Majlis akikah anak jiran sebelah rumah.. majlis marhaban ku terlepas menghadirkan diri, ingatkan majlis berlangsung jam 2 - 6petang, rupanya belah pagi.. geng marhaban dah memulakan majlis..kikikikik
Aku yang baru siapkan tempahan nasi ayam dari pelanggan kampung berdekatan, jam 12. 30 tengahari baru dapat datang, dengan perut yang sangat lapar sebab tak sempat sarapan, hanya minum susu awal pagi..
Hidangan makanan beraneka jenis… dari kuih, mee rebus, nasi jagung (lauknya dalca, kambing masak manis, ayam sambal dan arca nanas) buatkan nafsuku terbuka!!
Memang murah rezeki cucu pertama kak ida dan abang din… ibunya Solehah dan Azuan (tinggal di kuates pengkalan TUDM sungai besi) bersama2 meraikan majlis…
Inilah Damia, gelak tawanya buatkan aku merasai, besarnya kurniaan Illahi, Ya Allah., berilah peluang daku sekali lagi, merasai detik bergelar ibu…
PS: kepala sakit.. mungkin kepenatan dengan pelbagai agenda… mudah2an ku kembali sembuh seperti sedia kala..amin