Aku mencari ASST (Awak Suka Saya Tak?)…
Namun Ku hampa…dimana2 rak tiada novel itu
Firasatku sudah tentu novel kak Melur Jelita belum sampai ke Johor, ruginya aku kerana tidak membeli secara online dariNya… penangan ASST di blog kak Melur (novelog) memang ku nantikan, namun keterbatasan berlamaan di depan lappy membuatkan aku memendam perasaan. Lagilah perniaga makanan dan minuman membuatkan jadualku sentiasa penuh..
Tanpa malu aku terus meluru ke kaunter.
“Boleh saya tahu, ada novel ASST tak?, novelis Melur Jelita”
2 petugas disitu berpandangan.. mereka merenung anak mataku.
Aku agak terkejut sebab salah seorang dari mereka berkata ASST memang ada dijual dan memang banyak stok yang tersimpan.. namun, sudah habis bila aku sampai ke kedai buku itu..
Oh!! Ruginya aku
****************
Kumenunduk, tiada rezekiku.. bisik hati naluriku.. balik nanti aku nak beli secara online.. minta2 adalah rezekiku membaca hasil tulisan kak Melur Jelita..
Entah mengapa, aku masih lagi menebalkan diri berlamaan di dalam kedai buku itu.. berjalan dari satu rak ke rak yang lain. Umai anak daraku, tersenyum bila ditangannya ada apa yang dihajati, cerpen pendek dan alat mewarna…
Tersimpan seribu penyesalan, berkali2 aku rasa menyesal.. sangat menyesal, Oh!! tidak.. terlebih menyesal sebenarnya.. hahhaha. (Eh, kenapa aku tiba2 boleh ketawa jahat)..
Oh.. seorang wanita tiba2 menghulurkan sebuah novel dihadapan mataku..
Ku kenal cover novel itu.. (warna biru, tebal isinya..)
Yes!! Sudah tentu inilah novel yang ku cari..
Seperti mendapat emas dihadapanku, ku angkat mukaku. Ku bersyukur, lantas aku mengucapkan terima kasih kepada wanita yang sudi memberikan novel ASST yang ku cari-cari… kenapa airmataku mengalir??... hahahaaaaha, sah belum baca lagi, aku dah terjatuh cinta dengan novel tebal itu..
*****************
Buat kaki-kaki novel, ASST merupakan hasil nukilan novelog blogger Melur Jelita yang kemudiannya dilamar oleh terbitan syarikat pengeluar buku diMalaysia iaitu Syarikat KaryaSeni, dengan harga novel RM 35, novel ini sesuai dibaca oleh sesiapa yang cintakan pada Allah, cintakan sesama pasangan dan cintakan pada Qada dan Qadar…
Aku tak pandai nak olah tentang novel ASST ini, tapi kalau yang belum baca novel ini, boleh korang baca synopsis kat blog Azie Azah, dia lagi pandai olah dengan bagus… klik sini
Hanya yang boleh ku katakan, Novel ini sangat romantic. Aku ala2 nak mengedik sama pada suamiku tercinta… hahahha,. Gedik halal tak apakan?? Malam jumaat tu… waka..waka.. (sebelum nie ada enty marah terhadap EnZalie, now.. lain pulak.. hehhehe)
Cuma, nak kongsi Kenapa kalian wajib memiliki novel ini??


- Pengolahan jalan cerita percintaan Puteri Intan Zulaikha dan Hilman Yong berlandaskan pada cinta pada yang satu iaitu Allah. Walaupun jelas didalam jalan cerita ini mereka saling memerlukan antara satu sama lain.
- Puteri Intan Zulaikha yang menjaga keterbatasan auratnya, maruahnya, Hilman Yong saudara baru yang sentiasa taat dengan tuhan yang Maha Esa, walau dahulunya agamanya bukan agama Islam, Hilman melebihkan cinta terhadap Allah dari lainnya
- Susunan ayat-ayat yang ringkas dan padat.. (tak serabut nak membacanya)
- Kata-kata yang 100% banyak dikeluarkan oleh kita seperti ayat kang!!kang!!, hahhaha, hehheheh. Huhuhuhu… dan pelbagai lagi, selari sangat dengan ayat2 sempoi kehidupaku.. aku memang sangat suka, tak membosankan
- Tiada unsur aksi, kecuali kalau korang rasa menunggang kuda itu lasak, jujur aku nak kata, Melur jelita yang memang pandai menunggang kuda, bijak menyusun ayat.. seperti kita terbuai sama belajar menunggang kuda, paling best, saat kuda melahirkan anak, beliau boleh mengajar kita macamana nak terima baby kuda.. so sweet!!
- Korang nak belajar bahasa lain?? Seperti mandarin, Hindustan, korea, English, Al Quran, menyanyi.. baik kata.. baik baca novel ini.. pasti korang pandai sama.. hahahhaha.
- Nak membaca tazkirah keagamaan dan pengalaman sesama islam, tersirat didalam ASST.. carilah buat penambahan ilmu di dada kita, apa lagi.. Jom cari novel ini
- Nak belajar main piano?? Pun boleh………. Nak menari pun boleh…pelbagai tarian boleh kalian pelajari.. yang pasti hayati sedalamnya novel ASST ini
- Ingat zaman kita dahulu yang suka main baling selipar?? Hahhaha, pasti melucukan bila orang dewasa pun bermain sama…
- Nak hias makanan kampung atau makanan barat?? Pasti korang dapat ilmu semasa menghayati saat Intan menyajikan makanan buat tunangnya tersayang. Aku pun terkedu sebab Hilman cekap memasak didapur.. dah lah gambaran Hilman tu hensom… hehehe
Pemberitahuan:
Tika entry ini ditulis, ASST telah memperolehi 2 minggu berturut2 tangga keatas pada minggu pertama penjualannya, 2 minggu berturut2 tangga ke dua, dan terbaru, minggu lepas MPH telah merekodkan tangga teratas buat ASST.. Tahniah kak Melur Jelita
PS: Buat Citarasa Rinduan, Saat yang paling gembira tika Melur Jelita melamar aku untuk menyediakan menu khas buat ASST, belum ada idea sebenarnya, Insyallah.. aku akan mencuba buat sahabatku itu