Tuesday, July 23, 2013

Resepi Biskut sarang semut


Sebagai suri rumah, pastinya lebaran yang bakal tiba kita mahukan tetamu datang beraya dengan makan masakkan air tangan kita. Lagilah di masak dengan penuh kasih sayang, Buat diriku, setiap Ramadhan tiba walau ku berniaga untuk juadah berbuka puasa kepada pelanggan CR, daku tetap membuat biskut atau kek pada waktu malam.. Itulah masa yang ku ada, hilang penat dan letih bila pandang masakkan kita terutamanya biskut memenuhi balang2 kuih raya. Kengkadang tu beli jugak biskut bila kengawan niaga, bantu membantu gituu...


Pagi semalam bila terpandang blogger Mas Duniaku syer gambar biskut sarang semut diFBnya daku terliur sama... Hinggalah tak sabar2 nak resepi. Dan kebetulan bila ku tidak online. Ibu dikampunglah jadi buku resepi untukku. Heheheh... Thanks Ibu.

Bahan-Bahan:
  1. Gula halus 1 cawan
  2. Buttercup/mentega/planta 1 cawan
  3. Tepung gandum 3 sudu 
  4. Tepung kastard 1 1/2 cawan (ikut gram kedua tepung adalah 400gram. Bila tepung gandum 50g, tepung kastard 350g ya)
  5. Kuning telur 1 biji
  6. Esen vanilla
  7. Mangkuk kertas. (adunan akan dapat 100biji)
  8. Hiasan - coklat rice

Cara Menyediakan:
1- Pukul gula dan mentega hingga kembang dalam 5-6minit
2- Masukkan telur kuning dan esen vanilla, gaul lagi.
3- Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Adunan akan lembut sahaja.
4- Parut adunan seperti gambar diatas.
5- Masukkan dalam paper cup dan hias dengan coklat rice.
6- Bakar pada suhu 180c selama 10minit.
Selamat mencuba.

33 comments:

  1. ayu....
    cantik kuning sarang semut tu...
    kuih peberet mas ni ayu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Mas:
      Thanks dear, Ayu guna tepung kastard tu yang kuning molek je.. Heheh

      Delete
  2. Dulu setiap tahun buat..rasanya resepi lbh krg sama je..tp shda de ltk kismis d bhgn bwh nya..skrg da x buat bekas tenyeh adunan hlg nth ke mn...ayah buatkn bks tu..so lps ni blh la buat guna mcm awak buat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. @shida:
      Wahhh. Ada kelainan boh kismis. Pasti lebih sedap....

      Delete
  3. wahhh ayu...special ni, resepi ibu...
    harap ada kerajinan juga la nk bust biskut thn ni
    bila x menjual biskut thn ni, nk buat utk sendiri pun rasa malas

    ReplyDelete
    Replies
    1. @cida:
      Nanti dh hampir lebaran pasti mcm2 jenis menyusul. Kalau dh biasa buat.. Pasti akan buat.. Hehehe

      Delete
  4. Suka saya makan kuih sarang semut... Teringin nak buat tapi tadak oven....huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Amin:
      Kat rumah ada pemanggang ajaib? Boleh guna tau dik..

      Delete
    2. Pemanggang ajaib boleh bkr biskut ke

      Delete
  5. Org bz ni. Tido berape jam ek 1 ari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Pena Rozie:
      Ramadhan ayu tidur 4jam sahaja. Hari2 biasa 6 jam. Hehe

      Delete
  6. Nie boleh bagi kat wife nie try buat...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. @wacanaku:
      Selamat mencuba. Saya doakan berjaya

      Delete
  7. Dah lama tak buat biskut raya. Sejak kahwin. heheheh dah tak pandai dah pun.

    ReplyDelete
  8. saya dah biasa buat biskut sarang semut ni...tapi mungkin ada lain sikit bahan-bahannya..saya nak cuba buat yang ni pula..

    ReplyDelete
  9. Rajinnya Ayu buat sarang semut... k.gee suka biskut ni tp malas nk buat... order sini boleh ?

    ReplyDelete
  10. Gigih betul Ayu!

    Akak belum start lagi barang pun belum beli mungkin hujung minggu ni kot.

    ReplyDelete
  11. Suka tp x pandai. Tq kak share resepi

    ReplyDelete
  12. dah jadi kuih raya ayu...ita biasanya ada tambahan tepung jagung sikit ayu.. sama sukatan dia dengan tepung kastard...maksudnya bahagi 2 sukatan tepung kastard tu..
    inshaaAllah plan nak buat 3 biskut hujung minggu ni.. moga dipermudahkan Allah..amin

    ReplyDelete
  13. nie kuih faveret nie,nampak senang tp lgsung xda bakat nak buat biskut tkut jdi sarang labah lak trus..huhu

    akk watkan tuk syla leh x?amik order

    ReplyDelete
  14. k.ayu....tgk mcm mudah jer resipi...
    tp kalo ecah buat xtau la menjadi ke idok...
    bahahahaaa

    ReplyDelete
  15. tak pernah buat biskut nie,,,boleh try......

    ReplyDelete
  16. salam Ramadhan awak...

    kita nak copy resepi ni boleh... :)

    ReplyDelete
  17. Teringat plak nostalgia buat biskut ni ngan my mak dedulu..

    ReplyDelete
  18. Salam puan, saya tengok resepi puan ni lebihkan tepung kastad ye... bukan gandum. Ni baru ni... nak.cubalah.1

    ReplyDelete
  19. Salam puan,nak tanya masa msukkan tepung demi sdikit tepung tu,adunan tu x payah ltk air ke?

    ReplyDelete
  20. Akk... sblm parut tu, adunan nk kene masukkan dalam peti sejuk dulu ke?

    ReplyDelete
  21. Akk... sblm parut tu, adunan nk kene masukkan dalam peti sejuk dulu ke?

    ReplyDelete
  22. Akak kite nak letak esen vanila 1 sudu kcil je..kn...adunan tu bukan letak dalam peti ais dulu erx sebelum parut???

    ReplyDelete