Sunday, October 6, 2013

Resepi Kuih Lompang, rahsia macamana nak lesung pipitnya terletak cantik

Assalamualaikum, moga yang baik2 buat diri ini dan pembaca setia blog CITARASA RINDUAN. Terima kasih buat sahabat blogger baru yang sudi follow blog ini. Jua, buat blogger lama sentiasa ada saat jatuh bangunnya diri ini. Terima kasih korang!!

Kuih lompang, kuih kegemaranku... dan semestinya bukan kegemaran suamiku. Jadi, kuih ini hanya keluar setahun sekali di dapurku. Huhuhuhu..

Alhamdullilah, bila kejadiannya cantik. Maka ramai sahabat FB mahupun sahabat Instagram inginkan resepi kuih lompang, untuk kalian daku kongsikan resepi kuih ini.


Bahan-Bahannya


  1. 2 cawan air**
  2. 1 cawan gula pasir**
  3. sehelai daun pandan (ikat)**
  4. 2 cawan tepung beras
  5. 1 sudu teh kapur makan
  6. 2 cawan air 
  7. 100gram kelapa parut (campurkan sedikit garam)

Cara Menyediakan

  1. Masak dahulu bahan bertanda ** biarkan sejuk. Sementara itu masak air kukusan.
  2. Masukkan tepung, kapur dan air dalam mangkuk. Kacau kesemuanya.
  3. Satukan terus bahan nombor 1 (pastikan sudah sejuk) Kacau hingga sebati.
  4. Tapis dan asingkan kepada warna kesukaan kalian. Daku masukkan paste jagung, sirap ros, adunan asli dan pewarna hijau.
  5. Sedia untuk masukkan dalam mangkuk kuih lompang. Isi penuh hingga bibir mangkuk kuih. Kukus selama 15-20minit
  6. Sedia untuk dihidang dan diletakkan kelapa parut.


ps: rahsia untuk menghasilkan kuih lompang yang cantik. Air kapur hendaklah ditapis. Semasa mengisi adunan kedalam mangkuk sila isi penuh hingga paras bibir mangkuk kuih lompang.
Sekian.. selamat mencuba

23 comments:

  1. Itu rahsia lesung pipit kuih lompang tu Ayu.. kena isi penuh ye.. nanti akak Cuba, Tq share resepi. dap tips tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur Hayati
      Sama2 kembali kak..masa kukus jgn buka tutup periuk. Nanti kuih yang belum masak masuk air

      Delete
  2. First time nak buat ni..
    Kak Ayu , nak tanya..acuan kena sapu minyak x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sentebale-hk
      Thanks dik, lupa taip.. Yer kn sapu sikit minyak dalam mangkuk kuih lompang

      Delete
  3. MyBonda dulu selalu buat utk kami sarapan sebelum pi sekulah. Sayang, Kak Azie ni jenis tak reti reti nak belajar. Lalu tak pernah buat.

    Tabik Ayu! Cantik lompangnya!

    ReplyDelete
  4. Akak lebih suka lompang tradisi yng guna gula merah tu... Teringat arwah nenek yg memang mahir buat kuih lompang.

    ReplyDelete
  5. dah lama x makan.. dlu, slalu makan, sbb mak slalu buat... tp skrang, susah r nk dpat..

    ReplyDelete
  6. thanks ayu share rahsia lompang yg de lesung pipit

    ReplyDelete
  7. Suka kuih lompang nie... Tq share resepi ya.. :D

    ReplyDelete
  8. assalam ayu..kuih lompang juga kegemaran acik..suka sangat..

    ReplyDelete
  9. Cantiknya lesung pipit.... dan pasti sedap!!

    ReplyDelete
  10. sedapnya...pernah sekali buat tp terlembik...tambah tepung,keras kejung pulak jadinya hehe

    ReplyDelete
  11. Kak ayuuuu..alhamdulillah.sy tgh cari resepi ni tbe2 tgk blog akk ada..minta ye kak..huhu..

    ReplyDelete
  12. salam kenal dari saya..
    ermm dalamnya lesung pipit kuih lompang ni..
    saya first time buat tu hari..sikit je lesung pipit dia..ni dah dapat petua..apa lagi trylah! hehe
    TQ..

    ReplyDelete
  13. macam mana nak buat kuih lompang supaya dasarnya juga lembut seperti diatasnya.ramai orang komen sedap tapi agak keras di bawahnya...apa jalan penyelesaiannya.

    ReplyDelete
  14. Wah bestnye kuih ni..nak cuba la buat, tq bg resepi ..jemput jenguk blok baru sy dan kl sudi follow ye
    http://laromeserumkurus.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. Masalah saya kenapa bawahnya keras dan tak kenyal...

    ReplyDelete
  16. Masalah saya pulak kenapa xberlubang cantik..cuma ada lekuk sedikit saje

    ReplyDelete
  17. Masalah saya pulak kenapa xberlubang cantik..cuma ada lekuk sedikit saje

    ReplyDelete