
Nasi Ambeng: Menu nie paling digemari pelanggan. Dengan warna serunding yang meriah ditambah ikan masin yang mengiurkan, pastinya ianya menjadi pilihan utama berbuka puasa pelanggan setia CR.
Urap Pucuk Ubi: Kalau nak lebih sedap, selain letak ikan bilis, kalian boleh gantikan dengan udang kering, aromanya membuatkan sayur kampung ini cepat dijual, Nak elakkan basi, sila keringkan dahulu kelapa parut. Selamat mencuba

Sayur Nangka masak Lemak: Jual beberapa banyak pun habis, 2-4 kilo dapat dijual sekelip mata. Janji, masa memasaknya perlu diambil yang lama, untuk mengelakkan ianya bertukar rasa dan bau
Sambal goreng: Siapa orang Jawa disini? dengan tahu, kentang, tempe, soon hoon pastinya juadah ini menjadi pilihan wajib buat pelanggan setia CR, seringgit dah memadai.
Sambal kupang/udang/sotong/tahu: Sebutlah apa sahaja sambal.. pasti terliur, lagilah peminat masakkan yang pedas-pedas. Harga dijual dari RM 1.00 ke atas.






