Bila kata pengalaman pertama, pastinya ada lucu dan ianya akan kekal selamanya diingataku.
Pertama kali menjejakkan kaki ke kedai tutti frutti (frozen Yougurt) bertempat di seri Alam, Masai. Berdekatan bangunan Maybank, berhadapan Restoran De Lauk.. aku dah start buat muka terpinga2.. serba salah bila nak gunakan peralatan dihadapan mataku, rambang mata sudah tentu!!!!
Tengahari tadi, selepas suamiku dapat rawatan di Regency Hospital Seri Alam, perut aku dah berkeroncong, sarapan setiap hari susu Omega 3, jadi.. jam 12 tengaharai pastinya dah rasa lapar yang amat…
Pusing2 kawasan Seri alam, ternampak 1 kedai makan, bila ada lauk campur.. aku senduklah makanan kampung, ulaman dan sambal.. hehehehhe Jawa katakan.. hehehehe
Bila duduk menghadap luar, mata tak kelip2 ternampak bangunan tutti frutti, mulalah tekak dah gatai nak makan aiskrim.heheheh, orang putih pulak…
Selesai makan, aku ajak anak daraku ke kedai tutti frutti tu.. amboii umai, kalau suruh ambil gambar, dia pandai posing
Masuk dalam aku pandai sekeliling, ada 3 cup depan mata, baca arahan kat board…Mulalah peluh pecah kat dahi.. berpeluh2 pulak nak gunakan mesin aiskrim tu.. manalah aku pandai nak tekan apa2… mujurlah tak ada sesiapa dalam tu… jadi aku buat kedai tu macam kedai aku yang PUNYA.., HAHAHHAHA,
Ini mesinnya.. korang pernah guna tak, aku tekan perlahan2.. takut terpicit lebih pulak…
Pilih selera aku. Semestinya coklat.. umai nak minta aiskrim laici.. aku ikutkan jer. Masukkan dalam 1 bekas…
Nak pilih toping pelbagai rasa dan pilihan aku tak reti….. jadi hanya ambil yang aku tau jerlah. Lagi pun risau gak kalau aku pilih, last2 anak dara aku tamo makan, dia tak suka bijiran..
Ini pilihan aku… kena timbang ko….. hahahhaha. Lawak2, sebab semuanya pengalaman pertamaku….. bayar RM 9.50.. bak kata en Zalie, kalau makan kat kedai makan kita boleh dapat untuk 2 kepala.. hahahhah
PS: Bagi selera aku, laici tu masam yang amatttt.. kalau coklat aku suka.. esok2. Kalau aku kesitu lagi, aku hanya ambil coklat jer, lagipun umai pun kata.. tamo makan lagi, sebab masammm..