Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label maharaja lawak mega. Show all posts
Showing posts with label maharaja lawak mega. Show all posts

Saturday, December 31, 2011

Persembahan Jozan dimalam Maharaja Lawak Mega




Inilah video persembahan Jozan pada malam pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega.. memang terbaik, bak kata kawan2 FB ku… JOZAN lah Juara.. hehehe

OSBON Juara Maharaja Lawak Mega ~ Tak silap undianku!! tapi silap hitunganku saat akhir~


Malam 30 december 2011, Maharaja Lawak Mega adalah pengakhirnya..

Antara kumpulan boboy, Osbon, Syok dan Seahu.. antara mereka adalah pemenangnya…wang tunai sebanyak RM 350,000.000 beserta trofi sumbangan astro, naib juara menerima RM 150,000.00 beserta trofi




Ada 2 persembahan , iaitu BEBAS dan MUZIKAL, keputusan ketika awal pembuka tirai




Persembahan pertama - BEBAS

Seahu— aku kurang faham lawak mereka. Bak kata juri.. biasa2 sahaja

Boboy – memang terbaik. Datin Maimon yang seksi bertukar jadi Datin Seekes, merangkap ahli jawatankuasa masjid.. hehehhe.. terbakar hantu bila terminum ari zam-zam…



OSBON – melayan isterinya yang mengandung, dok tunggu hari nak melahirkan.. paling ku gelak bila OS kata, kalau lahir muka abang??  Jawab Abon,Kalau muka abang, tua dalam perut sue pun sue sanggup.. hahhahah.. sakit perut aku


SYOK – lawak hantu cina, aku Nampak kelemahan sebab terlalu guna ombak rindu, tapi aku suka dengan cara Aaron Aziz kritik kumpulan ini.. sweet sahaja.. hehehheh (gatai pulak aku)

Persembahan kedua – MUZIKAL

Seahu—persembahannya semakin mantap.. aku suka. Tempat ke tiga MLM.. tahniah sebab berjaya bertanding hingga peringkat ini



Boboy – Naib Juara Maharaja Lawak Mega, bila boboyot dah start merepek, pasti lawak muzikal kumpulan mereka mencetuskan tepukkan gemuruh oleh penonton.. Ya, aku akui… BOBOY punya kekuatan.. dan lawak mereka sangat menjadi.. tahniah, Gegel cute walau rupa kedut, Boboyot usia baru darjah 5?? hahahha



OSBON –   JUARA MLM Lawak muzikal mereka kurang ngam, waktu nie aku dah risau, kredit HP aku kian habis.... sebab banyak lawak berkata2.. tapi aku sangat terhibur… lagilah Abon sangat cute bila pakai baju penyanyi barat .. macamanapun tahniah buat kalian, menjadi JUARA.. memperolehi RM 350,000.00 beserta sumbangan Trofi





 tempat ke empat, jatuh kepada SYOK, RM 50,000.00 berserta trofi



coret-coret:
*13 january 2012.. maharaja lawak ke 6 akan bersiaran di astro Warna 132
*lawak Jozan (sebagai pelakon komedi undangan) sanggat terhibur, 6 sahabat FB aku tulis di wall mereka, JOZAN adalah juaranya, Ya.. aku setuju
* Afdlin Shauki dan Chef Wan dah berbaik, siap hug lagi.. hehehhehe.. alhamdullilah

Saturday, December 24, 2011

Keputusan Maharaja Lawak Mega minggu ke 9, di Stadium Johor Bahru, PIMAI terkeluar


Secara keseluruhan malam ini adalah persembahan MLM yang terbaik ku tonton..

Mungkin penyokong yang menyaksikan persembahan pelawak di stadium tertutup Majlis Bandaran Johor Bahru yang membuatkan suasana menjadi gamat, membangkitkan idea lawak para peserta.

Siap juri puji malam inilah persembahan yang paling terbaik

Tahniah buat kesemua peserta

Persembahan pertama



 Boboy: versi puteri gunung ledang,
Sangat menghiburkan ditambah dengan persembahan ala2 pertandingan one drop, sangat melucukan.. di gunung ledang pun nenek tua kena layan kerenah Hang Tuah suruh buat pilihan.. hahahhhah..  bila nenek pilih yang betul keluar lah si puteri ledang.. bila si harun salim bacik jadi puteri.. aku suka… comel

Osbon : versi bawang putih bawang merah..
Bila Abon jadi bawang putih.. sakit perut aku.. garang tapi lawaknya menjadi ko… Apabila Os jadi bawang merah..  seksi, pakai kain batik merah, menangis bila bawang putih buli, siap menyanyi lagi.. penonton ketawa tak henti2… aku suka




Persembahan ke 2: Kisah keluarga
Boboy : atok versi zaman technology,. Lihat sahaja gelagat cucu dan atok yang sangat sepadan.. comel.. tahniah boboy



Osbon : Lawak yang sangat santai, lawak guling2 bila Abon kata, gurau-gurau 10 anak, sambil-sambil 5 anak, hehehhehe, kalau tak jawa tak ada 10 anak ko..



Maaf untuk kumpulan SEAHU, PIMAI dan SYOK aku tak syer, sebab aku hanya tonton lawak boboy dan Osbon..

Minggu hadapan 30 december adalah pertandingan akhir MLM..

**************

Nak update keputusan bola sepak:
Keputusan perlawanan persahabatan hari ini: 23 december 2011

Johor FC 2-0 Selangor
Kedah 4-0 Pulau Pinang-AUCMS
Kelantan 1-1 Persebaya Surabaya
Kredit to sinar harian, pertandingan persahabatan seterusnya pada 28 december 2011

Friday, December 16, 2011

Keputusan Maharaja Lawak Mega minggu ke 8, BP dan ADLIN terkeluar

Minggu ke 8, Peserta ada 2 tugasan,persembahan pertama aku bagi markah aku bagi 6/10…

Aku boleh gelak bila kumpulan SYOK, BOBOY dan OSBON buat lawak, tapi osbon agak kurang menyerlah dari persembahan sebelum ini..



Bila tugasan kedua diberikan, dimana peserta perlu membuat lawak dengan alatan… disinilah detik persembahan MLM semakin menurun….

Makin lama makin hambar, aku rasa peserta dah kekeringan idea.. kasihan juga bila mereka bertungkus lumus nak buat penonton ketawa.. macam biasa, penyelamat hanya pada BOBOY dan OSBON, siap juri Zainal buat pantun, OSBON raja LAWAK katanya..Abon balas pantun, moga jadi kenyataan…




Persembahan kedua, aku bagi 2/10. Itupun sebab persembahan terakhir.. Keputusan MLM minggu ke 8 yang terkeluar adalah kumpulan BP dan Adlin, minggu hadapan MLM akan beraksi di stadium Johor Bahru...

PS: bila juri Chef Wan kata bosan, boring.. aku pun setuju pendapat ikhlas beliau..

Friday, November 25, 2011

Keputusan Maharaja Lawak Mega minggu ke 5,HIRO tersingkir


Agak suram lawak Maharaja Lawak Mega minggu ke 5 malam ini, bagi aku peserta agak terkongkong dengan tajuk yang diberi iaitu zaman purba & dahulu kala… atau sudah kurang lawakkah perserta?? ditambah dengan komen juri yang tidak menaikkan semangat peserta.... Wallahualam...

Sedikit Ulasan untuk Peserta :

Keterlaluan aksi yang ditonjolkan oleh adlin.. itu pandangan aku, sebab dia menayang `seluar kecik`… (maaf gambar itu aku tak kongsi dengan kalian..)



Kumpulan dari SEAHU (Indonesia) ini pun sama lawak dengan minggu sebelum… agak hambar bagi aku


Minggu lepas OSBON the best, namun… minggu ini lawak mereka hanya muncul hujung2 masa



Namun the best bila aksi Abon yang boleh kecek Kelantan.. tahniah.. heheheh, dan kemunculan aksi Jin yang dibawa oleh OS memang mencuit hati… (lihat wajah Os, sangat melucukan bukan???)


Mungkin aku bagi kredit buat kumpulan BOBOY, yang pandai menggunakan peluang yang ada iaitu hal2 isu semasa yang dilawakkan.. contoh kemenangan Merong Mahawangsa dan AIM yang mana,  anugerah buat Yuna ditarik semula… Jua sukan SEA di Indonesia…. (Emas buat Malaysia.. heheh)



Kumpulan 3G, biasa sahaja…… Jika tiada Yassin, mungkin suram kumpulan ini...



Kembali lagi aksi BP, ditambah kemunculan Bob Kuman yang bagi aku lawak mereka semakin menghilang, kesihatan Bob memang menjejaskan persembahan.. Moga Bob di berikan kesihatan yang baik2.. dan beraksi dengan lawak yang lebih bertenaga..


PS:Kumpulan Syok yang syok sendiri, kumpulan HIRO yang merapu entah apa2,Kumpulan PIMAI yang biasa2 sahaja… buatkan aku mengantuk dan menyambung baca novel cinta ASST

 Keseluruhan.. lawak MLM musim ke 5, lawak menurun DAN aku setuju komen Juri. Macam aku juri pulak… hehehe

Friday, November 18, 2011

Keputusan Maharaja Lawak Mega minggu ke 4, Jalil Hamid terkeluar



The best maharaja lawak mega mingggu ke 4 aku bagi kat kumpulan OSBON..

Terbaiklah..

Abon punya penangan memang melucukan.. dengan pakaiannya pengantin moden berwarna putih, siap ada crown lagi.. hehehhe..

Sampai sekarang aku tahan gelak part si Abon kata… (pantun sebenarnya) aku dah lupa ayat penuh.. sikit jer ya..

Tak sabar nak tunggu malam ini dipuankan.. (agak lucah tapi rasional…hahah)




Juri tetap Zainal Abidin kata, Abon SEKSI.. awwwuuu.. hahaha, aku setuju…




PS: HIRO, PI MAI, JH, ADLIN, BOBOY, BAWEL, 3 G, BP , SYOK
persembahan biasa2 sahaja

( tapi aku sedikit kasihan dengan kecederaan yang menimpa BOB KUMAN dikepalanya, hingga membuatkan Sobri membuat persembahan solo, semoga BOB cepat sembuh)