Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label tanaman. Show all posts
Showing posts with label tanaman. Show all posts

Friday, May 3, 2013

Wow..cepatnya

Sebelum (tarikh mula semai pada 1 Mei 2013)

(3 Mei 2013, biji benih sudah mengeluarkan tunas...auwwww)


ps: terima kasih k.Nor (secubit rasa) atas pemberian biji2 benih padaku.


Thursday, April 26, 2012

Hasil dah menjadi....


Assalamualikum...
Alhamdullilah, syukur kehadrat Illahi.. kesihatan penglihatanku kini ada peningkatan sedikit, mula-mula memang rasa pening yang amat.. terharu bila ada sahabat yang sentiasa mendoakan kesejahteraanku, ada yang memberi nasihat malahan ada yang mencadangkan beberapa produk, hingga aku terlupa dengan produk yang dahulu ku amalkan iaitu propolis AVAIL, itupun diingatkan oleh sahabat Bloggerku RINA, thanks sahabat.... 

Moga Perantaraan Propolis ini menyembuhkan mataku.

***************
Sambung cerita yang ada kaitan dengan tajuk

Korang masih ingat entry anakku  Umai menanam Halia?? Kini hasilnya boleh diambil.... Halia muda yang sangat harum baunya, kat kepala dah cadang nak masak ayam halia untuk menu Lunch esok.. Heehehhehe... 
Berkat tangan dan jari jemari anakku, masih ada lagi beberapa pokok yang belum ku cabut.. Tunggu sahabat blogger yang nun jauh katanya nak bertandang ke CR.. Bolehlah jamu mereka, tu pun kalau jadi.. Hehehhehe


Air tangan MIL, buat menantunya seorang, Terima Kasih Mak.. memang bertuah diri ini, sentiasa disayangki IBU mertua...

Monday, February 20, 2012

Pemberian sahabatku: Kejutan pagi isnin..


Pemberian sahabatku Suryani Ibrahim, sahabat setiaku… sangat bermakna pagi isnin bila mendapat kejutan darinya…
Sangat2 terharu…. 

Sepokok lada butang, pemberian darinya… membuatkan aku berterima kasih, hanya itu yang mampu ku ucapkan buat beliau… (beliau, suaminya dan anak2nya suka berbudi dengan tanah, dah banyak kali menerima tanaman seperti kobis, daun kailan dan lain2… syukur, dapat kawan sebaik beliau)
Bertambah koleksi tanaman pokok2 herba diberandaku… pokok halia (umai yang menanam… campak biji halia yang tak sihat ke dalam pasu, sekarang dah kualihkan ke pasu yang lain..)


Daun panjang umur, nama yang ku tahu, entah2 namanya lain… hahahhah

PS: bila memandang tanaman menghijau.. oh!! Nikmatnya dunia