Salam 15 Ramadhan buat pembaca blog CR, sekejap sahaja kita sudah berpuasa selama setengah bulan. Korang dah start buat kuih raya? Daku sedang kayuh perlahan-lahan, terujalah bila pelbagai biskut memenuhi ruang bekas balang tapaware. Malam tadi sempat daku buat 2 jenis biskut, bila ada pembantu yang comel dan kuat membantu, pastinya hati jadi riang. Terima kasih anakku Umai.
Kali ini daku buat Biskut Conflakes Ranggup, Umailah tukang jadi leraikan mangkuk kertas dan jadi tukang ramas conflakes. Hehehehhe.
Resepi biskut ini daku ambil dari blog kak Hayati Sinar Kehidupanku, terima kasih kak. Ayu minta izin syer dalam blog Ayu ya, moga ilmu diperpanjangkan.. Ameen
Resepi : Blog sinar kehidupanku
(Daku copy paste resepi beliau, bagi memudahkan sahabat membaca resepi beliau)
Bahan-Bahan
- 250 gm mentega
- 3/4 cawan gula aising
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 biji kuning telur
- 250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
- 2 cwn tepung naik sendiri
- Mangkuk kertas
- Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil
- Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
- Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.
- Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je.
- Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
- Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15 minit.
- Biarkan sejuk di redai biskut. Simpan dlm bekas kedap udara.
(sebelum dibakar)
Bersemangat pulak akak nak buat biskut raya rasanya. Akak kat rumah sekarang tak ada pembantu, harapkan hero dua org tu sahajalah.
ReplyDeleteMalam ni baru nak buat....
ReplyDeletesaya pun dah buat biskut nie......
ReplyDeleteLiza jugak la belum sampai seru nk buat biskut...hihihi
ReplyDeleteKegemaran dy sejak kecil. Nyum2
ReplyDeletekakak slalu buat time nk raya.. sdap jugak r, tp sdap lg tat nenas.. huhu
ReplyDeleteida cakap, kat rumah nie x leh buat awal2 biskut cornflakes sbb takut belum sampai raya dah abis... hihihi
ReplyDeletenak buat juga biskut raya, tapi bahan-bahannya belum beli lagi!
ReplyDeletedlm perancangan nk cuba biskut ni..xpnh try lg..slalu bt conflakes madu je..
ReplyDeleteSedap je nampak
ReplyDeleteSalam Ramadhan dan Salam Aidilfitri.
ReplyDeleteBerpuluh tahun tak masak kuih raya. Tak tahu kenapa tahun ni teringin nak buat beberapa biskut. Cari resepi lama biskut cornflake yang pernah saya buat, dah tak jumpa. Mudah-mudahan resepi di sini menepati citrasa saya dan anak cucu. Terima kasih.
Ringkas tapi sedap..nanti leh try masa raya haji
ReplyDeleteMmg sedap....wajib buat.
ReplyDeleteNampak senang. Ntah larat x nak buat. Hehe..
ReplyDelete