Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Monday, July 11, 2011

HAPPY BIRTHDAY FRIENDS

Siapa yang hari kelahiran bulan Julai??


Jom.. BLOGGER cheq Sue, ada buat satu contest khas yang sambut hari kelahiran pada bulan julai..

Hah!! Oleh sebab ibuku menyambut hari kelahiran pada 7 Julai, sempena yang ke 55 tahun… (ibu lahir tahun 1956), ku mohon pada cheq sue untuk memeriahkan contestnya…


55 tahun dikau dimukabumi..
Berjasa dan berbakti..
Dikau idolaku sejak ku kenal duniawi
Walau ku belum tahu apa itu kehidupan realiti….

55 tahun dikau dimukabumi
Pelbagai pengalaman sukaduka kau tempuhi
Tanpa kau rasa marah mahupun benci
Aku sentiasa kagum dan sanjungmu tinggi-tinggi…

55 tahun dikau dimukabumi
Tanpamu ku tak mungkin boleh berdiri sendiri
Tanpamu ku tak mungkin boleh berbakti
Selamat hari lahir Puan Jumiah Hj Ramli

Ku dedikasikan ucapan SELAMAT HARI LAHIR buat ibu tercinta yang ke 55 tahun, terima kasih kerana membenarkan rahimmu terciptanya insan keldil bernama SITI RUHAYU AB. RAHMAN….

(gambar kenangan: Ibu jenis sukar nak bergambar, ku ambil gambar curi semasa hari bersejarah perkahwinan adik perempuanku SITI NOORAZIZAI AB. RAHMAN DAN ROZALI pada bulan november 2010)
*************

Selingan: ku bacakan puisi ini pada Ibuku, detik jam 12 tengahmalam 7 Julai, ibu diam.. mungkin tergamam… hingga rangkap terakhir… ku dengar ibu teresak2… ibu katakan padaku… Syurga buatmu ayu…….
Ku letakkan ganggang telefon, ku ambil air wudhuk. Syukur padamu Illahi.. kerana ibuku sentiasa mendoakan yang terbaik untukku…
PS: ramai geng2 blogger yang sambut hari kelahiran bulan Julai, seperti blogger jaja,sweetmama, cikali, cik pulau, Gadis MELAYU, sunnah dan lain2.. rasanya depa kena join tu.. SELAMAT HARI LAHIR blogger cheq Sue

16 ulasan:

Sis Lin said...

BUlan 7 ni byk besday blogger kan...hehehehe

Jgn lupa kita 19.11 hahahahaha...kena plk time adik sis kawin..hahahaha

Hepi Besday Cheq Sue & Ibu Ayu (7hb)... :)

Unknown said...

sis lin--
kita scopio kan... hehehehhe..
nak adakan contest tak>?

nanti kita sms yer..
heheh..

thanks utk ucapanmu itu

cik cek said...

ayu...kak cek pun bulan July gak...30 hb....meningkat usia lagi bulan ni...he he...:)

Cheq Sue said...

tq ayu... wah... salam sayang untuk ibu ayu yer...

Sunah Sakura said...

menanti hadiah dari kak ayu dan sis lin... lalalala~

Kak Amy said...

Selamat ulangtahun kelahiran buat cheq sue dan ibu kak ayu * abg amy pun sambut ulangtahun kelahiran pada tarikh tersebut

Lydia Miza said...

pasti ibu terasa syahdu..terharu sgt2 kan?

nak dgr puisi gak la bila kluar wad nnt..hehe

Unknown said...

selamat hari lahir semua...julainye bestday ye......

Unknown said...

cik cek--
yer ker?
wah..............
happy birthday ya, kurang 2hari berpuasa.. heheh

sunnah--
nak hadiah, datang kedai.. lalallala

amy--
terima kasih singgah sini dik, kesian kamu.. walau kurang sihat.. ke sini juga
happy birthday utk abang kamu

LM--
yer...
dia telefon kembali jam 1 malam..
walau gembira sbb ibu sukar nak telefon kak ayu, tapi kak tau.. ibu sayang kak.....sayang sangat2

azam--
yer....
ada sesiapa yang sambut hari kelahiran julai..
jom sama2 join segmen

NadiRah said...

ala, x dpt join..huhu

Bionic women said...

selamat hari lahir buat ibu kak ayu..
xder org dlam fmily lahir bulan julai..huhu

Unknown said...

nad--
join2......... kamu buat entry utk 4 blogger yang sambut 31 julai..
lepas tu post entry kat blogger cheq sue

bionic women--
terima kasih mama dhiya..

Nur Hawa Mohd Zin said...

menarik kak siap berpantu lagi...

kak ayu awe study utk exam PTD

PCL said...

happy July birthday to all of you..

ckLah @xiiinam said...

Alaaa...ckLah dah lepas. ;D

Unknown said...

awe--
ooh......... mmg kak terlepas ikut kisah kamu..
good luck dik

PCL--
terima kasih ya..

cklah--
bulan lepas ya?
happy belated bithday cikgu