Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label PERKAHWINAN SOLEHAH. Show all posts
Showing posts with label PERKAHWINAN SOLEHAH. Show all posts

Sunday, October 3, 2010

MAJLIS PERSANDINGAN EIYA SOLEHAH DAN PASANGANNYA

Assalamualaikum, salam malam ahad…wah…hebat-hebat belaka program korang,sepanjang hari ahad nie..ada yang sempat buat open house, ada yang menghadirkan diri ke majlis perkahwinan, dan ada yang sempat beraya…kan?..kan?....(puasa sebulan, raya pun sebulan lah juga...)

Aku pun tak terkecuali, walaupun sibuk menguruskan CITARASA RINDUAN, masih sempat ke majlis persandingan solehah dan azuan…(jiran rumah jer, TAHNIAH yer along dan suaminya….)

Aku mendoakan agar perkahwinan yang dibina kekal hingga akhir hayat…grand betul majlisnya, mabelesss,,,,nak lihat gambarnya lebih lanjut? Lihat entry ini,sila klik sini..(majlis berinai)

Sebelum nak tunjukkan tema perkahwinan SOLEHAH, aku nak juga tunjukkan teman facebook dan blogger yang aku temui, iaitu HELMI RAMLI dan FADZLITON ARIS,, comel-comel anak-anaknya…sempat gak aku minta kerjasama kepada pasangan keluarga ini untuk bergambar untuk kenangan…

Jom, intai kemeriahan hadirin dan hadirat yang hadir ke majlis persandingan SOLEHAH,…..

Yang nie gambar pengantin SOLEHAH dan AZUAN, seperti pinang dibelah dua, sama cantik sama padan…tema, merah…..kesemua ahli keluarga memakai warna yang sedondon…(maaf, aku tak sempat nak snap gambar banyak-banyak, sebab aku kejar waktu nak menguruskan CITARASA RINDUAN)


Gambar nie, sebelum pengantin lelaki datang bersanding bersama-sama, yang paling syok..mengikut adat Johor, pihak lelaki dikenakan tol….adeh…bukan 1,2 tol kena rempuh…banyak ooooo….sediakan jerlah duit untuk hulubalang-hulubalang yang ada disetiap pintu…

Umai macam biasa, walaupun demam…suka ambil gambar dengan pengantin…

Nak tahu, bagaimana kemeriahan majlis semasa dijalankan?...amik ko…jem gile jalanraya, siap ada anggota RELA yang menguruskan kesesakan jalanraya…

Sungguh meriah majlis SOLEHAH, dilimpahi sinar kegembiraan diwajah kedua-dua mempelai…semoga pasangan bahagia ini, dianugerahkan cahaya mata dengan segera dan sentiasa berbahagia hingga akhir hayat mereka..amin

PS: letih sangat, nak tidur awal………selamat malam….

Saturday, October 2, 2010

MAJLIS OPEN HOUSE DAN MAJLIS BERINAI EIYA SOLEHAH DAN PASANGANNYA


Penat-penat pun aku sempat lagi hadir majlis rumah terbuka sempena hari raya yang di anjurkan oleh Pak cik saudara en zalie…

Makanan sempoi…sedap ooooo…nasi beriani lagi….ramai ahli saudara yang turut hadir ke rumah pak cik Nor dan cik Noni…selain cik Bainah, Cik Khalid, cik Ida, cik baba, mak usu, liza, cik enal, intan dan sahabatnya turut meraikan majlis makan-makan…

Ada air sirap, kuih lopis dan rojak…abis diet aku…hahahhaha






Yang nie pula masjlis perkahwinan anak jiran aku, majlis berinai yang dijalankan di dewan seri sayong, f sungai sayong….

Memang seronok layan majlis beliau, ditambah lagi ada pertunjukan kuda kepang….karang aku upload gambar peserta ahli kuda kepang…gerun pun ada...geng-geng peserta kuda kepang sedang masyuk dengan alunan gemilang…siap ada libasan ko….memang best…

Melihat pelamin dan susana atur dewan...aku tabik spring dengan keluarga pengantin, sangat cantik...mak andam pun orang kampung kami juga, tapikan...nampak klass....bertambah maju kak GEE kita...tahniah sekali lagi kepada ahli keluarga kedua pengantin dan kepada semua yang memeriahkan majlis

Jom layan gambar-gambar sepanjang majlis beliau…







TAHNIAH kepada EIYA SOLEHAH DAN SUAMINYA, selamat pengantin baru…semoga berbahagia hingga akhir nyawa…amin

PS: iron women gak aku nie...tak lah hebat, tapi masih larat nak hadiri majlis saudara dan jiran tertangga,,,,