Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Tuesday, May 7, 2013

Ter.. terlupa pulak!


Bersiaran dari Hospital Sultan Ismail, Johor.. Hanya temankan En Zalie buat rawatan 'medical'nya. Macam sebelumnya jika daku temankan En Zalie, pastinya CR tak beroperasi seperti biasa. ( maklumlah daku nie peneman setia. hehhhe)

Kelam kabut punya pasal sampai lupa nak ingatkan pembekal ayam mentah tentang CR tidak beroperasi. Akibatnya dari jam 8.15 pagi daku pula yang stress sebab kedua pembantuku tutup telefon bimbit. Ayam mentah sudah 30minit diluar kedai.

Cisss.. bukan daku jer pe'lupa', pembantu aku pulak ter'lupa' on hp. ker kedua-dua dah sepakat tamo kena ganggu?




Monday, May 6, 2013

Syukur Alhamdullilah

Alhamdullilah,semalam jam 8.05 pagi saya telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Ya! saya cintakan negara Malaysia.

Alhamdullilah...moga cuaca isnin yang indah Allah murahkan rezeki kami. In Shaa Allah dengan izinNya.

Umai? tak bersekolah rupanya.. ambil order? basuh piring? bolehkan Umai? Hahhhaha