Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Tuesday, November 2, 2010

jom kenal pekerja citarasa rinduan...

Hari ini mood bercerita tentang citarasa rinduan…aku nak cerita tentang customer tak sesuai pula..lagipun customer citarasa rinduan baik-baik belaka…semestinya customer adalah king? So…..semuanya adalah yang terbaik.( boleh gitu?....)

Korang nak kenal dengan pekerja citarasa rinduan? Ini bukan sessi nak menunjuk atau menayang…hanya buat kenangan bila pekerja citarasa rinduan dapat kerja yang lebih bagus dan bergaji tinggi, bila sorang-sorang cabut…aku yang kena ganti buat itu ini…..

Panjang pula mukadimah…..intro pula dah macam gurindam…..

Apa lagi….Jom…kita sekodeng pekerja citarasa rinduan

Kalau korang nak tahu gambar dibawah adalah pekerja citarasa rinduan…terdiri daripada saudara mara en zalie dan pekerja indonesia…yang berbaju kuning sudah semestinya abah mertuaku…manakala bos besar di citarasa rinduan yang berbaju pink..bertoncang kuda ….(percaya tak?) 3 tahun tu…



Semua bunga-bunga belaka…tapi terselit pula si kumbang asli…orang sini tau…..sepupu en zalie….dialah kumbang yang paling sejati…boleh bantu bila ada kerja berat di citarasa rinduan…macam angkat tong gas dan angkat sampah………kerja sementara sahaja…masih sekolah lagi


Bab berposing, semua pekerja citarasa rinduan boleh buat…ala-ala model gigi…..gambar ini aku rakam selepas aku berbelanja mentah untuk stok 3 hari….diorang posing tak ingat yang ikan, sotong dan udang belum simpan elok-elok dalam peti ais….ya ampun…….ternganga pintu frezz ko…..




Sekian. Untuk simpanan dan kenangan abadi…

PS: Biasalah kedai makan,, pekerja silih ganti….yang tetap hanya ahli keluarga aku…nasiblah budak-budak indon jenis lasak..senang nak disuruh bekerja….tapi kadangkala pening juga..adat..manusia rambut sama, namun hati lain-lain…

pau kukus...pau kukus....


Assalamualaikum….

Selamat malam selasa kawan-kawan….(tu dia intro dah macam nak masuk pertandingan bercerita pulak….)

Hari ini aku nak berkongsi dengan korang juadah ringan yang disediakan dikedaiku setiap hari,,

Pau kukus…..hah!!! inilah juadah yang paling laris sekali…produk pau kukus dijual dengan harga yang berpatutan dengan citarasanya yang sangat enak..

Dengan kegebuan pau kukus ini membuatkan pelanggan citarasa rinduan bertambah dari hari ke hari…yang paling best aku senang hati,,,,kurang goreng mee dan nasi….heheheheheh (ayat aku dah macam ayat karangan….ampun mamafami…)

Pau kukus yang terdapat di citarasa rinduan pelbagai inti terdiri daripada…

  1. Pau Kari Ayam
  2. Pau Rendang Daging
  3. Pau BBQ daging
  4. Pau Kelapa
  5. Pau Kaya
  6. Pau kacang

Dari jam 7 pagi hingga 11 malam…korang dah boleh menikmati juadah ringkas ini,

Aku akan sentiasa topup pau kukus yang kurang, alhamdullilah sehingga sekarang stok tak menjadi masalah…aku ambil dari pembekal felda Tebrau, Johor….dekat dengan kawasan felda Sungai Sayong, Johor

Jom kita rasai keenakan dan kesedapan pau kukus Bestmas..pasti terindu-rindu keenakkannya…

PS: jangan bertambah gebu sudahlah badanku ini!!!!..…..