Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Saturday, February 18, 2012

Pesta layang-layang Pasir Gudang kali ke 17, hari ke 2 terakhir masih tak ceria tanpa layang-layang Gergasi diudara…


Sebenarnya tamo ke sana, sebab aku dah tersangat penat dengan kerjaku hari ini,. Lepas memasak lauk pauk buat jualan, aku terus rewang ke jiran sebelah rumah.. ada majlis bertunang anak perempuan jiran..

Namun, lepas sahaja keluar dari pintu hospital regency (rawatan suamiku), hujan yang asalnya sangat lebat tiba-tiba berhenti.. macam tau2 pula hajat suamiku nak bawa anak daraku kesana lagi..entry sebelum nie klik SINI.

Dan rezeki anak daraku, walau tiada paking yang selesa (Pusing sampai 5 kali, mujur storm boleh daki bukit bukau!!, walau en zalie tidak menemankan kami.. kerana suamiku keletihan, dan elok dia berehat dalam kereta sahaja…)

Ku dan umai dapat melihat acara kemuncak festival layang-layang tahun 2012.. syukur.. (walhal tak ada rancangan pun)

Sangat meriah, namun tetap hampa tanpa layang-layang gergasi yang dikehendaki anakku.. sedih lah pulak…

Jom lihat gambar









Dan ini pula gambar hasil peserta sedunia yang mengikuti pertandingan festival layang-layang tahun 2012… beruntungnya daku dapat layan layang2 buatan setiap Negara yang mengikutinya.. unik tau










PS: esok ada sambutan maulidul Rasul, jua ada tempahan nasi ayam yang perlu kusiapkan sebelum jam 12 tengahari.. dan selang sebelah rumah ada majlis akikah cucu pertamanya.. wah!!! Cukup terletak cantik jadualku 19 febuary, moga semua perancangan yang berlaku dapat ku ikuti dengan baik..amin

~~ribut 17 feb buatkan aku kecut gak nak kesana tadi, mujur ada rezeki akhirnya~~
Persediaan~~ kasut dan payung!! heheeh

13 ulasan:

Acik Erna said...

assalam ayu..acik belum pernah lagi tengok pesta layang2 ni..
mesti seronok ye ayu..

Unknown said...

acik--
waalaikumusalan, mmg seronok.. tapi bab kesesakan orang tu yang kurang best, ditambah ketidak selesaan tanah yang licin dan basah

azieazah said...

AYU, Kak Azie dah lama teringin nak tengok Pesta Layang-Layang ni. Suatu hari harus juga cuba. Best kan?

Kak Azie pun ada majlis sambutan Maulidur Rasul di surau sini. Tapi tak sempat la nampaknya. Ada kerja luar lagi esok.

Untung AYU. Dapat sertai dan juga dapat berbakti.

Tahniah. Syukur.

Unknown said...

kak azie--
insyallah.. ada rezeki kak datang jb tau,... ada jodoh kita, adalah.. hehehhehe (perasan pulak kak nak temu ayu)

ya, kak mmg sama mcm kak, maulid tu bt disurau gak..
mana tau, bila masjid dikawasan berhampiran bt. kak dapat attend..kan?

Anonymous said...

Bestnya js blm pernah lg smpi sni.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Hai Ayu...
Saja je Akak dtg sini nak kacau Ayu...hehe... mesti tgh tengok cerekarama la tu... betul tak?

Time akak lalu nk gi kompleks PG itu ari, terperasan mcm ada pokok2 ala2 obersea kt Bkt Layang2 tu... tu la ingat nak singgah nk posing2 gedix2 tp tak sempat lak.

Unknown said...

JS--
tahun sebelum nie lagi best tau,., byk layang2 gergasi...tahun nie kurang..


kak sam--
wah!! mana tau ayu dok tengok tv 3??

hahahha.. pitammmmmmmmmmmm

teratai said...

untungnya ayu dpt lihat dgn mata sendiri pesta layang2 bertaraf dunia ni! Kak biasanya jelaskan aje kepada anak2 murid tentang pelancongan bertemakan sukan/budaya ini. Tak ada peluang lagi untuk melihat secara live!

nur amalina athman said...

bestnya boleh pegi pesta layang2..:)

kay_are said...

macam2 jenis layang2 ade.. pelik2 tak pernah nampak lak tu.. meriah!

insan marhaen said...

di rumah IM sekarang ni tengah ribut la ni. rusau juga jika bumbung porch tercabut. bunyi lain macam jer nih!

Uji Hussein said...

Tiap2 tahun akak bertugas di festival ni Ayu.Tahun ni memang paling teruk diuji sebab hujan!Dengar kata, hari Jumaat tu bukan setakat hujan ribut, tapi hujan airbatu pun turun di Pasir Gudang.

Ardini Humaira said...

anak jiran dni suka betul main layang2 :D