Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Monday, February 20, 2012

Pemberian sahabatku: Kejutan pagi isnin..


Pemberian sahabatku Suryani Ibrahim, sahabat setiaku… sangat bermakna pagi isnin bila mendapat kejutan darinya…
Sangat2 terharu…. 

Sepokok lada butang, pemberian darinya… membuatkan aku berterima kasih, hanya itu yang mampu ku ucapkan buat beliau… (beliau, suaminya dan anak2nya suka berbudi dengan tanah, dah banyak kali menerima tanaman seperti kobis, daun kailan dan lain2… syukur, dapat kawan sebaik beliau)
Bertambah koleksi tanaman pokok2 herba diberandaku… pokok halia (umai yang menanam… campak biji halia yang tak sihat ke dalam pasu, sekarang dah kualihkan ke pasu yang lain..)


Daun panjang umur, nama yang ku tahu, entah2 namanya lain… hahahhah

PS: bila memandang tanaman menghijau.. oh!! Nikmatnya dunia

31 ulasan:

nur amalina athman said...

syukur dapat shbt yg baik..:)

Acik Erna said...

assalam ayu..alhamdulillah..ditemukan dengan sahabat sebaik dia..
lada butang tu boleh tahan pedasnya tu kan ayu.

teratai said...

seronoknya ada teman yg suka menanam....berbudi pada tanah x rugi, tapi masalahnya di rumah kak x ada tanah...semua bersimen!Tanam dalam pasu...jadi tempat kucing melepaskan niat pulak...harunyalah!

ibuintan said...

lada butang tu cantik bila buahnya dah masak

mamaijat said...

...ada yang panggil pokok tu..pokok sambung nyawa....sangat bagus bagi pesakit kanser...amalkan makan 7 helai sehari...insyaallah..kita berusaha & berikhtiar...

kurus said...

wahh bestnya dikk ..
seronok , nak2 pemberian dari rakan kan .. ;)

eiela said...

tangan sejuk tuh,,subur tanaman. saya tak pernah tengok la lada butang, yg saya tau lada api je.

Zul fattah said...

mak kat rumah pun, ada jugak tanam pokok2 cam ni.. x payah pergi pasar, nak makan, ambik je terus dari pokok, senang..

Cekgu Maz said...

bestnyerr tanamam dia subur menghijau...kita nie memangtangan panas...tanam pokok xberapa nak menjadi kecuali pokok lada...pokok lain sume mati heheh

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Ayu..
Bahagia hidup dapat kawan baik macam tu.

Kakya x serasi tanam halia,, x berapa menjadi..
Ada jugak tanam kemangi, slasih, daun kesom Dan pudina. Boleh lah untuk makan sendiri Dan bagi kawan2.

Seronok kan bertanam..

Nur Hawa Mohd Zin said...

kalu kat rumah awe ni mak abah mmg suka share2 anak pokok ni

kak ayu awe jumpa yong :) hehe

suha said...

hijau sangat cool kan?sebab tu cik suha suke katak hehe

shameel Iskandar said...

salam.
Bertani(termasuk tanam herba) adala hsatu ibadat.

Dan syukur juga krn mempunyai sahabat yang baik.

insan marhaen said...

kayanya ciptaan Allah. cabai pun ada bermacam jenis. ni baru first time dengar cabai butang!

NadiRah said...

kat landskap nad kat utm terbiar je pokok2nye..
baik bagi akak kan...
tapi cne nak ngangkut lak...
hurrmm...

jeBateja said...

Buat apa LADA tu kak.....buat ULAM ke..???

Along Maklong said...

pokok panjang umur tu bagus untuk kesihatan.. maklong punya dah mati.. huhu..
rajinnya ayu bercucuk tanam.. maklong tak ada tempat nak buat macam ayu..

gadisBunga™ said...

tapi daun panjang umur tu mmg sedap kak!!!

Unknown said...

alhamdulillah dpt sahabat yg baik...sbb ayu pun baik orgnya.. :)

akak suka tanam pokok asas yg mmg kita selalu guna cth:pokok limau purut,pandan,serai,kunyit,cili,cekur n daun kesum..cuma sejak pindah melaka ni agak terhad nak b'cucuk tanam sbb dah xder tanah yg luas..semua tanam dlm pasu jer..

norhidana said...

sukenyer tgk tanaman2 nih kak... dana nih tak pandai sgt menanam2 pokok tp suke tgk pokok2 hijau... nsb lah adik yg rajin menanam2 pokok2...

Izan Ishak said...

izan sejak pindah ke sini tak tanam apa2 pun.

syukurlah dpt sahabat yg sgt2 baik.

Cik Ecah said...

ehehee seronok jugak kan k.ayu main tanam2 pokok ni...dah tgk hasilnya...syukur Alhamdulillah...

mas saari said...

bagusnya ayu tanam pokok herba kat rumah...

faraherda.razalan said...

Ayu, klu duduk landed hse mmg untung. Dpt bercucuk tanam.

munna said...

daun panjang umur... first time munna dengar

PCL said...

dah lama tak jenguk 'halaman dapurku'..semangatnya dah hilang, tp bila Ayu tunjuk kat sini...cm nak mulakan balik projek hijau saya tu..

Unknown said...

Assalamualaikum Ayu...

Apa Khabar? Tukar2 Tanaman...Mmg Seronok...Tapi Kak Lin Tak Rajin Menanam...Hehehehe

*Maaf Kak Lin dah lama x berkunjung kesini...sibuk pindah randah...hehehe

Iza said...

Assalam...
pokok yg last tu juga dipanggil daun sambung nyawa...daun biak cina...macam2 nama ada..

Anonymous said...

mesti tgn ayu sejuk kan sbb menjadi kalau js...huhu...panas...panas... panas...hehe

Lydia Miza said...

cili?yg harganya ikut biji tu ke sis?ehehe..

Unknown said...

seronoknya ayu pandai bercucuk tanam. Yus kalau tanam apa pun selalu tak hidup...huhu