Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Tuesday, September 4, 2012

Serentak?


Awal puasa ganti meja masak..
Pertengahan puasa ganti atap CR
Pertengahan raya ganti kelambu almari makanan (Eh... gitu eik namanya macam kat bawah nie) jaring dah berkirai. bukan lalat jer boleh masuk... kucing.. rimau pun boleh.. huhuhu



Esok2?... ganti apa pula? TV? meja chasier? Bos juga tak ganti2. huhuhuhu

Monday, September 3, 2012

Marhaban pelajar PASTI,moralnya jangan masak banyak!

Teratak pertama, pada jam 8.45am lihatlah wajah budak2 yang berkobar2 untuk berselawat.

Para ibu macam biasa sentiasa ada apabila majlis yang seumpama ini berlangsung. Kaum ayah? takyah nak fikir... kalau alasan kerja memang aku percaya, kalau yang jadi tuan suri tu.. takkan tak boleh join.. Hehehehe.. faham- faham lah sendiri


Masuk ke teratak ke 2, budak-budak dah tamo makan. Sebenaranya tak perlu masak berat-berat untuk rombongan marhaban kanak- kanak. Kalau teringin nak masak yang yang macam-macam sila sediakan mangkuk tingkat untuk para ibu. Senang kami tak perlu masak untuk seissi keluarga tengahari nanti. Hahahahah

Apapun, tabik sangat pada para guru dan pelajar yang bersemangat bermahaban. Jua buat tuan rumah yang sudi menerima kunjungan kami. Susah payah awal pagi masak yang sedap-sedap. Walau perut penuh tetap ambil sedikit makanan untuk mengembirakan tuan rumah... 

Teratakku pada hari rabu.. kepala dah set nak goreng yang mudah sahaja. Bila nampak budak2 tak gemar makan yang berat-berat. Mataku dah terbayang sate ayam dan daging...... amacam?? okey tak