Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, February 16, 2012

Kisah Pesta Layang2 pasir Gudang hari pertama, tak bermakna jika tiada layang2 di udara..


Tiada rezeki kami semalam… hujan lebat tersangat lebat, dalam hati dah berkata2.. Nampak gayanya aku tak dapat tunaikan hasrat anak daraku untuk bermain layang2… 

Gara-gara terlewat didalam hospital, bila keluar dari lobi hospital hujan lebat hingga menutupi suasana sekitar Bandar Pasir Gudang… gelap gelita dan murung sungguh kawasan persekitaran

Agaknya, sebab suamiku ini jenis tamo hampakan hasrat kami berdua..dia turutkan jer..dan kebetulan, aku dah janji dengan adik lelakiku nak bertemu dengannya disana




Jam 5.30 petang baru hujan reda… ada sedikit sinar buat kami dalam kereta, menunggu didalam kereta berjam2 ibarat menunggu buah durian yang belum tiba masanya mahu runtuh.. heheheh

Ceria kami anak beranak… orang kurang, jalanlah kami meninjau keadaan kawasan pesta layang2 tahun 2012 (pasir Gudang Word Kite Festival) pelbagai jualan dipamerkan…



Walau hujan lebat, banyak kedai tutup.. dan banyak juga barangan yang lecun dek hujan.. kami menyusuri jalan buat sedapkan hati…alang2 dah sampai, bak kata suamiku.. turun jer….

Inilah muzium Layang-layang pasir gudang, aku pergi tahun 2008, dan tahun ini aku turun padang sekali lagi.. niat asal nak lihat pelbagai rupa layang2 berterbangan di angkasawan…




Cuaca masih kurang cantik untuk aku mulakan misi bermain layang-layang, jaga hati anak daraku ibarat menjaga hati sendiri.. walau hatiku, kadangkala terasa mendung.. huhuhu



Dan tidak bermakna udara petang semalam 15 feb 2012 tanpa sebiji layang2 pun.. sedih kannnn.



Kedai banyak bersusun diperagakan, macam-macam jenis jualan, dari segi makanan, hiasan, pakaian, layang2, mainan… dan pelbagai lagi jenis kraftangan di pamerkan… 



Lorong kanan kiri macam2 barangan menarik hatiku.. kalau korang nak cari cendermata pun ada.. yang penting, poketmu penuh.... bila balik, bukan kata susut.. tapi boleh tertepuk dahi!! hihihihi



Ini adalah acara yang berlangsung sepanjang pesta layang2 sedunia ini.. dari 15-19 feb 2012. Akan berlangsunglah pelbagai acara yang menarik, artis juga turut turun padang, selain kebudayaan negeri Johor akan memeriahkan acara.. kalau kawan-kawan duduk sekitar sini jomlah memeriahkan petang anda dengan pelbagai acara.



Nak cari makanan segera, semuanya didepan mata.. kalau korang pergi ke sini hingga ahad nanti.. pasti ramai penjual makanan segera akan menyapa dan memujuk kalian membelinya,tak perlu korang jalan jauh mencari makanan malahan moskot pun ada, tahun 2008 aku dapat bergambar dengan moskot PIZZA.. mana entah gambarnya..



Jalan punya jalan, hati dah mula tertarik nak sambar sebiji layang2 buat hiburan anakku.. dengan nilai RM 18.00 bersiap benang, layang2 buat anak daraku dah ditangan..





Maka, sebiji layang-layang princess di udara petang 15 Feb, diterbangkan oleh adikku sendiri, bukan dari sayarikat gergasi ya... semuanya itu bagi memujuk anak saudaranya yang dari sampai hingga mahu pulang, asyik bertanya mana layang2…. 




Senang hati si Umai bila layang2 dah mula terbang… lari2 lah ibunya tanpa malu dalam gerimis hujan.. hahahhaha, hingga sekarang kepala ibu masih berdenyut2.. jangan salsema udahlah.. 18 hb ada majlis tuning anak jiran sebelah, 19 hb ada majlis akikah jiran dihujung rumah.. dan aku dapat tempahan nasi ayam buat 90 orang makan…



Sebelum pulang, jam dah menunjukkan jam 6 setengah petang, aku mencari FM buat penyeri peti aisku… bila dah minat.. layan jerlah!!! Waka..waka


Kebetulan, aku ada FB trisno Quartis  (photographer sepenuh masa) ku ambil gambar yang beliau snap jam 2 petang pada 15 hb feb 2012 untuk dikongsikan dengan kalian semua, wahhhhhhh.. rezeki aku dapat layan gambar layang2 yang cantik2 di udara….  Kredit untuk TQ.. (siap ada gambar najwa buat persembahan malam semalam)

Kepada yang berminat nak layari laman web Pesta Layang, sila klik SINI



21 ulasan:

fatin said...

insya allah bila cuaca oke..pasti ada banyak layang2 di atas sana~

sampai 19hb kan?
=}

Kasih Suci - Mama Damia said...

plan nak ke sana petang sabtu ni...mudah2an cuaca ok..

cik cek said...

Tak penah tgk layang2 beso diawan...:)

Hudalatip said...

seronoknya, macam nak pergi, iallah kalau ada rezeki.

norinaomar said...

adik saya duty kat pizza tu

Kakcik Seroja said...

Seronok Umai kerana dapat juga berlari2... :)

Zana Nordin said...

oooo kak ayu dah pergi yerk
takpelah......demi anak kan kak
kena gark turutkan..

zana tak pernah pergi lagi pesta layang2
tengok memujuk hubby ajak pergi
kalau racun si Batrice bagus gark
kot2 pujukan si isteri tak termakan dek si suami..boleh guna kuasa veto si anak

lieynanilaz said...

tengok gambar2 ni pun dah tau keseronokan lagi kalau ada banyak layang2 di udara...

faraherda.razalan said...

Hahahaha! COmel betul Ayu dgn Umai. Geram!

Pesta Layang2 PG? Teringat zaman bercinta dulu. Hahahaha!

norhidana said...

sian umai... tp bile pakciknyer dh main layang n layang2nyer dh terbang suke gembira nampaknyer....

heheheh

Uji Hussein said...

Esok pagi bertugas di Pesta layang-layang untuk bawa budak band buat persembahan.Dah lama tak hujan di Pg, tiba-tiba time pesta ni hujan pulak.

mummyrinazone beauty said...

wah dapat main layang2 syoknyer

suri solehah said...

nanti umai ajak ibu pergi lagi...belum habis lagi tu hehe

Iza said...

Assalam..
Teringin nak pergi tempat2 macam ni tapi hubby pulak tak suka sebab susah nak parking, tambah2 kalau jalan jam..

Iza said...

Assalam..
Teringin nak pergi tempat2 macam ni tapi hubby pulak tak suka sebab susah nak parking, tambah2 kalau jalan jam..

eelobor said...

nie.. si umai yang happy atau mak dia yang terlebih happy eh?

mas saari said...

sayangnya tak dapat tengok layang2..

insan marhaen said...

begitulah pengorbanan seorang ibu, ya..

Eyra Rizal Touch said...

ESOK LAST DAY REGISTER!!!!

2 DAYS BRIDAL MAKEUP CLASS!!!
DATE: 18 & 19 FEBRUARY 2012
FEES: RM500
DEPOSIT RM100
(bank in to:
maybank :1580 8830 5272 norshahira shahrizal
cimb: 1271 000 9694 522 mohammad hafiz che haron)
VENUE: E.R BEAUTY STUDIO SEK 15 SHAH ALAM


** LAST REGISTRATION DAY WILL BE ON THE 17TH OF FEB 2012. !!!
016-2128740

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=330441120310744&set=a.180051425349715.39229.100000345765934&type=1&theater

logorithm said...

Seronoknya!

Kalau tak silap I, pesta lelayang kat Pasir Gudang nih bermula dari UTM Skudai yang dimulakan oleh pelajar-pelajar senibina.

Kalau pesta kali ini adalah kali ke-17, bermakna ia hanya bermula sekitar tahun 1995, manakala Pesta Lelayang UTM Skudai dah wujud semenjak awal kewujudannya di Skudai pada tahun 1980-an. Sama ada ia adalah tradisi pelajar-pelajar senibina yang dibawa dari UTM Jalan Semarak, itu I tak pasti.

Kat KL sekarang hujan turun hampir setiap hari. Nampaknya kat JB pun begitu jugak ye? Kalau dulu, sepatutnya cuaca sekarang cerah, panas, kering, dan berangin... amat sesuai untuk bermain layang-layang.

Hmmm... peniaga-peniaga di situ mesti rugi besar...


Terbaru dari Logokoko:

[U] Isteri kantoi suami curang!

[U] VIDEO: Flat berhantu???

[U] Kisah si pengemis tua...

Ardini Humaira said...

waaa najwa latif pun ada kat sana ye :D