Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Friday, January 14, 2011

Maksud Sebenar Status "Open Relationship" Di Facebook

Menurut pemerhatian saya, ramai antara kita yang meletakkan Open Relationship sebagai status tapi berapa ramai yang tahu maksud sebenar status itu?

Dipetik daripada wikipedia

An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated.

yang bermaksud

Open Relationship ialah sebuah hubungan di mana mereka yang terlibat setuju yang mereka mahu bersama, tapi di mana hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain diterima, dibenarkan dan ditoleransi.

Maka dalam erti kata lain, orang yang meletakkan Open Relationship sebagai status mereka tidak kisah melakukan hubungan seksual dengan sesiapa pun, maka amat menyedihkan apabila umat Islam sendiri menggunakan status ini.

Sila sebarkan agar orang bukan Islam yang faham maksud sebalik Open Relationship tidak memandang remeh pada umat Islam.

Harap Maklum.

PS: thanks to adik angkatku berkongsi info……(bakal cikgu pra sekolah..yang ku gelar baby…) SILA WAR-WARKAN INFO INI..TERIMA KASIH



9 ulasan:

Woofer Storm said...

yes..tak guna Fb pun..heeeee

Unknown said...

dik,,,
sila sebarkan pada kawan2 yang ada Fb yer

azieazah said...

Kak Azie jarang masuk FB, malah tak pernah letak apa2 status sebegitu.

Tapi pada pendapat Kak Azie:

Rata-rata yang guna status Open Relationship ini, bermaksudkan mereka menerima perhubungan yang terbuka, tidak kira siapa, semua lelaki wanita tak mengira usia diterima sebagai Friends dalam FB, rakan maya. Tanpa ada niat tersembunyi.

Sama juga seperti yang guna status “ENGAGED” dgn nama2 lelaki/wanita wpun belum berkahwin tetapi mereka memaksudkan diri mereka sudah ada yang seseorang yg istimewa wpun belum ada ikatan.

Bermakna, “engaged” di situ tidak semestinya dimaksudkan dengan BERTUNANG. Kerana status itu dibuat dlm bahasa Inggeris, kita di negara berbahasa Melayu ini, mengtafsirkan hampir sama tapi tidak tepat.

Begitulah, Kak Azie pernah sebut “tanah keras batu kerikil sekalipun, jika dikorek dicangkul pasti akan jumpa cacing juga...”

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Ayu, tadi dah komen tapi tak masuk.. kena komen balik... hehehe.

KYus share, ramai kengkwn guna status ni.. bahaya ni...

azieazah said...

Sambung skit lagi..

Samalah juga seperti kita para blogger, yang menerima “open relationship” dengan mana-mana blogger tak kira lelaki wanita, tentulah tanpa ada niat ingin bersama ke arah seksual, kan?

MAAF, Kak Azie sekadar ingin meluaskan lagi definisi “Open Relationship” tu utk relevan dgn keadaan kita mengendalikan laman sosial, bukan dalam hubungan sebenar di alam realiti.

eija_sweetmama said...

ohh..camtu maksud sbnrnya ye..
skrg ni bdk2 terlalu open sgt la kan ayu..

Unknown said...

kak azie--
ayu pun yang fahamnya tentang open relationship terbuka pada lelaki da perempuan...
tapi..eloknya..tak mendatangkan apa-apa ketidak fahaman...baik bubuh status single jee lah..
kalau dah kawin, boleh bubuh married...

supaya tak salah faham...

PS: indah/mendalam sungguh maksud kak azie ttg madah ini ~tanah keras batu kerikil sekalipun, jika dikorek dicangkul pasti akan jumpa cacing juga.~


kak sari yusa--
mana yang baik ambil untuk kebaikan bersama kita seagama......


eija--
nasib kita selamat...status married...hehehe

azieazah said...

Hahaha AYU, takder mana indahnya madah tu. Madah orang kampung, memang sebut cacing jer lerrr... hahahaha

Unknown said...

kak azie--
uits, jangan gelak-gelak....tak tipu..banyak tersirat ttg cacing...hehehe..
maklumlah cacing licik tau.....tapi cute gitu..heheheh

kak, teringat kenangan ayu temankan adik memancing,..guna umpan cacing...pegang caging...adeh....terjerit2..sampai ikan tamo naik, sebab suara kami lagi kuat dr aura cacing...hahahhaha