PETALING JAYA: Suami pelakon Wilma Muhammad iaitu Mahir Effendi,37, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Tunku, di sini, Khamis, dipercayai akibat serangan jantung.
Rakan pelakon itu, penyanyi Ramziela Radzillah, memaklumkan kematian tersebut ketika dihubungi mStar Online, Jumaat.
“Arwah suami Wilma meninggal dalam tidur di rumahnya pada malam semalam (Khamis). Saya agak terkejut juga kerana setahu saya arwah tidak menghidap penyakit jantung.
“Arwah merupakan juruterbang Firefly dan selalu membuat pemeriksaan doktor. Bagaimanapun, saya bersimpati dengan keadaan Wilma yang masih terkejut untuk menerima kematian suaminya.
"Tambahan pula dia perlu menyara lima orang anak yang masih kecil dalam keadaannya yang tidak bekerja,” kata penyanyi lagu Gemilang Cinta itu.
Jenazah Mahir dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara selepas solat Jumaat.
Kredit to mstar online
PS: salam takziah dari seluruh warga citarasa rinduan kepada ahli keluarga pelakon Wilma, yang dahulunya seorang yang sangat seksi, namun pada tahun 2007, selepas bertemu dengan arwah suaminya.. Wilma berubah dari bertubuh seksi kepada bertudung dan tidak lagi ke dunia hiburan…
ingat lagi aksi seksi Wilma di dalam filem pasrah bersama Norman hakim….
Semoga arwah suaminya dimasukkan dalam golongan orang yang beriman..amin
13 ulasan:
salam takziah pada keluarga arwah...
takziah untuk wilma..baru je nengok kat tv3 promo filem pasrah...
harap wilma redha dengan ujian Allah dan semoga imannya teguh...
salam takziah pada keluarga arwah...
moga wilma tabah dengan ujian Allah...
eelobor--
semoga arwah dimasukkan dalam golongan orang yang beriman..amin
cikgu hazlin--
semoga wilma tabah dan sentiasa bersabar aas setiap dugaan....
mas--
amin.....ayu terharu dgn perubahan wilma, 2007 terus berubah ke arah kebaikan...alhamdullilah..hingga saat ini....
Mudah2an rohnya dicucuri rahmat...Takziah buat Wilma sekeluarga.
azlina--
amin..amin.......semoga arwah dimasukkan dalam golongan yang beriman..
Takziah juga dari DTS-Mat Gebu
Dah lama tak dengar cerita Wilma..:)
Takziah & al-fatihah..moga roh nya dicucuri rahmat.
takziah buat wilma sekeluarga
Al-Fatihah dan takziah buat keluarga wilma
Al-Fatihah utk aruah suaminya...Makin ramai skrg yang meninggal krn serangan jantung.....:(
cik mat gebu--
amin..amin..terima kasih atas setiap doa dan ucapan sahabat sekalian
siti murni--
ayu pun lama tak dengar citer beliau...tapi last 2007 mmg terkrjut dgn perubahan beliau..
gen2 merah--
TQ cikgu...semoga arwah suami wilma dimasukkan dalam gol. orang yang beriman..amin
munna--
amin..amin
azzey--
al fatihah..rasanya arwah ada problem OSA..selalu dok akan kata serangan jantung..oksigen drop yime pesakit tidur sahaja
Alfatihah..
Post a Comment