LOKASI pertama Jelajah Metro di Dataran Hadhari, Teluk Batik, Lumut, Perak pada 15 dan 16 Januari lalu berjaya menarik perhatian hampir 10,000 pengunjung sekali gus membuktikan sokongan tidak berbelah bagi pembaca kepada akhbar harian nombor satu negara ini.
Peminat yang berkesempatan mengikuti acara ini pastinya masih terbayang keseronokan beramah mesra dengan 14 artis popular yang dibawa khas ke tempat mereka. Impian untuk melihat sendiri artis kesayangan di depan mata akhirnya menjadi kenyataan. Apatah lagi bukan senang artis seramai itu menjelajah tempat mereka. Inilah matlamat penganjuran program ini yang bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim warga kerja Harian Metro dan barisan artis yang dibawakan dengan peminat. Selepas Teluk Batik, kini peminat di Kota Tinggi, Johor pula berpeluang merasai keseronokan sama pada 29 dan 30 Januari ini.
Bertempat di
Mengulangi agenda sebelumnya, mereka akan dipecahkan kepada empat rumah mewakili unit editorial di Harian Metro seperti Rumah Merah mewakili meja hiburan (Rap), Rumah Biru (Hati), Rumah Kuning (Variasi) dan Rumah Hijau (Arena). Mereka turut serta ambil bahagian dalam acara yang akan dijalankan iaitu tarik tali, lari dalam guni, lari tempurung kelapa, bowling kelapa, anyam ketupat dan belon air.
Pada Sabtu, mereka yang minat menyanyi dan berbakat dalam nyanyian boleh menyertai pertandingan karaoke santai yang dibuka penyertaan pada jam 11 pagi. Manakala, peringkat final akan dilangsungkan pada sebelah petang. Pemenang akan menerima hadiah berupa wang tunai serta hadiah sampingan.
Acara tidak terhenti setakat itu kerana pada jam 9 malam, mereka akan dihiburkan dengan persembahan artis popular menerusi konsert Jelajah Metro. Artis yang bakal membuat persembahan pada malam itu berjanji akan menampilkan persembahan yang hebat buat peminat yang hadir.
Keesokannya pula (Ahad, 30 Januari), acara senaman poco-poco bersama artis akan dijalankan pada jam 8.40 pagi serta disusuli dengan sukaneka yang pastinya ditunggu-tunggu peminat. Di sinilah pelbagai aksi dan kerenah menarik semua peserta dapat disaksikan seperti di Teluk Batik. Ibu bapa yang membawa anak juga tidak perlu bimbang kerana mereka berpeluang menyertai acara harta karun dan pertandingan mewarna pada hari itu. Inilah keistimewaan Jelajah Metro yang diadakan sempena meraikan ulang tahun ke-20 Harian Metro dan tanda terima kasih kepada peminat.
Semua artis yang terbabit menyatakan perasaan teruja untuk bertemu peminat. Mawi yang buat julung kalinya menyertai program ini, seronok kerana dapat menghiburkan peminatnya di Kota Tinggi.
"Saya anggap seperti balik kampung sendiri untuk menghiburkan peminat. Sesekali dapat berjumpa mereka yang berada di luar bandar memang seronok. Sudah pasti saya akan mengambil peluang ini untuk mempromosi album terbaru saya, Idolaku yang dilancarkan baru-baru ini," katanya. Seperti Mawi, Alyah yang juga berasal dari Johor menganggap dirinya seperti balik kampung bagi menghiburkan peminat. Dia berjanji akan menghiburkan mereka dengan lagu terbarunya.
"Agak lama juga saya tak menjelajah kawasan luar bandar untuk menyanyi secara terbuka depan peminat. Bagi tak menghampakan mereka, saya akan menyanyikan lagu popular saya selain lagu terbaru, Kau Bisu," katanya yang tidak putus-putus didatangi tawaran mengadakan persembahan.
Kehadiran kumpulan 6ixth Sense tentunya ditunggu-tunggu peminat. Populariti mereka terbukti apabila berjaya tersenarai dalam top 5 kategori Artis Duo/ Berkumpulan Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010). Justeru mereka menggunakan peluang ini untuk berterima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong.
"Hanya inilah cara untuk kami membalas jasa kepada peminat yang menyokong dari dulu sehingga kini. Kami berjanji akan menampilkan persembahan yang mantap dan menghiburkan. Diharapkan peminat hadir beramai-ramai nanti," kata penyanyi utamanya, Adi.
Seorang lagi finalis top 5 ABPBH 2010, Daus yang tercalon dalam kategori Artis Baru Lelaki Popular menganggap peluang yang diberikan untuk terbabit dalam program ini sesuatu yang istimewa. Tambahan pula ia tidak selalu datang.
"Keseronokan menyertai Jelajah Metro memang tak dapat dibayangkan. Saya berterima kasih kerana dipilih buat kali kedua untuk bertemu dan beramah mesra dengan peminat. Selain menyanyi, saya juga akan terbabit dalam acara sukaneka. Walaupun penat saya gembira dengan aktiviti yang dijalankan," katanya.
pS: sure jem kota tinggi 29 dan 30 hb….nak balik kampong ada jemputan kawin adik angkatku…so….lalu jalan kota-tinggi – mersing jer lah……….tak suka jem dan tempat yang penuh sesak dengan orang dan kenderaan…..
10 ulasan:
amboi ramainya artis nak ke kota tinggi! apa lagi kak ayu, terjah jgn tak terjah :-D
dlm ramai2 tu, saya suka Zamani je...hehehe...
6sixth sense yg beh tu kan ...;d
ramainya artis..kalau la aku dekat..bule gak terjah...
ramainya artis..nasib baik jauh kalau tidak he3...
besh2!
tapi jauh la nak p!
tak dapat pergi.aarrgh
jem tu mesti kak
hehhe
Jom bukak meja jual air sirap dan burger...!
Teluk Batik, Lumut dh dekat dgn kampung saya tu...:)
Post a Comment