AMPANG: Pelakon Rabecca Nur Al-Islam, 25, mengakhiri zaman bujangnya apabila selamat diijabkabulkan dengan seorang peguam, Nor Azam Sulaiman, 43,Jumaat.
Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang, Muhammad Ibrahim pada majlis ringkas yang berlangsung di kediaman mereka di Ukay Perdana, di sini kira-kira pukul 9.40 malam.
Pasangan pengantin tiba pada pukul 9 malam bersama 13 dulang hantaran bagi pihak lelaki dan 15 dulang dibalas oleh pihak perempuan.
Rabecca yang menjalinkan hubungan percintaan sejak tiga tahun lalu itu melangsungkan acara pertunangan setengah jam lebih awal sebelum diijabkabulkan.
Dia turut menerima mas kahwin RM333.33 manakala wang hantaran dirahsiakan.
Kedua-dua mempelai mengenakan pakaian berwarna putih rekaan pereka fesyen terkenal Calvin Thoo manakala solekan dan dandanan oleh Saidatulnisa Aminuddin.
Pasangan mempelai itu akan berbulan madu di
Majlis pernikahan mereka dihadiri kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ibu bapa, keluarga dan sanak saudara terdekat kedua-dua belah pihak.
Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada Sabtu (hari ini ) untuk rakan-rakan dan pihak media di Hotel Flamingo, Ampang berkonsepkan Inggeris.
Sementara majlis resepsi untuk keluarga pula akan diadakan di Menara Kuala Lumpur pada Ahad (esok).
Kredit to mstar online
PS: tengahari tadi dapat tengok live majlis Rebecca di tv 3..…..ingatkan majlis apalah…terkejut juga…maklumlah..masa tu tunggu giliran MIL ambil ubat…tu yang mata tak focus pada screen tv di hopital
6 ulasan:
Owh,,dah kawin dah pelakon comel ni.... Tahniah.
Jom join contest ni:
http://jomklikblog.blogspot.com/2011/01/rm-300-untuk-follower-bermula.html
tahniah la untuk beliau
alhamdullillah..kawin jgk dia ye..
srnoknya diaorg nak g honeymoon kat london n paris...
ammar--
kak dah ke rumah kamu..wah...pencinta alam..tahniah......
yong--
semoga hubungan perkahwinan mempelai berpanjangan hingga akhir hayat
eija--
tu lah...mempelai dok bulan madu..tempat sejuk tu...heheheh
Yang live kat tv tu majlis apa? Bertunangkah?
sbb dia baru bernikah tadi. Ada TV9 buat live telecast tadi, siap sebut sekali lafaz jer.
tapi nampak latihan/acu baju, pakai songket Salikin warna merah. Lawooo..
kak azie--
khatam al-quran...rebecca baca alquran...
tahniah pada kedua mempelai...suka dgn beliau..cantik dan ayu jer..
kak......latihan acu baju tu jam berapa??
malam tadi eik??
Post a Comment