Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Monday, February 27, 2012

Kita cerita tentang mini gathering dulu..

Selamat hari isnin sahabat, tak sempat nak update blog.. banyaknya yang hendak dikongsi, semuannya tak menjadi, ditambah dengan rutin berniaga…Inilah kisah aku, yang sentiasa sibuk, mengalahkan menteri… menteri apa2 pun boleh… hehhehe…

Entry kisah perkahwinan sepupuku, kena postpone dulu.. banyak benar yang terlintas dikepala.. yang pasti pertemuan semalam.. mengeratkan silaturahim yang sedia ada…

Dalam jam 3 lebih (tak pakai jam, main agak2 waktu) dapat telefon dari blogger kasawari, Ya Ampun.. punyalah suka sebab ingatkan kesemua blogger tidak dapat hadirkan diri kemajlis yang sedang berlancar… (hari ahad, pastinya blogger2 lain ada agenda tersendiri)


Bila dapat call dari beliau, aku pandang jemputan.. tetamu masih ramai.. oh!! Tidak… macamana nak teruskan mini gathering, jangan sampai aku tak jumpa blogger kasawari sudahlah…

Dengan gigih, 5 khemah aku redah…nak cari juga keluarga blogger kasawari,.… kerusi meja semuanya penuh orang lagi… sukanya hati ini bila memandang blogger kasawari dikhemah yang ke tiga (kebetulan kitaorang pernah bertemu semasa gathering diteratak CMG), dengan isterinya yang cantik dan sopan santun ( tak macam aku, yang gagah lagi huru hara.. huhuhu), anak2 kasawari turut memeriahkan acara… (boleh pilih 1 buat calon menantu nie,. Heheh



Bila berbual rancak, dapat panggilan telefon dari blogger sari yusa… ewah!! Macam dirancang2 pula kehadiran beliau dengan blogger Oh Oeya, hah… nak tau tak? depa berdua ini ada kaitan.. jeng2.. nak tau.. tanya mereka sendiri ya….

Blogger sari yusa, hadir bersama anak tersayang dan suami tercinta, dan kecilnya dunia bila pakcik2 saya yang 3 orang suaminya memang kenal rapat..malahan sepupu saya edy sepaku jua kenalan suami beliau… kalau korang nak baca kisah entry semalam, korang boleh klik sini.. (entry dari blogger sari yusa)



Nak cerita panjang  lagi, kali ini tentang blogger Oh Oeya, sebenarnya.. aku nak minta maaf sangat pada beliau. Maklumlah, bila kurang berblog.. lappy hanya melekat time lewat malam.. banyak juga blog yang tak sempat aku singgah… rupa-rupanya blogger Oh Oeya kenal diriku.. malunya daku sebab tak mengenali beliau sangat….

Buat blogger Oh Oeya, bertuahnya daku mengenali kamu.. lepas nie nak belajar ilmu kesihatan dengan kamu ya… hehehhe


PS: dapat khabar, blogger sis lin (bisikan Hati) kurang sihat, untuk sahabat yang lain.. ku pinta kalian mendoakan kesejahteraan beliau moga cepat sembuh…

21 ulasan:

Misz-ella said...

Jumpa blogger? jelesnya!!

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

semoga rezeki Ayu bertambah melimpah ruah kerana menjamu kami semalam.

semoga Sis Lin cepat sembuh.

pst: semalam nak jugak bergambar2 ngan blogger Kasawari & keluarga, tapi maluuuuuuuu... huhuhu.

Unknown said...

kakcik--
nanti giliran kita pula ya

kak yus--
amin..amin.
thanks.. terharu


PS: alahai, mengada2nya nak kena cubit ya..... linda baik hati tau, spotting.. hehehhe

Acik Erna said...

assalam ayu..seronoknya dpat berjumpa maam ni itulah yang acik rasakan bila bertemu kawan2 blog dialam nya.

mama maman aka yana said...

ADIHAI.. JELEZ LA... BOLEH..?? HEHEHE

Rina Rahamat said...

hik hik..tu semua blogger kawasan johor ke? sy x berkenalan pun lagi

Kakzakie Purvit said...

Gembira yg tidak terkata itu yg pastinya Ayu...

p/s: Semalam niat nak buat kejutan juga tapi tak menjadi bila hujan lebat (hujan air batu lagi) tiba di asrama Nurienne, berlepas hantar Yasmien pun sama hujan lebat lagi, sampai Senai dah jam 6:50pm abang kata tak payahlah Ayu pun dah balik Kulai agaknya...

Azian Elias said...

seronoknya ayu sering jumpa blogger. bila kita leh jumpa ek?

norhidana said...

seronoknyer akak dpt berjumpaan ngn membe2 blog... kalu lah kite dpt jumpaan2 gitu dana nk request asam pds akak yek

Unknown said...

seronoknya dapat jumpa kawan2 blogger kan..t'ingat kenangan masa kat umah CMG dulu...meriah! tp akak dah jauh ni dah ssh la nak join lagi...

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Ayu - solekan Ayu nampak berseri2... solek sendiri ke mak andam?

Dr K said...

Best kan bila akhirnya dapat bertemu blogger...

Nantilah, Insya Allah saya & wife sampai ke CR....yahoo email saya dah boleh bukak, tapi mmg takde email ayu..maybe problem masa email saya crack down tu kot

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Ayu..bestnya jumpa kawan2 blogger.Blogger kasawari?pernah mengenali beliau melalui blgnya dulu..:D

Deru Ombak said...

Wah... Dalam suasana yang sgt meriah. Boleh nampak kegembiraan Dari taut wajah masing2. :)

munna said...

bestnya dpt jumpa mata ke mata... phewitt... lainlah ayu...cantik sgt...

lieynanilaz said...

jeles!!...

teratai said...

ohh x sempat jumpa mana2 gathering blogger lagi!

Daddylicious said...

mmg terasa lain macam bila jumpa blogger ...

fatin said...

wish i was there too~

faraherda.razalan said...

Ctknye Ayu. Hehehe...Suke tgk!

Oh Oeya said...

Bahagianya saya bertemu awak Ayu :))
Saya lebih kenal Ayu panggil blogger 'logorithm = uncle' hihi..
Terima kasih ya Ayu :))
Saya pernah singgah blog Kasawari dan mengenali blog beliau dari blog Sis-Lin :))
Hari minggu yang bahagia :)))