Tiada rezeki kami semalam… hujan lebat tersangat lebat, dalam hati dah berkata2.. Nampak gayanya aku tak dapat tunaikan hasrat anak daraku untuk bermain layang2…
Gara-gara terlewat didalam hospital, bila keluar dari lobi hospital hujan lebat hingga menutupi suasana sekitar Bandar Pasir Gudang… gelap gelita dan murung sungguh kawasan persekitaran
Agaknya, sebab suamiku ini jenis tamo hampakan hasrat kami berdua..dia turutkan jer..dan kebetulan, aku dah janji dengan adik lelakiku nak bertemu dengannya disana
Jam 5.30 petang baru hujan reda… ada sedikit sinar buat kami dalam kereta, menunggu didalam kereta berjam2 ibarat menunggu buah durian yang belum tiba masanya mahu runtuh.. heheheh
Ceria kami anak beranak… orang kurang, jalanlah kami meninjau keadaan kawasan pesta layang2 tahun 2012 (pasir Gudang Word Kite Festival) pelbagai jualan dipamerkan…
Walau hujan lebat, banyak kedai tutup.. dan banyak juga barangan yang lecun dek hujan.. kami menyusuri jalan buat sedapkan hati…alang2 dah sampai, bak kata suamiku.. turun jer….
Inilah muzium Layang-layang pasir gudang, aku pergi tahun 2008, dan tahun ini aku turun padang sekali lagi.. niat asal nak lihat pelbagai rupa layang2 berterbangan di angkasawan…
Cuaca masih kurang cantik untuk aku mulakan misi bermain layang-layang, jaga hati anak daraku ibarat menjaga hati sendiri.. walau hatiku, kadangkala terasa mendung.. huhuhu
Dan tidak bermakna udara petang semalam 15 feb 2012 tanpa sebiji layang2 pun.. sedih kannnn.
Kedai banyak bersusun diperagakan, macam-macam jenis jualan, dari segi makanan, hiasan, pakaian, layang2, mainan… dan pelbagai lagi jenis kraftangan di pamerkan…
Lorong kanan kiri macam2 barangan menarik hatiku.. kalau korang nak cari cendermata pun ada.. yang penting, poketmu penuh.... bila balik, bukan kata susut.. tapi boleh tertepuk dahi!! hihihihi
Ini adalah acara yang berlangsung sepanjang pesta layang2 sedunia ini.. dari 15-19 feb 2012. Akan berlangsunglah pelbagai acara yang menarik, artis juga turut turun padang, selain kebudayaan negeri Johor akan memeriahkan acara.. kalau kawan-kawan duduk sekitar sini jomlah memeriahkan petang anda dengan pelbagai acara.
Nak cari makanan segera, semuanya didepan mata.. kalau korang pergi ke sini hingga ahad nanti.. pasti ramai penjual makanan segera akan menyapa dan memujuk kalian membelinya,tak perlu korang jalan jauh mencari makanan malahan moskot pun ada, tahun 2008 aku dapat bergambar dengan moskot PIZZA.. mana entah gambarnya..
Jalan punya jalan, hati dah mula tertarik nak sambar sebiji layang2 buat hiburan anakku.. dengan nilai RM 18.00 bersiap benang, layang2 buat anak daraku dah ditangan..
Maka, sebiji layang-layang princess di udara petang 15 Feb, diterbangkan oleh adikku sendiri, bukan dari sayarikat gergasi ya... semuanya itu bagi memujuk anak saudaranya yang dari sampai hingga mahu pulang, asyik bertanya mana layang2….
Senang hati si Umai bila layang2 dah mula terbang… lari2 lah ibunya tanpa malu dalam gerimis hujan.. hahahhaha, hingga sekarang kepala ibu masih berdenyut2.. jangan salsema udahlah.. 18 hb ada majlis tuning anak jiran sebelah, 19 hb ada majlis akikah jiran dihujung rumah.. dan aku dapat tempahan nasi ayam buat 90 orang makan…
Sebelum pulang, jam dah menunjukkan jam 6 setengah petang, aku mencari FM buat penyeri peti aisku… bila dah minat.. layan jerlah!!! Waka..waka
Kebetulan, aku ada FB trisno Quartis (photographer sepenuh masa) ku ambil gambar yang beliau snap jam 2 petang pada 15 hb feb 2012 untuk dikongsikan dengan kalian semua, wahhhhhhh.. rezeki aku dapat layan gambar layang2 yang cantik2 di udara…. Kredit untuk TQ.. (siap ada gambar najwa buat persembahan malam semalam)
Kepada yang berminat nak layari laman web Pesta Layang, sila klik SINI