Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, February 9, 2012

Pengalaman sambungan permit MAID dan cerita semalam..


Semalam yang agak memenatkan.. namun, ku ada sedekit pengalaman dari tahun nan lepas, syukur.. dipermudahkan jua akhirnya…

Sambungan permit pembantu rumahku, 1 lagi sambungan permit bagi pakcik saudaraku.. ku sebagai wakil menghidupkan semula permit MAID beliau.. (bawa kad pengenalan beliau dan bawa surat wakil)



Oleh kerana yang aku tahu bayaran untuk sambungan permit pembantu rumah RM 445.00 aku ke perjabat pos seawal jam 8.30pagi… aku faham 4 hari pejabat kerajaan bercuti, maka berasaklah di pejabat pos awal pagi…


Bila sattle buat money order aku terus ke setia tropika, johor baharu.. disitu adalah pejabat Imegresen Johor baharu.

Orang bersesak.. tamo nak cerita bab parking, tamo nak bercerita tentang kebisingan manusia ,malah ada berlaku kekecohan dikawasan parking, kerana tujuan aku nak cepat untuk ke tingkat 9 bangunan Imegresen…aku tak ambil tahu masalah luar.. hehehhe

Pilihan samada naik lif atau tangga??? ku berseluar jeans, berkasut sport.. (persediaan untuk sebarang masalah) kat situ, jangan berkasut tinggi, karang korang boleh pitammmmmm.


Sampai ke atas, baru ku sedari bayaran bukan RM 445.00 tambahan adalah sebanyak RM50.00, ini buat pengkongsian sesiapa yang nak sambung permit pembantu rumah korang, kena sediakan bankdraf,money order atau check berjumlah RM495.00.

Tahun hadapan aku tak tahu ya, ini untuk tahun 2012…

Berjalanlah aku sejauh 2 km untuk mendapatkan pekhidmatan bank yang paling dekat, nak bawa kereta tak sanggup sebab takut parking susah..

Bila dah sattle hidupkan permit MAID, petugas Imegresen minta aku datang hari ini untuk mengambil semula passport yang sudah siap…

Sabor jerlah!! Tahun lepas 1 hari boleh siap, tahun 2012 kena datang 2 hari pulak!! Kalau dekatlah rumah aku dengan taman setia tropika, Johor tak apalah jugak.. adehhhhh

**************

Sebelum ke hospital untuk rawatan suamiku, kereta ada masalah dengan air con, rupa-rupanya kipas bermasalah..Subhanallah. Mujur tak kena kipas enjin… alhamdullilah, dapat sedar awal.

Semalam terbang RM 213.00. untuk kos betulkan kipas, tambah minyak (first time baru tahu, ada minyak khas buat air con bagi ketahanannya.. heheh) dan kos untuk tambah gas….



PS: hari ini, urusan temuduga untuk rumah generasi ke 2 felda, selepas itu ke setia tropika semula untuk ambil permit MAID. Moga dipermudahkan semua

Maaf beribu maaf untuk pengunjung setia blog Citarasa Rinduan, semakin hari aku tiada ruang berkunjung ke blog kalian, terima kasih buat sahabat yang meninggalkan komen dan kepada sesiapa yang membaca blogku ini.. 

23 ulasan:

jeBateja said...

Kita org pertama komen ke kak...ahakz...

mcm tu erk..kalau ada org gaji...den tak de...so tak taw....ahakz...

mee bandung satu.....

Unknown said...

JEBAT..

wah!! kena belanja mee bandung nie.. hehehhehe..

puding mana dik?

Kak Mahh said...

Berasaklah sebab lama sangat cuti ni.

Kakcik Seroja said...

Semoga Allah sentiasa permudahkan segala urusan Ayu. InsyaAllah.

Acik Erna said...

Assalam ayu..semoga semuanya dipermudahkan..tak pe ayu tak sempat berkunjung pun..kami semua faham..

Anonymous said...

semoga dipermudahkan....

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

duit duit! segalanya duit, hehe. Nasib baik Ayu byk duit.. hihi.

Kasawari said...

wah ramai org tu.. kat Mydin Kulai kan ada immigeresen.. leh shopping sekali.. hehe

Kakzakie Purvit said...

Ayu kalau buat di Setia Tropika memang kena ambil 2 hari tapi kelau terus ke JB boleh dapat hari yg sama...

norhidana said...

baca cite akak ni pun dh rasa pnt nyer... ke sana sini... aduh menapak 2km tu kak... oh mampu kurus dana

Munn Jaafar said...

akak generasi kedua felda? sama la kita =)

Unknown said...

dapat bayangkan kesibukkan ayu dgn tugas2 harian...semoga semuanya dipermudahkan...

Unknown said...

biasalah office gomen ni..janji 8 hari jadi 16 hari..tension

kamu ker yang jual pes mee bandung?

Azian Elias said...

pengalaman2 macam ni lah yang buat kita jadi lebih kuat dan yakin..

esp bila kita ni jenis independent. Macam akak gak.

eelobor said...

tolong uruskan sorang MAID utk aku, tapi ko yg bayarkan.... hhuhuhu

Unknown said...

boleh tahan juga harga nak barukan passport, makin lama makin meningkat ya

fatin said...

semoga urusan selesai dgn jayanya ya k.ayu~

Liyana Anuar said...

hai~~

susah gak prosedur nak amik maid ni ye..

mamaijat said...

.....Insyaallah,semuga segala urusan dipermudahkan...

Kalamhati said...

semoga urusan Ayu dipermudahkanlah Allah..amiin

aJa said...

Rumah generasi ke2 Felda?...

ayu apply dok Felda ke?...kat sayong ke?

dan tanya lagi....boleh ke? akk x tau...heeee

Mama Miraki said...

8 January hari tu permit Maid saya pun expired. Memang kena bayar RM495 sekarang...hubby pun mula2 cam ayu tu ler..heheh cuma nasib baik dia tergerak hati nak tanya dulu kat situ..berapa bayaran levi....memang dah naik tahun ni....

Izan Ishak said...

moga segala urusan ayu dipermudahkan oleh Allah ye...