Tuesday, July 30, 2013

Resepi BIskut Badam Ranggup super sedapp...

Gebu hasilnya...
Ranggup dan sedap rasanya..
Mudah dan cepat semasa membuatnya.
Itulah yang boleh dikongsikan tentang biskut Badam Ranggup resepi Blogger Dapur tanpa sempadan @ sifu masakkan CMG.... 2 tahun berturut-turut daku buat biskut ini. Dapat pujian kelas atasan kooo dari tetamu.. hahahhahaha. I Like!

Jomm semak resepi:
Sumber asal: DAPUR TANPA SEMPADAN
( Ayu minta icin copy paste resepi cmg ya)

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 g mentega
100 g gula aising
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1/2 camca teh esen vanilla
100 g tepung gandum*
100 g tepung kastard*
75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
50 g serbuk badam
50 g tepung gandum (extra)

UNTUK HIASAN:-)
1 kuning telur
Badam cincang secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.
  2. Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit. (Biar kan sekejap adunan...)
  3. Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

18 comments:

  1. bila nak sampai satu balang ni kat KL?

    ReplyDelete
  2. @eelobor:
    Alamat plzzzzz. Bahahahahaha

    ReplyDelete
  3. nyum2.... pos skit kt pt kahar kak

    ReplyDelete
  4. Kajang nak jugaklah sebalang...hahhaa...

    ReplyDelete
  5. rajinnya ayu bercookies js baru je satu balang ..hehe

    ReplyDelete
  6. Assalam Ayu, akak pun suka resepi biskut badam CMG ni, mmg rangup sedap sesangat....isshh rasa nak buat jugak...hehe. Dah byk ngukis ya Ayu? Akak x mula satu apapun lagik...

    ReplyDelete
  7. salam ayuu

    aduhh dah lama x mai blog ayu .. rasa macam akk masuk salah umah aje eeeekekeke

    tul ke ayu nie ekeke ;)

    wahh semakin rajin dan semoga bertambah rezeki ! ;)

    ReplyDelete
  8. Kak Ayu, Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin :)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak Ayu.. M singgah nak makan biskut raya ni..done follow here

    ReplyDelete
  10. Selamat Hari Raya dari IM juga. Muga Allah berkati hidup kita!

    Semalam first time IM buat rendang sendiri tapi guna resipi DTS. Alhamdulillah, dapat pujian dari anak dan ibu_suri.

    Memang puas walaupun habis sekitar RM70 untuk rendang 2 ekor ayam!

    ReplyDelete
  11. selamat hari raya ayu
    wah nampak sedap

    ReplyDelete
  12. Antara biskut raya yg menjadi feberetku :)

    ReplyDelete
  13. nice sharing ..dtg sini follow dr http://www.madrasahkehidupan.com

    ReplyDelete
  14. slm sis..aggaran btp bj erk..kl acuan ni?

    ReplyDelete
  15. slm sis..aggaran btp bj erk..kl acuan ni?

    ReplyDelete