Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, August 2, 2012

Pak Ngah Farid Ismeth Emir tag FBku, Doa untuk dapatkan Zuriat.


Selamat pagi sahabat... Pagi yang indah dan berseri...
Tambah seri bila melihat FBku dipagi khamis yang indah...


(siap ada gambar perempuan mengandung)

Perasaan yang terlalu segar bila menatap kiriman dari Farid Ismeth Emir (Pembaca Berita tv 1) tentang doa dan amalan untuk mendapatkan Zuriat

Macam tahu-tahu sahaja Pak Ngah yang aku memang sedang berusaha ke arah itu.... Amin... Amin.. terharu sangat2, memandangkan aku tak pernah bertegur sapa dengan Pak Ngah di FB, namun kerana hari ini.. Aku terbuai satu perasaan yang Indah-indah

Buat beliau terima kasih daun keladi, ku abadikan entry ini sebagai tanda terima kasih, segali gus berkongsi ilmiah kepada sahabat yang sedang berusaha menambah cahaya mata dalam masa terdekat...

Doa dan amalan untuk mendapatkan Zuriat.

"Ya Musawwir" - Sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air dan bacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 kali. Kemudian minum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi suami, hendaklah buat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian, pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 kali. InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh


PS: Doa bagi orang yang sedang berpuasa, Insyallah akan di makbulkan olehNya, Amin

Wednesday, August 1, 2012

Ramadhan ke 11: Aku cuba Instagram



Instagram - Fast, beautiful photo sharing for your iPhone

Assalamualaikum selamat petang sahabatku, kalau nak diikutkan aku tak berapa pandai tetang perisian terbaru IT, kalau dulu bila kenal beberapa perisian gambar contohnya seperti picasa, puas aku minta tolong kawan2 bagi URL nak download perisian tu... Kikikikiki

Sekarang nie rata-rata kawan2 semakin maju, syer gambar yang lebih mantop dan ceria. Kelass ko, bila lihat gambar kawan-kawan dalam FB cun habisss.... Rupanya depa guna perisian Instagram

Jadi, aku nak kongsi untuk kawan-kawan URL Instagram, korang boleh klik gambar kat atas tu ya, aku dah bagi link. (dan sebenarnya aku nie tak berapa nak pandai sangat, cuma nak syer apa yang ku pelajari)

Kat bawah nie beberapa keping gambar yang telah selamat ku syer dalam Instagramku, aku guna nick name RuhayuRazali, pada sesiapa yang ada Instagram.. bolehlah kita berkongsi gambar yang kita sama-sama snap.
(gambar tetang koleksi Ringgit Malaysia 1.00 yang kusimpan)

( Umai bersama buku Nombornya, gelak besor nila lihat Dinosaur umai yang warnanya macam tak cukup colour.. kuii..kui)

(Ini gambar pertama aku cuba, kurang menarik.. tapi bolehlah.. heheh)