Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label sinosip drama. Show all posts
Showing posts with label sinosip drama. Show all posts

Saturday, June 2, 2012

Drama Nyanyian Sakaratul Maut


Sedang menunggu dan menanti drama cerekarama pada malam ini.... 

Lakonan Sam,Neelofa, Jamaluddin Hassan Faradhiyah dan ramai lagi...

Jom tonton

SINOPSIS
Norain dan rakan baiknya, Lina yang juga seorang model dan berkawan rapat dengan Talib yang juga seorang pengedar dadah. Konflik bermula apabila Talib ditangkap polis dan ditahan di penjara selama dua tahun. Ketiadaan Talib menyebabkan Norain berada dalam kegelisahan sehinggalah dia bertemu lelaki kaya, Mansor. Pada mulanya, Mansor cuma menumpangkan Norain dengan keretanya tetapi akhirnya dia jatuh hati dengan gadis itu hingga ingin mengahwininya.
Akhirnya, Norain berkahwin dengan Mansor kerana ingin mengejar kemewahan hidup tanpa pengetahuan teman lelakinya, Talib yang berada di penjara ketika itu

Thursday, April 19, 2012

Friday I'm In Love, aku cinta siapa tu...

Selamat malam jumaat sahabat, hari ini kalau diikutkan tak berapa nak ceria.. tapikan, bagi aku.. kalau kita buat2 ceria insyallah.. semuanya akan jadi happy, asyik nak bad mood tak elokkan.. senyumalah.. Insyallah, itulah petua untuk menjadikan diri kita rasa bahagia...

I'm In Love.. wahhh!! asal malam jumaat jer nak love2... ajer gatal anak Pak Rahman nie.. kikikikiki, sebenarnya nak cerita yang aku dah jatuh cinta dengan Qi, siapa Qi tu?? hah!!! abislah kalau En Zalie dapat tau.. ha'aah..... Tak tauuuu....

Qi Razali tu sekarang buah hati si penyanyi Yuna.. Malam nie jam 8.30 malam bermula malam ini 19 April 2012, dapatlah kita tatap muka dia hari2 di tv 9... Ewah!!!!!! gatal tak sudahhhhhhhh


Drama terbaru Friday i'm in love atau bahasa melayunya Mula Jumaat malam Khamis (pelik pulak kalau di transletkan hihihihi), jom layan sinopsipnya

FRIDAY I’m In Love mengisahkan Awang, seorang remaja yang juga seorang pembantu di sebuah kedai buku dan bersahabat baik dengan Ana, Nisha, Pitt, Jo dan Hansem. 

Awang menyambut hari jadinya yang ke-21 bersama mereka pada Jumaat di kedai kopitiam milik bapa Nisha. Sedang mereka sibuk berbual, Awang terlihat seorang gadis cantik iaitu Amy dan secara tiba-tiba Awang cuba sedaya upaya untuk berkenalan dengannya. 

Tanpa disedari, mereka menjadi serasi dan Awang jatuh cinta kepada Amy dan kisah cinta mereka berterusan pada Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu tetapi pada Khamis, Amy menamatkan percintaan mereka dengan mengakui bahawa dia sudah berkahwin. 

Awang berasa sangat kecewa, namun pada hari seterusnya, dia bangun dengan ingatan kabur terhadap Amy dan bertemu pula dengan Bella dan jatuh cinta sekali lagi. 

Episod pertama Friday I’m In Love akan bersiaran bermula malam ini (setiap Khamis), jam 8.30 malam melalui slot Aurora di TV9 (Saluran 119). 

Istimewa buat pertama kalinya, TV9 akan menyiarkan kesudahan episod cinta Awang ini dalam format telefilem selama dua jam di slot Skrin di 9 pada Rabu, 18 Julai, jam 8.30 malam. 

Penampilan istimewa pelakon wanita popular seperti Fouziah Gous, Puteri Sarah Liyana, Izara Aishah, Nabila Huda dan Ayang Hussein sebagai kekasih hati Awang pastinya akan lebih menghangatkan lagi drama ini.



KREDIT TO METRO ONLINE

Saturday, February 18, 2012

Cerekarama Jujur Aku Dayus TV 3.. Drama ini ramai yang bingung!!


Mengisahkan pasangan suami isteri, Edree dan Lisa yang hidup bahagia selepas perkahwinan yang berusia lebih setahun. Sebagai seorang pegawai berprofil tinggi, Edree memikul tanggungjawab besar di dalam syarikat. Suatu hari, dia ditugaskan untuk ke luar negara dan selepas lapan tahun keika dalam perjalanan puang ke rumah untuk melepaskan rindu kepada isteri tercinta, Edree ditimpa kemalangan menyebabkan dia koma. ~~ Sinopsis dari Akhbar


Drama ini, buat semua sahabat geng2 FB mahupun Blogger  yang melayan drama ini tak senang duduk…
Asyik tertanya2 siapa anak yang Aisya (lakonan Irma Hasiem) kandungkan?, apa hubungan Ed dengan Aisya.. wah!!!

Memang panas line wall aku, hahahhaha

Ulasan dari aku, blogger kurang tegar!!

Sebenarnya, Lisa dahulunya tidak mengamalkan gaya hidup muslimah…ingat lagi dialog yang Ed ucapkan buat Lisa semasa, Lisa memegang jubah di butik

Jubah, Tudung tidak dapat menutupi hati yang KOTOR..

Hinggalah, Ed bersusah payah ingin memperisterikan Lisa walau ayah Lisa seorang yang sangat tegas. Alhamdullilah.. Lisa berubah 100% kepada wanita muslimah

Apabila Ed memujuk Lisa ke Jepun, Lisa tidak mengendahkan.. hingga tempoh 1 tahun  berlalu, Ed kembali ke Malaysia, namun beliau mengalami kemalangan… hingga koma..

Disinilah, munculnya Aisya. Sahabat dari kecil (sama-sama tinggal di rumah anak2 yatim) yang menghadapi masalah, suaminya meninggal dunia ketika Aisya mengandung 4 bulan, hingga sanggup mengugurkan kandungannya

Tercetusnya masalah dimana Lisa tertanya2 akan perubahan yang berlaku pada suaminya semejak Ed sedar dari koma…

Akhirnya jawapan terlerai..sebenarnya berlakunya sesuatu apabila  Ed sampai ke Malaysia, Lisa telah dirogol oleh bekas pakwenya (lakonan Zul Ariffin), manakala Ed telah menyaksikan isterinya telah tidur bersama lelaki lain, terjawab sudah DAYUS yang diperkatakan... dan syukur, kerana cinta.. Ed dan Lisa kembali berkahwin semula untuk kali ke 2


Wednesday, February 15, 2012

SKRIN tv9. Menantu B+ : Aku kategori tak layak!! Sebab darah aku jenis O


Drama komedi lakonan Amy Mastura (sebagai Sarah) dan ayahnya bekas polis pencen lakonan Usop Wilcha ( sebagai Junaidi), oleh kerana rasa bersalah yang amat Junaidi terhadap anak tunggalnya sarah yang hampir berusia 29 , ini gara-gara Junaidi seorang ayah yang tegas, terlalu menyiasat siapa sahabat anaknya semasa remaja hingga anaknya masih belum berkahwin


Ditambah Junaidi terlalu memilih pasangan hidup anaknya, seperti perwatakan,menyayangi anaknya, romantik, kategori jenis darah,berkarisma dan pelbagai lagi..(boroi2 Junaidi tamo ya,,)


Lihatlah cara Junaidi memilih pasangan suami sarah apabila Sarah rela ayahnya memilih pasangan suaminya, siap edarkan risalah dan interview bakal suami Sarah
Ala2 kawad kaki


Hah!!! Dapat yang bina otot… seriau cik!! Ketul2
Kikikiki.. dapat yang kaki Rockkkkk.. cakap tergagap2… hahhahah
Dan ada yang lebih lawak, ada yang tak banyak mulut..soal banyak, asyik mengangguk,  rupa2nya spesis DONUT.. lembutttt.. hahhaha


Yang ini Zamri lakonan Zizan zain, bekas buah hati sarah, masa mereka study sama-sama di University Singapore… dulu zamri nie rock abis.. tu yang Junaidi reject tanpa agak2 bila Zamri berkawan dengan Sarah… bila masa berlalu Zamri jadi bos di syarikat Sarah bekerja.. penampilan menarik...

Yang ini polis fairuz lakonan Ery Zulhairy, anak sahabat Junaidi lakonan Kaza… memang hensem, dia kenal dahulu Sarah bila Sarah terlibat dengan kes kehilangan kereta.. agak2 diakan yang Junaidi pilih buat suami Sarah??


Dan yang ini pula, sahabat Sarah di syarikatnya Hanas lakonan Fizz Fairuz, seorang lelaki yang selalu didamping sarah.. namun lebih rela bersahabat dengan Sarah..walahemah dihatinya menyayangi Sarah…
Lagipun, jenis darah Hanas B+ tau….



Dan.. ada 1 rahsia yang Sarah tak tau tentang kawan baiknya itu.. sebenarnya yang hari-hari bagi bunga dimejanya adalah pemberian dari Hanas.. hahahhaha.. kantoi ko Hanas.. diam-diam jatuh cinta kat kawan baik sendiri


Akhirnya... calon yang tepat dapat dicari...itu pun secara tiba-tiba semasa Junaidi, mengalami masalah kekurangan darah, sebab  tulah Junaidi akan check jenis darah orang yang nak anaknya.. sebab jenis darah B+ memang sukar dicari…



Kelakar habis, si polis hensam bernama Fairuz pengsan bila lihat darah….. si zamri pulak mabuk bila lihat darah. Mujurlah hanas tu seorang lelaki yang kuat semangat, stady abis bila darah dia didermakan untuk bakal ayah mertuanya…
                                               

Alhamdullilah, memang Hanaslah pilihan yang tepat, Junaidi memilih Mak Ton lakonan Liza Abdullah sebagai isterinya, siap dapat anak…. Hahaha.Sarah ada adik baru
Dan akhirnya sarah mengandung jua…



Korang nak tau tak, aku suka dialog Hanas buat Sarah sebelum drama ini habis, kiranya isi hati Hanas untuk melamar Sarah.....

Aku tidak dilahirkan untuk jadi pencinta
Aku tidak dilahirkan untuk janji manismu
Tapi aku menyayangi, mencintaimu, setulus hatiku
Demi cintaku yang kita tempuh, aku nak kau terima cinta aku
Sudikah dikau terima aku seadanya untuk menjadi seorang suami?
PS: kata hatiku!! Wahhhhhhhhhhhhhhhh.. feeling abis, cair hatiku dibuatnya..

Sunday, February 5, 2012

Drama: Suami Terpuji tv 9.. Drama komedi buat aku gelak sampai sakit perut!!


Sempena maulidul Rasul, tv 9 banyak mempersembahkan drama terbaik yang lebih menuju kearah keagamaan.

Malam tadi, aku dapat layan drama ini sambil menunggu pakaian kering dimesin basuh… maklumlah MAID 4 hari bercuti

Drama ini dibintangi Wahid senario sebagai fariz, Rozita che wan sebagai Fara, lakonan sebagai suami isteri dengan berjiran dengan Bell sebagai En Muda dan Azza Elite (yang belum dikurniakan zuriat).. 

Pelbagai kisah lucu yang berlaku akibat En Muda , sanggup berbuat apa untuk menarik perhatian ustazah.. berjogging dihadapan rumah, paling lucu baling angry bird bentuk hati.. hahahaha semata-mata mahu menarik perhatian Ustazah Nini guru ngaji Ain anak kepada fariz dan Fara


Manakala, Fariz sanggup bertukar menjadi suami terpuji seperti belajar solat. Belajar mengaji, berbuat amalan kebaikkan, pakai celak,kononnya nak ikut sunah nabi,. kerana kawan dipejabatnya yang mengamalkan sifat rasullulah dinaikkan pangkat.. 


Tertinggal solat subuh… kelaut,…hahhahaa..


Sedekahkan RM, beratus2 ko pada peminta sedekah….. hingga keperluan utama pun beliau sanggup tak jadi beli..  kalau sekelping tu patut, ini dia sedekahkan berkeping..... hahahah

Setelah beberapa kali diduga, barulah Fariz mendapati segala kelakuannya sia-sia kerana amalanya telah melebihi pada yang sepatutnya, dia membantu En Muda untuk berkawin dengan Ustazah Nini dengan mengajar pelbagai cara seperti belajar doa bernikah



Bila rahsia terbongkar, barulah mereka dapat mengetahui selama ini ustazah yang mengajar keagamaan adalah Nenek baru Ain.. bermaksud isteri baru Pak MUD yang selama ini dinikahi secara senyap selama setengah tahun.. kiranya suami yang paling terpuji adalah Pak Mud


Kikikiki… suami terpuji memang molek ditonton buat seissi keluarga… mengajar tentang gaya kehidupan masyarakat kita yang sering terpesong dengan belajar agama kerana ikut-ikutan, bukan kerana keikhlasan

Thursday, January 19, 2012

Ulasan Drama Aishiteru: Minggu ke 3 dan Minggu 4


3 minggu aku terus terikat dengan drama Aishiteru, minggu pertama aku terlepas pandang, minggu ke 2, aku buat entry khas untuk drama comel tu… korang boleh klik sini…untuk membaca ulasan aku tentang drama ini.

Minggu ke 3 (12 january 2012)
Aku tak buat ulasan kerana tertidur awal. Jadi, malam ini aku kongsikan buat sahabat yang terlepas pandang drama ini.



Izrael dan Azira memulakan kehidupan sebagai suami isteri dengan permulaan  ke tempat tinggal Izrael sekeluarga iaitu di bandaraya, atok Izrael sentiasa menyayangi menantu cucunya..
Izrael, sentiasa membalas perbuatan Azira dikampung seperti menyuruh Azira tidur dilantai, membuli Azira… walhal sebenarnya Izael dah jatuh cinta pda isterinya…



Hinggalah 1 tahap Azira merayu kepada abangnya Amir untuk pulang kekampung dan tidak sanggup tinggal dibandar, kebetulan Izrael terdengar perbualan isterinya. Timbulah keinsafan pada diri Izrael buat isterinya… Iz mengajar Azira menjadi warga bandar  yang seperti membeli makanan segera dan sebagainya



Ibu Izrael, merancang 1 majlis meraikan perkahwinan mereka,kerana sahabat ibunya sudah ramai yang menyetahui tentang perkahwinan anak bujangnya mulanya mereka suami isteri kurang bersetuju, apabila atok Izrael masuk campur.. terpaksalah mereka mengikut kemahuan mereka, cutenya rupa Azira bila disolekkan...

*************
Minggu ke 4 (19 January 2012)

Majlis berjalan dengan lancar, namun berlaku peristiwa yang sangat memalukan, eksiden ini adalah akibat dari sahabat Izrael yang sentiasa cemburi dengan pernikahan mereka suami isteri
Kasihan Azira kena mandi kek satu muka malam itu, Iz pula anggap isterinya tak berhati2… walhal Azira dah minta maaf  atas kesalahannya, ada satu peristiwa lucu berlaku.. jeng2.. Azira malu menatap suaminya tidak berbaju.. adehhhhhhhhh.. depa nie memang sangat cute.. 




Kadangakala Izrael ambil berat gak tentang isterinya, tapi tulah.. ego masing2.. Azira tetap tidur dilantai bilik, manakala Iz yang asalnya meminta isterinya tidur si katil mengikut sahaja kehendak isterinya



Dalam pada masa yang sama, atok Iz yang mengetahui Azira sering terabai dengan sikap cucunya, mengizinkan Azira keluar bersiar, dengan ditemani suaminya.. hinggalah tercetus 1 peristiwa yang sangat mengecewakan hati Iz, apabila isterinya bertemu semula dengan bekas teman lelakinya…

Disinilah tercetusnya, 1 persetujuan yang tidak baik kepada mereka berdua, kerana Azira tidak mahu Iz membocorkan rahsianya, maka.. Azira bersetuju untuk menemankan Iz ke kelab malam

Saksikanlah pada minggu ke 5, kesudahan drama cute ini… aku dah tak sabor nak pastikan mereka bahagia menjadi pasangan suami isteri muda yang paling comel!!!! Tapi takut juga bila mereka berdua sentiasa mempunyai masalah dari sebab teman2 Iz

Wednesday, January 18, 2012

Drama SuriRumah 7 hari di TV9


Pelakon yang membintangi drama SuriRumah 7 hari pada 18 January 2012 di tv9, waktu siaran dari 8.30 malam - 9.30 malam, bukan calang2 orang, ku akui mereka semuanya adalah pelakon yang sangat berpengalaman.. drama ini sangat lucu namun mesej yang jelas di sampaikan pada penonton.. 






Bukan mudah untuk mengubah seorang wanita yang berpewatakkan tomboy. Yatt  atau nama sebenarnya Hayati Hassan(lakonan Yatt Hamzah) terpaksa menjadi suri rumah (tukang gaji) kepada Aman (Fahrin Ahmad) duda yang mempunyai 3 orang anak.. pelbagai kisah lucu yang berlaku walahemah Yatt tidak pandai membuat kerja wanita



Asalnya Yatt seorang anak dara yang diberhentikan kerja kerana kesalahannya hingga menyebabkan 3 bulan beliau menganggur, menyebabkan kereta kesayangannya bernama Sweety perlu ditarik pihak Bank.. Yatt begitu susah hati walhal, beliau mencari kerja lain dimerata tempat. 
Hinggalah Aman menawarkan kerja buat ibu Yatt sebagai tukang gaji kerana Aman terdesak ke luar Negara atas urusan pekerjaan manakala gaji yang ditawarkan adalah sebanyak RM 3,000


Disinilah ibu Yatt mencari idea untuk mengubah anak daranya, Yatt terlalu memegang prinsip tidak mahu berpakaian wanita iaitu baju kurung dan kebaya.
Kerana sayangkan keretanya akan ditarik pihak bank, Yatt setuju melepaskan prinsip yang dipegangnya, disinilah ragam dan pelbagai pekara lucu yang mencuit hatiku.. Yatt terpaksa melakukan kerja2 rumah selama 7 hari…  


Pertama kali memasak, Ruang dapur ala2 ruang berperang.. aku gelak tak ingat dunia

Yatt kena minta tolong ibunya masak lauk dirumahnya, sebab yatt terlambat menguruskan Daniel yang buang air besar.. hahahhaha (siap terjengket2 bawa pampers ke tong sampah)

 
Sarapan pagi mereka roti kosong, depa semua pakat tamo makan.. makan lah... makanlah... Damia geleng2.. Yatt pujuk tak henti2, hehehe
 


Melayan 3 anak Aman termasuk lakonan Adik Maisarah (Danishah), Damia dan Daniel memang menguji kesabaran Yatt, namun ku suka dengan semangat Yatt yang berusaha mengawal kata hati amarahnya kepada kanak2 tersebut..
Hinggalah mereka rapat dengan Yatt yang sentiasa mengambil berat antara 1 sama lain




Akhirnya, bila 7 hari berlalu, Yatt merindui saat bersama anak2 Aman.. Aman semakin jatuh cinta kepada yatt, dan melamar Yatt menjadi suri kepadanya, Ibu kepada anak2nya..

Sunday, January 15, 2012

Cerekarama Mr Labuci (tak semua orang yang tiada pekerjaan, tidak berjaya)



Drama komedi MrLabuci, sebuah drama kekeluargaan yang sangat menghiburkan penonton.. menemui penonton jam 10-12 malam pada 14 January 2012.

Kisah seorang isteri iaitu Zulaikha (rozita Che Wan) yang berkhidmat selama 10 tahun dengan syarikatnya, seorang yang sangat mementingkan diri sendiri akibat merebutkan jawatan besar di syarikatnya. Manakala suaminya mempunyai masalah dalam kerjaya tetap,  namun seorang suami yang baik dan menjaga anak dengan sempurna.

 Malik minat dalam dunia labuci, hasil dari kepakaran ibunya sendiri.. Malik sentiasa menyediakan dan  menghasilkan idea yang kreatif pada pakaian isterinya Zulaikha iaitu dengan menghasilkan pakaian yang penuh dengan labuci..

Bila aku perhatikan pakaian Rozita, aku pun pun terpegun sama.. cun habiss baju2 yang digayakan oleh beliau.. siapalah yang design baju2 Rozita tu agaknya ya??





Sering berlaku pertengkaran apabila Zulaikha sering mengungkit hingga terbawa2 apabila pulang ke rumah, Zulaikha hilang rasa hormat terhadap suaminya sendiri hingga sanggup mengecilkan keupayaan suaminya dalam rumahtangga mereka


Kes ini, buatkan anaknya Mimi sering kesedihan bila ayahnya Malik merajuk hati. Mimi rindu ayahnya yang memasak sambil menari (mimi nie ada bakat berlakon, comelnya beliau.... pandai pula berkata2)






Dalam pada masa yang sama Malik dan sahabatnya Ali sedang dalam proses perniagaan yang sangat Berjaya..


Zulaikha, yang mula sedar apabila perbuatannya selama ini sangat melampaui batas, gara-gara ingin merebutkan hati isteri majikannya, walhal.. isteri majikannya (lakonan Ifa Raziah) tidak suka pada kaki pembodek… ayatnya, Saya tidak suka pembodek, ianya akan meruntuhkan organisasi (aku setuju!!!)




Akhinya, suaminya Berjaya membuka butik sendiri bernama Butik Sentuhan Zulaikha atas kerjasama isteri majikan Zulaikha, disinilah Zulaikha menyedari betapa sayangnya dan berharganya kasih sayang seorang suami yang di panggil MrLabuci



Sunday, January 8, 2012

Drama Ikan Bakar TV3.. aku rasa syahdu dan sayu


Drama ini Berjaya aku tonton sampai ke akhir jalan ceritanya.. lakonan Rusdy Ramli, Lis Dawati, Zed Zaidi dan ramai lagi
  • Banyak moral yang ku dapat titip antaranya
  • Kasih sayang seorang isteri buat suami yang kurang sihat
  • Kasih sayang seorang ibu buat anaknya

Siapa yang menonton pasti merasai apa yang kurasa, syahdu, rasa sedih dengan kisah mereka anak beranak..



Ikan bakar merupakan sebuah drama yang Berjaya menyatupadukan sifat taat isteriiaitu Shakinah buat suami Baharom yang kurang sihat.. akibat sihir dari ibu isteri yang tidak suka akan menantunya
Bila bakar iaitu si anak yang menyangka, ibunya lebih kasihkan ayahnya yang berperangai keanak-anakkan maka, perasaan cemburu si anak mengatasi segalanya..  
Ditambah muncul seorang lelaki yang membuat amarah Bakar semakin berapi..



Akhirnya kesedaran demi kesedaran timbul, bukan sahaja ibu mertua yang telah menyesali sifat lampaunya, malahan Rozali (lelaki yang menyukai Sakinah) telah menerima bala yang diturunkan oleh yang maha esa, akibat perbuatannya sendiri, iaitu menghasut Baharom melepaskan ikan anak kesayangannya 



PS: perbuatan jahat dibalas jahat.. terbukti kebenarannya

Thursday, January 5, 2012

Aishiteru Drama TV 9, buat aku gelak tak teringat malam ini malam WAJIB


Malam jumaat, selalunya lepas baca yasin aku pasti update blog, tapi dah berapa hari ini.. mood aku lari ke laut, nak BW pun rasa feel kurang.. harap2 kawan-kawan tak kisahlah kalau aku tak singgah blog korang.. sorry

Malam ini, jam 8.30 boleh pula aku layan tv 9.. mulanya tak ada mood nak berlamaan depan tv, rasa nak tidur jer..  sebab badan aku sakit2 layan basikal 2-3 hari nie agaknya.. heheheh

Sekali layan jer, aku tergelak…. Dua kali layan bertambah gelak…. Memang kelakar, bila budak2 yang masih sekolah a.k.a muda belia kena kawin paksa sebab tertangkap basah…



Nak olah drama ini, aku tak ikut dari awal, jadi aku google dalam pakcik goggle buat korang

Kisah bermula dengan Izrael, lakonan Afiq Muiz yang mempunyai tabiat suka berfoya-foya dan sering bertukar pasangan. Suatu hari ketika bersuka-ria di pub bersama rakan-rakan, Izrael ditahan oleh penguatkuasa kerana didapati memiliki pil ecstacy. Izrael bingung kerana dia sememangnya tidak pernah mengambil pil khayal itu dan hairan bagaimana pil itu boleh berada didalam poketnya. Akhirnya Izrael mendapat tahu ianya adalah kerja bekas teman wanitanya bernama Rania yang masih berdendam dengan Izrael kerana memutuskan hubungan cinta mereka

Datuk Izrael iaitu Leftenan Kolonel (B) Ismail merupakan seorang yang tegas dan telah menjamin Izrael tetapi dengan bersyarat. Izrael perlu menjalani perintah berkurung di rumah dan juga akan dimasukkan ke Institut Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia. Ini membuatkan Izrael berasa rimas kerana dia sering keluar rumah untuk berhibur.

Sehingga suatu hari, dia telah menyelinap mengikut rakan-rakannya bercuti ke Pulau Pangkor. Di satu perkampungan nelayan, Azira, lakonan Erin Malik, meratap sedih kerana terpaksa melepaskan sahabat baiknya Ammar melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya. Dalam diam, Azira menaruh hati terhadap Ammar tetapi segan untuk meluahkan hati. Ketika keluarga Ammar sibuk membuat kenduri kesyukuran, Azira telah menyelitkan surat cintanya ke dalam buku Ammar. Harapan Azira agar Ammar membaca surat tersebut dan membalas cintanya.

Izrael dan rakan-rakannya terserempak dengan Azira dan mereka mengusik Azira. Izrael yang sememangnya dikenali sebagai kaki perempuan dikalangan rakan-rakannya telah mengusik Azira yang mempunyai perwatakan yang cantik dan lembut. Sikap ‘jual mahal’ Azira membuatkan Izrael semakin tertarik untuk mendekatinya. Pelbagai cara dilakukan oleh Izrael sehingga penduduk kampung menyangka Azira telah menggatal dengan pemuda dari bandar. Gara-gara mulut Muna yang suka menjaga tepi kain orang terutamanya Azira menguatkan lagi sangkaan buruk penduduk kampung terhadap Azira. Azmi, abang Azira yang bersikap baran telah mengamuk dan telah menggertak untuk mengahwinkan Azira dengan Izrael. Azira menjadi semakin tertekan!

Suatu hari Izrael telah menaiki bot nelayan dan terjatuh ke laut. Izrael berpura-pura lemas dan diselamatkan oleh Pak Aziz, bapa Azira. Izrael terpaksa berbuat begitu semata-mata untuk mendekatkan diri dengan Azira. Pak Aziz simpati dengan Izrael dan membawanya pulang ke rumah. Azira tidak suka dengan kehadiran Izrael, begitu juga dengan Azmi. Izrael yang masih tidak berubah perangai tiba-tiba cuba memeluk dan mencium Azira ketika Azira ingin memberikan air kepada Izrael. Tanpa diduga, Azmi pulang pada waktu itu dan menyaksikan perbuatan tidak senonoh Izrael. Azmi begitu marah dan ingin memukul Azira, tetapi dihalang oleh Izrael yang tiba-tiba sahaja boleh bergerak. Ini membuatkan Azmi bertambah marah kerana Izrael sebenarnya berbohong dan tidak sakit.

Azmi mencabar Izrael untuk berkahwin dengan Azira dan ini membuatkan Izrael terjelepuk di lantai! Muna yang suka membawa mulut telah mendengar pekikan Azmi dan memberitahu seluruh kampung. Keluarga Azira berasa amat malu. Izrael pula terpaksa menelefon ibunya Puan Nora dan ini membuatkan ibunya terutamanya datuk Izrael menjadi terkejut.




Untuk malam nie, aku ketawa besar bila Is, yang bernazar berkawin dengan Azira dengan rela hati sanggup berkawin gara-gara mendengar nasihat dari pakcik yang bantu dia sewaktu dia hanyut ditengah laut, wahal mulanya dia tamo kawin, Is tak faham maksud Nazar, adeh… budak2 zaman sekarang nie tak tahu takut kalau dah berjanji…

Sakan, Is curi basikal, curi baju melayu dan curi songkok sebab dia tahu majlis angkat nikahnya dah lama berjalan tanpa kehadiran pengantin lelaki

Last2 masa dia sampai ke tempat pernikahannya, mak dia, lakonan si Wan Nor Azlin, bersama datuk Is lakonan Dato Jalaluddin dah penat menanggung malu sebab tunggu Is lama benor nak sampai ke rumah family azira…

Berulang2 angkat nikah dijalankan. Sampai songkok pak iman terbang.. hahahhahah

Berpeluh2 ibu Is dok kipas badan, lagi risau sebab cincin kawin dia turun kat menantunya, siap pujuk atok Is nak baik cincinnya.. hehehehhe





Akhirnya bila banyak kali angkat nikah tak sah, sebab kegabraan Is….. Pak iman diingatkan ada majlis lain kena tuju.. terus sahkah sahaja perkahwinan Is dan Azira……

 Malam pertama berjalan,tapi mereka suami isteri bergaduh macam budak darjah 1.. lawan2 baling kertas.. hehehhehehe… cadar lari dari tilam, bantal tak tersusun. bilik lintang pukang.. adehhhhh


Solat berjemaah, Is tertidur2 sebab malam tak tidur selesa, tidur kat lantai.. tapi kasihan pula kat Azira sebab dia lagi tak nyenyak tidur bila dengar ngorokkan suaminya.. hahahhaha



Gaduh masa sarapan pagi, sebab Is tak makan pedas, bila Azira naik hantu.. diterbalikkan mee hoon pedas atas kepala Is… hahahhahah

Sambung minggu hadapan.. adehhhhhhh.. aku terjatuh cinta kat drama nie, tapi masalanya nak tunggu seminggu oooooooooo… kalau tanam pokok, dah ada hasil!!

PS: update blog sambil layan semanis kurma bertajuk Awasi anak  berinternet