CITARASA RINDUAN

Saturday, September 22, 2012

Jumpa blogger KakZakie


Ada kisah disebalik pertemuan semalam - jumaat (jam 9.15 Malam)
Maaf entry ini sangat panjang, tapi ianya kenangan yang teristimewa untuk simpanan daku.

Kisah 29 Ogos 2012
Bila mendengar suara kakZakie, hatiku terus teruntun hiba,, "Atok Eksiden Ayu".... (lemah suara kakZakie, selang seli dengan tangisannya), masa itu niatku untuk mempelawa kakZakie sekeluarga ke Teratak CMG untuk perhimpunan Raya pada 31 Ogos terbantut. 

Pada masa yang sama, dikepalaku hanya ingin segera ke HSA, hospital yang ditempatkan ayah kakZakie, sambil ku update FB untuk memberitahu berita sedih tentang situasi yang menimpa kakZakie di bulan Syawal, ajak sesiapa yang hendak melawat ayah kakZakie di HSA. Akhirnya aku dan blogger GB mengambil keputusan untuk ke HSA pada 30 Ogos (jumaat) selepas waktu office GB berakhir iaitu kira-kira jam 6 petang .

Kisah 30 Ogos 2012
Dalam perjalanan ke HSA, sambil ditemankan kedua orang tuaku dari Mersing aku terfikir untuk menanyakan wad mana atok berada, mungkin masa itu aku baru terfikir nak tanyakan soalan itu, walahemah sejak dari awal pagi aku dah simpan hasrat untuk telefon awal-awal. Sibuk memasak di CR daku terlupa.

"Atok dah dcaj Ayu, sekarang kak bawa atok ke rumah ( taman Damai, Senai) suasana rumah kelam kabut sikit.." 
"Alhamdullilah", bisik hatiku, gembira sebab Atok dah pulang ke rumah,.
"Abah, pusing semula.. kita patah balik, sebab ayah KakZakie dah keluar wad..", aku beri arahan pada ayah kandungku, sebab semasa ke HSA aku minta abah drive.. hujan turun dengan lebat tika itu.

"Kenapa tak terus kerumah kawan ayu?, Ibu tanya dengan tenang.." walahemah dia tau anaknya nak sangat berjumpa ayah kawannya yang cedera kemalangan
"Kakak takut menyusahkan KakZakie, faham dia pasti bingung bila ayahnya yang sakit ditempat baru" aku jawap ringkas dan padat.

Khamis 13 September
Ayu, atok makin sihat,.. alangkah indahnya bila suara kakZakie ceria dihujung corong telefon, panggilan dari kakZakie meyakinkan aku, kakZakie sudah gembira dari dukanya sejak awal Syawal lepas..

Selasa 18 September
Dik, jommm dating ngan kakZakie, 
Jommmm
(itulah whatsApp antara aku dengan blogger GB)

21 September 2012
Akhirnya, pertemuan kami menjadi kenyataan.. Keramahan suami tersayang kakZakie, jua membuatkan aku tak ada rasa malu, pertemuan kali ini sangat special apabila En Zalie, Umai, MIL, blogger GB dan sahabat baik.. (eh!! jantina still rahsia ya) sangat indah dan santai2..

Atok?? Jangan terkejut sangat2 ya.. Atok sangat sihat, bantuan dari anak, doa dari semua keluarga dan sanak saudara atok, kini atok kembali sihat, nak tengok wajah atok terkini? sila klik ke blog kak Zakie ya.
Saat aku bertemu semalam, atok berdiri.. berjalan ke arah kami, aku tergamam... dan lebih tergaman sebab atok boleh speaking LONDON, India, Cina dan macam-macam, siap bertutur jawa dengan kami, aku? Ternganga sudahhhh, Hahahha, Cayalah atok.

Pertemuan semalam juga membuktikan blogger TITiSAN NURANI (kali ke dua sebenarnya daku bertentang mata dengan kakZakie) bukan sahaja ramah di alam maya, malahan tetap manis dan ramah di dunia nyata, tambahan lagi air tangannya sangat superrrr...............

Buktinya?

(pingganku sangat sarat dengan lauk pauk hasil tangan kakZakie, kredit untuk En Suaminya yang sentiasa membantu)

(cekap sungguh dan bertuahnya suami kakZakie ada isteri yang mahir dalam apa2 pekerjaan, walau menguruskan ayahnya tetap memasak pelbagai)

(inilah sahaja wajah yang dapat ku rakamkan, yang lain-lain sangat malu untuk bergambar bersama, begitu juga wajah kakZakie, dia memang sangat pemalu, tapi sangat cantik dan manis)


PS: moga persahabatan kami semua berkekalan hingga hujung nyawa, terima kasih daun keladi buat seluruh family kakZakie yang melayan kami dengan ramah, tak segan pun semalam.. siap tambah2 lauk lagi, Umai? main sorang2 dengan permainan adik (anak bungsu kakZakie)

26 ulasan:

Nur-nba said...

Salam. Memang Kak Zakie sangat baik dan peramah orangnya. Belum berpeluang berjumpa empat mata dengannya.

Ayu dan GB begitu diraikan dengan juadah2 lazat.. Erm dengan siapalah GB datang tu?? (jadi tanda tanya... hehe)

Unknown said...

CIKGU NUR:
wsalam... memang kan, dia friendly di blog.. komennya sangat dekat dihati,,

Kita dekat, bila nak jumpa cikgu? heheheh
Insyallah...

A`aa kak.. ssgt sedapppp.. tak boleh kata kesedapannya.
teman GB? rahsia.. hehehe

Kakcik Seroja said...

Bila Ayu nak jumpa kakcik?

Umialya said...

seronokkan dapat jumpa rakan blogger

Unknown said...

kakcik:
wawawawa.... nak ssgt!
nantikan ya

kak TINI:
sangat bestt

akuzle ayu said...

Ok.. Semangat berkobar2 nk jmpa bloggers Johor neh..

kurus said...

kak zakie memang
memangggggggg pemalu ;))

mamawana said...

pasti seronok banget dpt ketemu teman maya..

Kayu Manis said...

BLOGGER YG SGT ISTIMEWA BUAT SAYA..WALAU TAK PERNAH JUMPA..TAPI KOMEN2NYA DI N3 SAYA IKHLAS DAN SGT JUJUR..

MMG KAK ZAKIE TERROR MASAK SEBENARNYA..TAPI DIA SELALU SOROK2 KETERRORAN DIA...

SEDAPPNYA HIDANGAN TU AYU...

nazayiena said...

Seronoknya dpt berjumpa ngan kakzakie,mesti peramah diakan....

Unknown said...

Wah...seronok dpt jumpa geng blogger. Mudanya kakzakie....yg sebelah tu lagi la muda:-)

CikguAreefNaim said...

salam,

moga ukhwah antara kalian akan sentiasa mekar mewangi :)

azieazah said...

Alhamdulilahh... Seronok membacanya. Seronok melihat blogger Johor saling berhubung baik.

gadisBunga™ said...

ye, mmg kite ada plan nak buat gathering utk blogger kat jb kan kan?

Hudalatip said...

Saya berharap sangat dapat ketemu kak zakie satu hari nanti..

Unknown said...

b'tuahnya ayu dapat jumpa kak zakie...

sememangnya kak zakie sgt manis orgnya...w'pun akak blm berpeluang b'sua muka dgnnya tp dapat membayangkan wajahnya setiap kali b'sembang di telefon...

insya'allah andai dimurahkan rezeki n dipanjangkan umur nak sgt2 b'jumpa dgn dia...


***sgt b'tuah punya sahabat spt ayu n kak zakie yg sentiasa rajin b'tanya khabar.

Kak Mahh said...

Jumpa sambil makan-makan...best!

jeBateja said...

Siap tambah ke kak....pehhhhh....sodap bonar nampaknya tu......ahakz

aDisH.sHidA said...

ayu...memang seorang sahabat yang baik..semoga ukhwah yang terjalin akan kekal buat selama2nya..

Unknown said...

seronoknya ayu dah jumpa kakzakie. Walau yus tak pernah jumpa dia, tp mendengar suaranya di telefon pun dah cukup dapat yus gambarkan bagaimana orangnya. Memang ramah dan baik hati.

Betul, komen dari kakzakie sentiasa dekat di hati...

macam2 juadah ada ya, best tengok.

Kakzakie Purvit said...

Alahai apasallah kakak tertinggal nie.. malunya Ayu hihi...

Munn Jaafar said...

alah kat sini pun tak dapat tgk kak zakie! huhu

Rina Rahamat said...

hehe..nak sangat tgk wajah kak zakie..

金順賽事分析網 said...

台灣情色網
台灣賭神
台灣賭神小古
報牌
色情
色情小說
色情影片
色情漫畫
色情網站

成人網站 said...

通博現金板
通博現金網
通博娛樂
通博娛樂城
通博娛樂評價
通博官方
通博被抓
通博評價
博客網

45645646546565 said...

色情
視訊色妹妹
夜未眠成人網
免費18免費成人影城
辦公室戀情
台灣甜心視訊聊天網
免費美女寫真集
聊天交友網愛
免費正妹自拍