Alhamdullilah….
Perayaan Hari Raya Qurban dirai dengan sederhana…walaupun adik beradik tak berkumpul seperti biasa…
Walaupun mereka meraikan dengan susana yang berbeza namun kami sekeluarga berkongsi kegembiraan…..nasib ada alat komunikasi terkini…merapatkan hubungan walau sejauh mana berada…
Dua orang adikku beraya di kuala Lumpur, adikku memasak daging kicap, ayam rendang….tak dapat pulang kekampung kerana bekerja…kesian juga, mendengar suara adikku yang agak mengantuk, mungkin memasak hingga larut malam…pagi bekerja seperti biasa.
Akak long sekeluarga berhari raya di kelantan, pertama kali berkongsi cerita meraikan perayaan qurban dikelantan adalah saat yang mencetus kelainan..inilah detik terindah bagi mereka, sehingga jem dan tersesat jalan untuk pulang ke kampong ibunda, di mersing Johor……..
Pulang ke Johor dengan membawa ole-ole…aku juga yang mengadap makanan dengan hati yang paling gembira…kenyang, kerana makanan kelantan, paling aku gemari
Untuk majlis persandingan adik pula…..majlis dah berjalan dengan lancar…ramai orang blok 10 yang membantu mempercepatkan majlis…kami mengamalkan pakatan…..rewang….
Rumah ibunda dah sarat dengan barang-barang mentah dari pakatan…begitu juga, dari ahli blok yang lain, meriah melihat berkilo-kilo beras, minyak, gula yang membanjiri rumah ibunda….seperti berada didalam pasaraya…
Jua penuh kuih muih kering dan telur mentah……
Sekarang, ahli blok 10….sedang merebus telur `pindang`, ~ telur yang direbus bersama-sama rempah ratus dan daun-daun yang harum seperti serai, daun jambu, kulit bawang~, begitu juga telur masin….
Kami adik beradik sedang membungkus gula-gula dan saguhati untuk jemputan yang bakal bertandang ke rumah kami…
PS: maaf broadband di kampong kurang laju………..gambar dan entry terbaru tidak dapat ku update secepat yang boleh….ku mohon kalian, mendoakan majlis persandingan adik berjalan dengan sebaiknya….amin
RESEPI KEK PISANG MUDAH
12 hours ago
10 ulasan:
wow!! gambo header dah bertukar...
ahli keluarga ke tu??
Insya Allah, semuanya selamat.
eh...sempat gak update blog eh
hai kak ayu! baru dapat jengah sini ni! :D
Semoga semuanya lancar..
takpe nnt Sis update puas2 bila dah balik umah nnt..hehe
insya'allah akak doakan majlis yg dirancang akan b'jalan dgn lancar...amin...
biasalah ayu broadband kat kg mmg slow sbb x der 3G...
x per lah..s'kurang2nya da juga berita dr ayu...
selamat pengantin baru ye
take care ayu :)
Semoga semua acara majlis berjalan lancar. Amin...
salam ayu..
sempat jugak update ye...semoga semuanye majlis tu berjalan dgn lancar dan nk ucapkan selamat pengantin baru pada adik ayu...
Siti Ruhayu: Daging kicap! Sedap tu!!!
Post a Comment