Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label MESYUARAT. Show all posts
Showing posts with label MESYUARAT. Show all posts

Friday, November 12, 2010

Majlis perpisahan Tabika KEMAS sessi 2010



Alhamdullilah. Majlis jamuan perpisahan tabika KEMAS f sungai sayong berjalan dengan lancar…12 november 2010, di GPW f sungai sayong, Kulaijaya....seronok melayan umai dan kawan-kawannya…


Untuk pengetahuan semua…hari ini hari terakhir mereka bersekolah dan bersua, kebanyakkan kawan-kawan umai akan bersekolah ke darjah 1 dan pra sekolah...kesian Umai tak ada kawan yang sama lagi untuk tahun hadapan, tak apalah...moga ramai kawan seumurnya akan sekolah pada tahun hadapan...amin

Yang buat nak gelak ........... mulanya aku nak pakaikan umai baju sekolah…tapi, memandangkan guru besar kata tak perlu…aku pakaikan baju biasa-biasa jer…tapi……sampai kat sana jer,.. Ya Allah....nak kata separuh kawan-kawan umai pakai baju seragam sekolah…hahahhahahah

Ada beberapa keping gambar untuk kenangan….sebenarnya banyak, tapi aku simpan di FB sahaja…maklumlah nak tunggu upload pic dalam blogspot agak lambat gitu…….

Jom kita layan gambar kenangan umai dan kawan-kawannya…..



Hah!! Nie pic terbaru aku, first time pakai tudung (apa nama tak tahu)….amacam okey tak?.....hehehhehe


Terima kasih kepada ketua kampong HJ DAWAM yang sudi memberikan sepatah dua kata, merasmikan majlis dan menyerahkan sijil penghargaan kepada pelajar-pelajar tabika KEMAS f sungai sayong sessi 2010……



Hah, nie time makan, guru besor yang masak..memang menyelerakan….terima kasih Pn Maznah…..

PS: ada sesiapa berminat nak jadi follower ke 279 citarasa rinduan sila klik sini

Thursday, March 11, 2010

mesyuarat GPW&KEMAS

nampaknya, kali ini aku diberi kepercayaan untuk memegang amanah untuk acara maulidul rasul di felda sungai sayong
nampaknya pogram akan berjalan dengan ringkas
maklumlah cuaca yang amat panas menyebabkan kami ahli jawatankuasa akan memendekkan acara, dari jam 7.00 pagi sehingga 11 pagi acara akan dijalankan bersamaan 27hb 3 2010

aku akan ditugaskan dibahagian penyambut tetamu
nampaknya tugas ini amatlah mencabar
maklumlah ramai warga emas akan berada disekitar masjid f sungai sayong

mana yang tak larat tu...aku akan gunakan kerusi roda..
mana yang larat berjalan akan aku hantar hingga ke dalam masjid

sudah masanya aku berkhidmat terhadap masyarakat
sesungguhnya yang baik itu dijadikan amalan

Thursday, March 4, 2010

aku yang sentiasa bertuah

alhamdullilah, pada hari selasa aku berpeluang mengikuti mesyuarat agong KEMAS f sungai sayong, jam 2.30 petang aku menghadirkan diri untuk berkongsi pandangan dan maklumat tentang KEMAS..

terima kasih pihak penganjur yang memberi peluang aku membuka mata tentang cara pembelajaran anak-anak..
pada aku anak2x ke sekolah untuk belajar, menyanyi dan bermain...
namun, baru aku faham keistimewaan dan tujuan KEMAS tertubuh




cabutan nombor bertuah yang aku perolehi, aku nie di kira bertuah...
acapkali aku sering mendapat nombor bertuah...agaknya memang aku bertuah

teringat zaman kanak2 apabila aku join pertandingan kira kacang, kira biji betik atau lain2x selalunya pasti aku menang, tak kisah lah nombor berapa pun yang pasti aku happy

hingga sekarang aku pasti sekiranya ada cabutan bertuah, nomborku naik...walaupun barang2x yang aku terima tak seberapa mahal...tapi itulah kenyataan yang paling mengembirakan.. sehingga kawan2x aku kata `tak ada orang lain yang menang, asyik muka kau jer`....alahai nak buat macamana dah tuah aku...dah bukan tuah kau....
redha jer lah kawan.....





peserta PEREMPAUN yang paling rajin mengikuti mesyuarat...nampak gayanya kaum LELAKI lebih suka buat apa yer? TIDO?...LEPAK KAT WARUNG?, susah nak nampak depa join mesyuarat

bagi aku pelbagai manfaat yang diperolehi antaranya:=
  1. dapat mengenali lebih dekat dengan guru2x dan ibu2 pelajar
  2. PELBAGAI manfaat yang diperolehi terutama
  3. dapat berkomunikasi dengan lebih dekat antara pihak KEMAS, GURU dan lain2x
  4. setelah aku mendengar ceramah daripada pihak KEMAS barulah aku tahu GPW salah satu dari pertubuhan KEMAS di buat, selain mendatangkan duit kocek kepada ibu tunggal, pelbagai aktiviti turut di perolehi..antaranya hasil kerepek, hasil makanan, anyaman, dan lain2

ceramah daripada pihak KEMAS bandar tenggara


khusus sungguh kak ila mendengar ceramah, maklumlah anak ramai... semua hantar KEMAS, selain murah, jimat, waktu pembelajaran juga konsisten