Seorang peguam memberitahu akhbar The Sun demikian mengenai bagaimana kes yang diuruskannya sejak sembilan bulan lalu membabitkan Facebook.
Menurutnya, pengguna yang sudah berkahwin terdedah untuk menipu pasangan mereka apabila berkenalan dengan pengguna lain dalam laman sosial itu.
Mesej berbau seks dan gambar kekasih baru selepas perceraian digunakan oleh bekas suami atau isteri dalam prosiding perceraian.
Kini, peguam menasihatkan pasangan yang bertelingkah supaya berhenti menggunakan Facebook dan laman lain seperfti Second Life, Illicit Encounters dan Friends Reunited sehingga prosiding perceraian masing-masing berakhir.
Emma Patel dari Syarikat Guaman Hart Scales & Hodges di Dorking,
Katanya: “Suami isteri yang curiga terhadap pasangan masing-masing menggunakan laman itu untuk mengintip dan mencari bukti kelakuan curang pasangan mereka.
“Penemuan bukti itu akan membawa kepada peceraian,” katanya.
Emma juga berkata, beliau sering memberi amaran kepada pasangan yang bertelingkah supaya mengelak daripada menggunakan laman itu selagi kes perceraian mereka belum berakhir. - The Sun
Kredit to metro online
PS: kalau sesuatu itu bagus, elok…kalau nak bawa ke arah sonsang? Senang jer..pokoknya…HATI dan NIAT
3 ulasan:
Tiada yang sempurna di dunia ini. Tiap sesuatu itu buatan manusia, memang ada cacat celanya.
tapi berusaha mengelak kemungkaran adalah dituntut.
FACEBOOK berguna bila diguna utk yang bermanfaat, menjadi tidak berguna bila salahguna.
Dan benar, kita berbalik kepada hati dan niat...
tilah skrg ni macam2 hal disebabkan facebook.. sebab tu klu diaorg nak tutup fb.. tak heran pun
akak setuju dgn ayu....pokol pangkalnya adalah niat kita...klu buruk niatnya...buruk lah jadinya.....
kita kan di anugerahkan akal utk berfikir....
Post a Comment