RM 15.90, Terdapat sikat kutu yang comel, giginya dari besi. Cara nak guna, buat shampoo jer. Lumuh gel Delice kat rambut anak, biarkan selama 10 minit. Yang pasti baunya tak teruk  sangat.

Dengan adanya sikat free tu, mudahlah korang nak sikatkan rambut anak-anak, jadi baik anak kutu atau mak2 kutu tak dapat terselamat di dalam rambut. Haahahaaa..

Mulanya aku kurang percaya Umai afa kutu, bila aku sikat rambutnya 2 hari lepas aku terlihat telur kutu. Sebiji macam zaman aku kecil-kecil dulu. Dulu rambut aku banyak kutu tau! Jadi aku kenallah rupa kutu macamana

ps:
sebab kena kutu, normallah bagi budak sekolah. Ada kawan adalah pembawanya, mujurlah aku jumpa kat rambut Umai hanya telur. Kalau kutu, pasti aku snap gambar syer kat korang


pss:
Hari ini dikampungku ada 4 majlis perkahwinan. Wow.. makan banyaklah ari ni.

Friday, May 3, 2013

Wow..cepatnya

Sebelum (tarikh mula semai pada 1 Mei 2013)

(3 Mei 2013, biji benih sudah mengeluarkan tunas...auwwww)


ps: terima kasih k.Nor (secubit rasa) atas pemberian biji2 benih padaku.


Wednesday, April 10, 2013

Zoo Johor sangat onshemmm!!

Boleh tunggang kuda, bayaran RM 3. Kalau tak berani tunggang sorang, ada 2 penjaga yang akan bantu anak-anak atau adik korang.

Umai dan sepupunya Haikal berani punya olang!!. Aku yang dah tua bangka takut ooooo nak layan go kart air, tasik kat Zoo Johor nie dengar katanya kedalamnya bersamaan 3 orang dewasa berdiri.
Makcik memang takut.. Bila 3 budak kecik nie pujuk macamanapun sorrylah. Bo layan!!. Korang berani, korang kena main sendiri. Aku perhatikan jer.
BAahahahahh....
Hah kannnn... kecil-kecil pun boleh kayuh atas air, badan kexil bukan penghalang. Okey mak ngah percaya korang memang boleh lakukan. Kayuh sungguh2 untuk pastikan go kart ini bergerak dengan baik. Bayaran hanya RM 5 untuk 10 minit.
Jommmmm. kita layan binatang pula.. oleh kerana aku terlalu YAKIN memory card dalam dslr aku ada.. akhirnya, pepahamlah sendiri... telefon bimbit jer buat penyelamat.APTB.

Ada ular sawa yang sangat gemok, ungka yang cute, spesis burung yang comel-comel, ada kucing hutan yang sangat menawan warna bulunya. Ada buaya, singa dan macam-macam jenis binatang terdapat disini.

Sebelum balik kita layan tekak, ABC zoo JOhor sangat sedap. Isinya macam2 sampai senak perut aku nak habiskan.

Kesimpulannya, Zoo Johor memang tempat istirehat/riadah yang sangat bagus. Kedudukannya yang betul-betul terletak ditengah bandar, berhadapan masjid Abu Bakar, berjiran dengan Mahad Johor, malahan deruan ombak yag berhampiran buatkan kami sekeluarga terhibur berada di Zoo.

Bayaran sekepala untuk dewasa adalah RM 3, manakala untuk kanak-kanak hanya RM 2.
Bekal makanan tamo risau, makanan kat situ sedap-sedap.

Tuesday, April 9, 2013

Aku ada Wechat...

Korang!!
setelah daku ada pelbagai aplikasi komunikasi seperti viber, whatsapp, instagram, tango dan line. Kini tiba masanya daku ber WECHAT, bila terjebat dengan perbuatan salah seorang pekerjaku.. akhirnya kini aplikasi yang terbaru itu menjadi pilihanku,
Nak add daku mai taip citarasa rinduan.

Eh!! yang atas tu gambar en google, dok bayangkan banyak2 sahabay adalah tersangkut dengan nenek2, kann syok.. leh kongsi petua dan korek resepi masakkan. Bahhahahaha

Wednesday, April 3, 2013

Usia 6 tahun dah boleh buka akaun BANK?


Pertama kali dalam hidupku, budak-budak berusia 6tahun keatas dah boleh buka buku akaun sendiri. Yahooo!. Agaknya dah lama kot, cuma aku baru tau pagi tadi. Heheheheh

Lepas memasak pagi tadi, ke bank simpanan nasional untuk membayar bil-bil semasa. Sekali jer terpandang tabung van biru kat meja staff BSN. Serius comel, buat aku tertawan jer tabung tu.

Terus aku berbual ngan pekerja kat situ, oleh sebab kebetulan memang Umai belum ada akaun bank sendiri. Aku tak berlengah masa ambil Umai dari sekolah untuk buka buku bank.

Akhirnya tak sampai setengah jam, anak daraku dah ada buku akaun bank sendiri. Siap join Kelab Penabung Muda.. Seriuss aku rasa suka sangat!!!

Tapi sebelum tu nak beritahu pada sahabat, sebelum kita nak buka akaun bank untuk anak2, pastikan surat beranak dan salinan surat beranak dibawa sekali. RM 50 sebagai wang untuk membuka akaun baru ya. Kalau nak masukkan duit lebih lagi molekk..

Jommm menabung untuk anak kita.
(Pada asalnya nak bukakan akaun tabung Haji, bila fikirkan jauh bebenor bank tu.. kena tunggu Umai besor sikit baru senang)

Friday, January 11, 2013

Mari mengemas

Hari jumaat CR tidak beroperasi, seawal jam 8pagi kami mengemas segala alatan yang utama. 3 peti ais di bersihkan sebaiknya..

Kedai makan, kecil atau besar tidak terkecuali dari pemeriksaan kementerian kesihatan.

18hb Jan, suntikkan untuk semua pekerja. Aku? tak terkecuali.. Depa takut, aku pong... hahahaah.

Gambar diatas adalah kerja-kerja membersihkan frezze, aku simpan ais batu dan pau mentah sahaja.

Lain peti ais lain fungsinya, satu untuk bahan mentah daging,ikan dan lain-lain yang belum dimasak.

Satu lagi untuk simpan sayuran atau bahan mentah untuk bumbu masakkan.

ps:
Ku kongsikan buat sahabat yang mahu memulakan perniagaan kedai makan. Sekadar berkongsi.....

Saturday, December 29, 2012

HSI hospital kerajaan terbaik di Johor

Semalam temankan En Zalie ke bahagian xray tingkat 2.. Check buah pinggangnya. Tunggu giliran tak lama. ke bilik no 11, untuk scan pun tak lama.. Aku layan novel. 3 muka surat, siap dah suamiku scan kat dalam...

Pesakit pun tak ramai. Memang terbaiklah hospital nie. Sejak tahun 2010 hingga kini, aku memang suka layanan staff kat situ. Dari pakar, doktor, jururawat, cleaner, kantin.. semuanya super.. pelatih memang ramai,depa nampak macam garang.. tapi aku tau depa takut nak pegang pesakit.

Bangunan pun bersih jer, cuma awal-awal dulu lah masa En Zalie masuk ke sini. Ada cerita kurang enak.. maklunlah kami dari hospital private ke goment.. Pasti suara2 sumbang ada bunyi. Mungkin depa ingat kami nie belagak kot.. Huhu

Thursday, December 27, 2012

Rupa Emping?


Tak sangka... bila ku post entry semalam pagi, kebanyakkan sahabat belum melihat rupa Emping. Orang kata tak kenal maka tak cinta... hehehehe

Asal kejadian Eming kalau belah Indonesia,kaum mereka membuat emping dari biji melinjo. Kemudian dihancurkan hingga halus dan dikeringkan bawah sinaran matahari.

Kalau negara kita, eming padi.. MIL kata padi muda, sama juga di hancurkan dan di jemur bawah mentari.

Selain tu ada juga emping jagung. Kebanyakkan orang yang mengambil produk kesihatan seperti herbalife dan lain2, terdapat kandungan emping itu dalam nutrisi untuk mengenyangkan.

PS:
Cukup popular belah Negeri sembilan....

Friday, November 30, 2012

Picasa Album Penuh, aku binggung!!


Dup...dap...dup... dapppp
Dadaku jadi penuh...
dadaku mahu meletop, dek gara-gara blog daku kepenuhan gambar.

(kredit to en google)

Gitulah, suka benor upload gambar banyak-banyak, last-last satu entry pun tak boleh nak ku taip hari ini, alhamdullilah..

Berkat doa dan ku jenis tak reti diam bila sesuatu berlaku, terus aku meluru tanya blogger yang pernah menghadapi masalah sepertiku untuk memuat turun gambar di setiap entry.

Blogger Azie Azah membantu, blogger Murni juga membantu, akhirnya bergoleklah aku ke blog sahabat yang ini.. Qaseh Honey terima kasih sangat2 kerana memberi tunjuk ajar tutorial untuk memudahkan daku berblogging semula.

Kalau blogger lain menghadapi masalah yang sama, klik gambar blog beliau ya..
Qasey Honey
Dan. terima kasih buat blogger Nur NBA kerana pujukan beliau dalam whatsApp, membuatkan jiwaku tenang.. Awak, esok kita gather-gather di SEDENAK ya..

PS: ada blogger yang ingin meramaikan edisi jelajah blogger KL ke Selatan? sila klik blog AKUZLE

Thursday, November 22, 2012

Komplikasi selepas pembedahan.


Walau ibu sudah sedar, kesakitan akibat rahim yang telah dibuang beberapa jam lepas membuatkan emosi ibu terganggu.
Staff nurse kata ianya normal, bergantung kepada pesakit. Sekarang ibu hanya loya. Belum muntah.. Meracau akibat kesakitan yang dialaminya.

Doktor sarankan masukkan ubat penenang/tahan sakit..

Ya Allah.. moga cepatlah ibu sembuh.. amin

Perkara yang ku lakukan bila Ibu di bilik bedah

Keadaan ibu sebelum ditolak ke bilik bedah jam 11.45 pagi 22 Nov 2012

Selain berzikir dan berdoa yang tak putus2 untuk ibuku...

Aku mengunakan masa 2 jam sebaik yang boleh, update blog, membaca risalah yang terdapat dikawasan hospital dan merehatkan fizikal badanku di kerusi urut yang disediakan...

ps:
terima kasih keatas teman-teman yang mendoakan dan menasihatkan aku sepanjang menjaga ibu di hospital. Mudahan kalian dirahmati.



Monday, November 12, 2012

Aku sudahhh.. KOrang?

Beli melalui alam maya.. Akhirnya ibu kolagen dihadapan mataku. Terima kasih buat adikku Blogger Lydia Miza yang sudi mempercepatkan kakakmu berkolagen...


Basuhan pertama, opkoss.. warnanya ala- ala dilautan..

Rendam semalaman.. opsss..sebelum tu kena cuci berulang kali 4-5kali agar ibu kolagen tidak masih dan terlalu hanyir.

Selepas rendam, sila cuci 4-5kali lagi ya, Tujuannya untuk elak tekak kita kembang dengan baunya.. Hehehehe

Rebus 40minit bersama daun pandan, ku ikut saranan guruku... hasilnya memang sedap, tak payah tambah oren sunquid atau gula, daku boleh telan begitu sahaja. 2-3 sehari....

Jommmm kawan-kawan sejantinaku kita kearah cantik,bukan untuk diri sendiri, pastinya untuk suami tersayang...

ps: semasa memasak ibu kolagen, ku telah membuat kesilapan iaitu merendam terlalu lama, mujur guruku menyarankan agar merebus semula. Untuk sepeket ibu kolagen, hasilnya 4 mangkuk (bubur,pengat,koktel) ianya stok sebulan anda.. memang jimatkannn...

Sunday, October 21, 2012

Kelas solekkan bersama Jazzneyta Rahim

(Para pelajar sudah pandai bersolek sendiri. Yahoo!l

Pertama kali dalam hidupku, belajar ilmu solekkan dan aura diri. Siapa kata tukang masak tak boleh berhias? Ewahhhh..(baru join satu kelas, aku sudah berubah rupa.. hahhaha)

Syukur, bila dapat pelawaan dari sahabat baikku Seri dan adiknya Ema untuk mengikuti kelas solekkan, kebetulan En Zalie mengizinkan aku terus daftarkan diri.

Pada hari ini  (21 Okt 2012) selepas menyiapkan masakkan untuk berjualan kami berenam (termasuk anak2 tauu, Pengajar kat kelas tu izinkan kami bawa anak2 ke kelas, memang sempoiii) dari felda sungai sayong terus ke kelas di Skudai, Johor.
Yes,... berjumpa juga dengan pengajar mak andam yang bernama Jazzneyta Rahim,seorang pengajar yang memang peramah. Walaupun kelas yang bermula agak lambat kerana masih ada pelajar yang belum datang, tapi kelas berjalan dengan lancar.

Ku betul-betul teruja apabila dapat belajar ilmu solekan dengan betul. Lihatlah wajahku.. Hari pertama dalam kelas aku dah boleh solek sendiri, comot tapi dapat pujian tauu.. Hahahha


Inilah wajah guruku, Freelance make up artis TV program/astro dan mak andam. Masih muda belia lagi tau....
Sessi kelas berjalan dengan baik, aku yang letih sebab kepenatan di CR dan perjalanan jauh secara automatik segar bugar di kelas, rugi kalau tertinggal satu perkara... Hehehehhe



Kalau korang berminat nak belajar teknik bersolek dengan baik alu memang cadangkan korang ke kelas Jazzneyta Rahim.

Yuran: RM150, belajar sampai pandai.
Alamat:Grace Studio, Mutiara Rini ( baris balai polis)
Semua disediakan seperti make up,ruang solat,photografer,telekung dan sijil.Bawa nota,pen sahaja.
No Telefon: 0108847664

Friday, October 19, 2012

Resepi Kek Carrot, serius moist sangat...


Sudah seminggu tekakku teringinkan kek carrot. Nak beli, SR jauh sangat. Jadi belikan sedikit bahan-bahan untuk memujuk diri yang aku boleh menghasilkan kek carrot dari jari jemari sendiri.

Syukur dengan izinNya, malam ini lepas maghrib ku dapat meneruskan misi utamaku... Kredit untuk sifu CMG, ku ambil resepi dari blog tiffinbiru.com nya.. Thanks sifu...
Jom semak resepi


Bahan-bahannya:
Sumber; Cik Mat Gebu

1 cawan Tepung gandum**
1 camca teh baking powder**
1/2 camca teh soda bikabonat**
1/2 camca teh garam halus**
1/4 camca teh serbuk kayu manis (serbuk kuih)**
2biji telur gred A
3/4 cawan minyak jagung
3/4cawan gula perang
1/4 parutan lobak merah (perah airnya)
1/2 cawan nanas dalam tin (tos dan cincang)
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut (cincang halus)


 Cara menyediakan:

  1. Panaskan oven 180c.
  2. Telur,minyak dan gula kacau sekata dalam 5 minit.
  3. Masukkan bahan yang telah diayak (bertanda **) gaul sebati.
  4. Masukkan carrot,nanas,kelapa,kacang walnut. Gaulkan sebati.
  5. Isi kedalam 2 loyang yang sudah digris dengan minyak atau mentega. Bakar pada suhu 160c, 35minit (loyangku jenis cepat panas. Kalau korang guna loyang 9x9 masa bakar adalah selama 50minit
  6. Sejukkan dahulu kek atas jaringan untuk cepat sejuk. Boleh juga setelah sejuk masukkan ke alam peti ais untuk sessi topping seterusnya.


Bahan Topping:
250g Krim Cheese
100g Mentega
1 camca Aisin Vanilla
120g gula aisin (kalau tak ada,blander halus gula pasir dah memadai)


Cara buat Topping cream:

  1. Putar cream cheese dan mentega hingga sebati.
  2. Masukkan aisin Vanilla dan gula halus. Putar hingga gebu dan halus
  3. Apabila kek pertama sudah di letak cream, letak lapisan kedua keatasnya. Ulang sessi menghias, boleh lah korang hias kek korang secantik yang boleh. Ikut suka ya.

Jujur, rasa kek lobak merah ini sangat gebu... walau rupanya comot... hahhaaha itu kata anak aku tau... Budak2 memang jujur kannn...

Wednesday, October 17, 2012

Menu paling digemari oleh Pelanggan Citarasa Rinduan adalah:


Lemak tempe:
Makan dengan nasi panas, tambah dengan telur masin dan sambal belacan pastinya menu ini cepat lakunya..

Kari Ayam:
Menu ini jangan dibuat cair, kuah kena balance dengan ayam.. selain warga melayu dan india suka menu ini. Warga pakistan juga mengemari. Mereka suka kuah, ayam kari? tukar dengan ayam goreng sahaja.

Sambal Goreng:
Ada pelanggan yang suka ratah macam itu sahaja... Ada juga yang layan dengan nasi goreng,nasi lemak atau nasi Ayam.. Bagiku, apa2 tak kisah. janji pelanggan hari2 singgah CR.. Heheheh

Ikan Mayong/Kepala Mayong:
Kebanyakkan pelanggan CR gemar bungkus untuk dinikmati bersama keluarga..
Setiap hari CR menyediakan dua jenis ikan asam pedas yang berbeza. Manakala setiap hari jenis ikan akan berubah-ubah. Samada ikan jenis laut atau darat. (bergantung pada pasar)

Ikan kicap/ayam kicap:
Pelanggan yang tidak gemar pedas.. pastinya memilih lauk ini. Lihatlah seawal jam 10.30pagi menu ini sudah tinggal sedikit...


Urap/Kerabu:
Usah ditanya kalau sayuran ala kampung, sekejap sahaja menu ini laris dijual.
Tongkeng Ayam:
Opssss... memang laris tau.... hehehhe


PS:
Gambar diambil pada jam 10.30 pagi (17 Oktober 2012)

Thursday, October 11, 2012

Majlis perkahwinan sepupu, tak syok tangan kosong kan....


Hujung minggu ini ada 3 undangan majlis kahwin

Yang pertama: (13 Oktober)
Adik mak saudara En Zalie yang akan mengakhirkan zaman bujangnya
Yang kedua: (14 Oktober)
Sepupu En Zalie, Hanim namanya....
Yang ketiga:
Anak sepupu arwah mertuaku....

Bila ada undangan dari ahli keluarga, sudah tentu tak boleh pergi dengan tangan kosong...

Tempohari dah beri kerepek kat rumah majlis yang kedua

Sekarang, ku sedang sibuk menyiapkan kek Marbel classic untuk buah tangan majlis yang lain pula...


Alhamdullilah. Semalam buat kek agak kurang ceria warnanya... Korang boleh baca entry sebelum nie. Tengahari tadi cuba lagi. Kali nie MIL tolong mixeskan.. kebetulan kesihatannya baik-baik...

PS: blogger Shida (kakakecik) tanya ku guna oven apa?. Aduhai.. maluuu.. guna oven yang murah jer, janji boleh bakar, tak ada kipas.. cuma api atas bawah jer awak..

Buat kek guna tepung Optima...


Hasil kek yang dibuat memang lembut dan gebu.....


Hanya kerana ku kurang mengunakan pewarna dengan betul, maka marbel koko yang dibuat malam semalam kurang cantik bila ku tayangkan..


Serius sedap sangat2.... mengikut kata sifuku Blogger Cik Mat Gebu, adanya tepung optima.. apabila teringin nak mengediakan kek yang sedap, tepung itu wajib ada pada setiap isi rumah..

Tak perlu gula mahupun baking powder, kita dapat menghasilkan kek sesedap di kedai kek terkemuka.... percayalah...

PS:
masih belum sempat BW, sedang menyediakan kek marbe untuk majlis perkahwinan sepupu En Zalie.
Maafkan daku...

Thursday, October 4, 2012

Resepi hari ini



Dapat pisang muda, memang sedap dimasak lemak cili, tambah selera ada ikan masin, telur masin dan sambal belacan, kalau nak tambah kredit pastinya ada ulaman, daun bebuas ker, ulam raja ker, daun selom ker dan kalau semua tu tak ada ulam timun muda pun syokkkk....


Kalau dapat pucuk yang masih bergulung, memang sedaplah daun pucuk paku tu digoreng begitu sahaja, kalau nak tambah sedap, tumbuh manja cili padi barang 7-9 biji.. Wah!! terangkat ko,..


Kredit gambar: Diri sendiri, sendiri snap, sendiri masak  dan sendiri buat entry hehheheh (sebenarnya, aku punya mood berblog dah 2-3 hari menghilang, wah!! nak balik kampung, nak hilangkan winduuu kat ibuabah)