Salam malam minggu semua…, lewatnya daku update blog….
Bukan setakat buzy jer, sekarang nie kampungku digemparkan dengan kes pecah rumah.. alahai!!!
Bila anak simpulan balik dari penjara, mulalah kami penduduk sekampung tak lena jadinya… semalam masuk ke rumah selang 5 dari rumahku
Malam ini hingga seterusnya perlu berjaga-jaga, mujurlah kawasanku ada RELA, peronda belia dan polis bantuan yang membuat rondaan.. tapi, depa pun bekerja secara sukarela.. sudah semestinya depa perlu awasi banyak tempat, untuk keselamatan diri sendiri… jom, sama-sama kita ambil langkah berhati2..
*********************
Check tingkap dan pintu rumah kita… pastikan kesemua telah ditutup dengan selamat, jangan tutup lampu ruang beranda hadapan, kiri, kanan dan belakang rumah… biarkan terang, sekurangya kita tidak mengundang dari penjenayah yang sentiasa memperhatikan kelalaian isi rumah..
Lagi baik, kalau kita memperolehi no telefon balai polis mahu pun no bimbit RELA, rukun tertangga atau sesiapa yang menjaga keamanan kampung… sekurangnya bila kita mendengar bunyi yang mengundang kepada jenayah.. dapatlah kita cepat2 menghubungi dan meminta pertolongan dari mereka……..
Semoga kita sama2 berhati2…. Sayangi diri dan keluarga tersayang..
PS: korang ada cadangan lain ker nak atasi dari jenayah diwaktu malam??