Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Friday, October 7, 2011

Masih muda belia dah ada sakit, Dan menjawab pertanyaan tentang Kepentingan Suntikan Typhoid



Ni yang payah kalau tak jaga kepentingan kesihatan diri sendiri,  usia masih muda belia, (hujung belasan dan awal 20an) dah ada penyakit… ingat badan gemuk jer ker ada sakit2….. seperti kes ku pagi ini… 2 pekerja baruku dah disahkan ada darah tinggi bacaannya adalah 148/90, manakala bacaan gula dalam darah adalah 8.9

Kus semangat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


PS: apa boleh buat, buat peringatan diri sendiri dan sahabat diluar.. silalah jaga kesihatan anda… jangan makan makanan segera. Sila makan makanan yang berkhasiat, amalkan minum air putih 8 gelas sehari ya….

*************

Selingan~~menjawap pertanyaan blogger matcham2 ada… suntikan typhoid setahun sekali, tak silap tahun lepas suntikan hanya diambil 3 tahun sekali, namun tahun ini suntikan tersebut telah dikuatkuasakan diambil setahun sekali,

Manakala kepentingan suntikan tersebut, Menjawab pertanyaan blogger sunah, maya mayana dan blogger yang lain,. Suntikan wajib diambil untuk mengelakkan penyakit berjangkit melalui pengendalian makanan, bukan dikhususkan pada pekerja kedai makanan sahaja, malahan kantin sekolah, prasekolah,tadika atau apa jua yang melibatkan penyediaan makanan kepada orang ramai diwajibkan mengambil suntikan typhoid,

Kementerian kesihatan akan memberi suntikan dan mengambil rekod kesihatan,selain nasihat kebersihan akan diberikan oleh jururawat, kad suntikan turut disertakan, bayaran adalah hanya RM20 untuk seorang. Bagi klinik swasta suntikan typhoid dicaj pada RM55 keatas

Suntikan Typhoid untuk pekerja baruku..

Assalamualaikum, salam penghulu pagi buat sahabatku semua..semoga urusan kita sentiasa diberkati olehnya Amin..

Semalam aku betul2 sibuk… bila berhadapan dengan kerenah pekerjaku.. sakit kepala mendatang, bila kita tegur pakai apron, pakai topi (bagi pekerja lelaki).. kuss semangat.. sukarnya nak lentur budak lelaki….Bila aku bertegas, digelakkan pula.. maklumlah aku nie sukar nak marah2…..

Kalau pekerja wanita senang, bila kita kasi apron, depa terus pakai… kasi kasut.. terus automatik sarung di kaki…. (orang perempuan memang best kan... statment apakah ini??? hahhahahah)

Hari ini, aku perlu menghantar 2 pekerja yang baru ku ambil semalam ke kementerian kesihatan untuk suntikan Typhoid, insyallah.. ada masa ku terangkan pada kalian apa pentingnya suntikan typhoid buat pekerja kedai makan…..

PS: rasanya ramai yang dah tahu kan?



Selingan~~blogger Zul Fatah buat aku terharu..!!! thanks sebab review blog kak Ayu..