Thursday, October 10, 2013

Antara menu cadangan Hari Raya Aidiladha, ZALORA online ada jual Jubah Raya!!

Assalamualaikum sahabat alam mayaku dan salam 5 Zulhijjah, tinggal 5 hari lagi Aidiladha bakal tiba.. Wah!! Sekejap sahaja masa berlalu.. Korang dah ada cadangan nak memasak menu apa untuk raya nanti? Kebetulan daku jua menghadapi masalah yang sama dengan kalian, molek jika daku kongsikan beberapa menu mudah untuk disajikan nanti.

Sebelum tu kan, daku baru dapat email dari pihak Zalora Malaysia berkenaan pakaian jubah-jubah terbaru yang dijual online oleh syarikatnya. Oleh kerana daku wanita, tentulah perasaan tak sabar melayari laman web ZALORA dengan segera.. Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! Memang tak sangka, cun-cun abissslah pakaian muslimah yang dijual di Zalora Kebetulan daku sudah berhijab pastinya daku akan sambar beberapa helai jubah untuk raya nanti... Mai daku syer sedikit koleksi jubah yang terdapat online di Zalora


 
Cun kan, kebanyakkannya warna kegemaranku turut dijual... Jommm shopping online di Zalora. Harga serendah RM 50.00 - RM 300.00

Okeylah, mari daku berkongsi beberapa jenis menu Hari Raya yang ringkas buat kalian antaranya:-

A) Lodeh ala Jawa
Lodeh berkuah ini, di ngamkan dengan ketupat nasi, ketupat pulut dan lemang.. Peeh!!! meleleq air liur dipagi raya nanti. Lagi-lagi korang masak versi pekat-pekat punya...
Jom.. kita lihat resepi kuah Lodeh ini.

Bahan-bahannya
  1. 3 biji Bawang Merah (bersihkan)**
  2. 3 Biji Bawang putih (dibersihkan)**
  3. ½ biji kunyit hidup (dibersihkan)**
  4. 10gram Udang kering**
  5. 1 batang serai 9 (diketuk)
  6. Sedikit Garam
  7. 2 batang Kacang panjang (dimayang)
  8. ½ batang Carrot (dihiris kecil)
  9. 10gram kobis (dimayang)
  10. 1 biji kentang (dipotong halus/dadu)
  11. 20gram sengkuang (dipotong dadu)
  12. 2 Keping temper(dipotong halus)
  13. 10 gram soon hoon (rendam dan potong kecil)
  14. 10 gram tahu kering (rendam dan potong kecil)
  15. 1 kotak santan segera
  16. 2 cawan air

Cara menyediakannya:-

  1. Blander bahan bertanda **, masukkan bahan-bahan tersebut kedalam periuk, buka api. Masak hingga naik bau, letak serai dan garam.
  2. Tuang air dan santan, ,masukkan sayuran kacang,carrots,kentang,sengkuang dan temper. Biarkan sayur masak baru masukkan kobis, soon hoon dan tahu kering
  3. Apabila kesemuanya sayuran sudah masak, matikan api sedia untuk dihidang.
** semoleknya jika suka bahan mentah seperti babat dan udang basah,  (boleh direbus sekejap baru dimasukkan sewaktu memasukkan sayuran lodeh**


B) Rendang Ayam bercili padi


(maaf ya, gambar Rendang ayam bercili padi disertakan gambar sambal goreng dan lodeh.. Kebetulan ini menu tempahan pelanggan kedaiku Citarasa Rinduan)

Kadangkala keinginan memasak daging lembu, kambing, daging Rusa dan lain-lain ada dihatiku, memandangkan kesihatan suami tersayang tidak mengizinkan. Daku hanya berani mencadangkan Daging ayam sahaja sebagai pelengkap juadah raya nanti. Lagi-lagi kan ayam kampung atau ayam hutan.. Aduhhhhh!! tekak melayu nie memang kuatlah... Hahhahahha

Jom, daku kongsikan resepi Rendang Ayam bercili padi kepada pembaca blog Citarasa Rinduan

Bahan-bahannya
  1. 1 ekor ayam (dibersihkan,dikerat 16)
  2. 5 biji bawang merah(dibersihkan)**
  3. 3 biji bawang putih (dibersihkan)**
  4. 2 biji Halia (besar ibu jari, dibersihkan)**
  5. ½ biji kunyit hidup (dibersihkan)**
  6. 3 Biji buah keras **
  7. 10gram ketumbar jintan**
  8. 10gram jintan kasar**
  9. 10 Batang cili padi**
  10. 1 biji lengkuas (besar ibu jari, dibersihkan)**
  11. 3 batang serai (dibersihkan, diketuk)
  12. 1 kotak santan segera
  13. 100gram kerisik
  14. Sedikit garam
  15. Sedikit gula
  16. Sedikit kicap manis JALEN
  17. 2 keping Asam keping
  18. Sedikit air
  19. Sedikit daun limau nipis (dihiris halus) 
Cara menyediakannya:-
  1. Blander bahan bertanda **, masukkan terus ke dalam periuk. Hidupkan api gas. Biarkan bahan masak dan naik bau
  2. Masukkan ayam, air dan serai. Biarkan seketika, apabila ayam hampir masak, masukkan garam, gula, asam keping, kerisik dan santan.
  3. Apabila ayam sudah masak, masukkan kicap dan taburkan daun limau nipis
Selamat Mencuba dan Salam Aidiladha.

20 comments:

  1. Selamat menyambut Aidil Adha Ayu, juga selamat mencuba jubah Zalora...hehe..Kakpb pun teringin juga berjubah tapi takut kena potong bawahnya, rugi pula. Baik tempah org mcm kakpb ni, rendang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zana Fahmi:
      Salam Aidiladha kakpb..
      Ayu sudah jatuh cinta dengan jubah..
      Memang tak sabar nak shoppinh online . hehhe

      Delete
  2. Aidiladha hanya sambut kat Kajang sahaja, menu masih dok fikir lagi mungkin rendang ayam tetap jadi pilihan makan dengan nasi impit dan pulut kukus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JunAina:
      Sedapnyaaaaaa. tak sabar nak raya kan.
      Kak pulut kukus akak warna apa? Nak cubaaaa

      Delete
  3. Replies
    1. Lydia Miza:
      Kannnn.. ayam kampung tak ada lemak.. tak ada bahan enjet. TErliurr dah nie..

      Delete
  4. assalam ayu..dah siap menu raya haji ye..acik tak fikir lagi nak msak apa

    ReplyDelete
  5. assalam ayu..dah siap menu raya haji ye..acik tak fikir lagi nak msak apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik Erna:
      Waalaikumusalam...
      Acikkk masak pasti sedap2, anak Acik Hero2, depa boleh req apa2 kan...
      Ayu nak selit boleh?, mahhu sambal kacang. heheh

      Delete
  6. raya kali ni raya kat sini je.. mungkin tak cuti..sobss.. thanks share resepi ya ayu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rai:
      welcome dear.... Ayu pun mungkin tak balik raya

      Delete
  7. Uish...byk gak bhn2 bt rendang tu ya Ayu? Raye ni, sy mgkn bt soto je kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faraherda

      Ya Awak. banyak bumbu lebih sedap. Saya memang tak guna rempah rendang. Tak kick gitu

      soto?
      Wahhhh.. lap air liur

      Delete
  8. ayu.. kontrak masyuk tu... tahniah.. ita balik kg raya ni.. inshaaAllah dpt makan masakan mak.. mak masak apa pun sedap.

    ReplyDelete
  9. Ala dah lambat. IM baru je buat rendang guna resipi lain..

    ReplyDelete
  10. Ya Allah semua menu kat atas tu fav sayaa..
    rindunya nak beraya bersama keluarga tersayang.
    air fresher
    minyak wangi
    minyak wangi lelaki
    pewangi kereta

    ReplyDelete
  11. Kepada sesiapa yang nak dapatkan minyak wangi tahan lama boleh dapatkan di Dexandra.
    pewangi
    kerja sambilan di rumah

    ReplyDelete
  12. Thank you for sharing this valuable and I hope keep posting.

    ReplyDelete