Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Wednesday, July 13, 2011

IPU Tidak Sihat Di Kawasan Jalan Tasek, Ipoh, Perak

KUALA LUMPUR: Kawasan Jalan Tasek, Ipoh, Perak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan bacaan IPU 136 sehingga jam 11 pagi Rabu.
Selain itu, sebanyak 31 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana sehingga jam 11 pagi tadi berbanding 33 kawasan pada pukul 7 pagi tadi.
Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh di Perak, Seri Manjung dan Kuala Selangor antara kawasan yang mencatat IPU sederhana masing-masing 99, 94 dan 84, selain Balok Baru, Kuantan (74), Pelabuhan Klang (72) dan Petaling Jaya (67).
Rekod itu dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar dalam laman webnya untuk bacaan sehingga pukul 11 pagi.
Pulau Pinang yang dilanda jerebu minggu lepas, dipercayai berpunca daripada pembakaran terbuka di Sumatera, Indonesia, mencatatkan bacaan sederhana iaitu 59 di Seberang Jaya 2 dan 53 di Perai, manakala Universiti Sains Malaysia (USM) mencapai kualiti udara baik (44).
Selain USM, 17 kawasan lagi turut mencapai kualiti udara baik iaitu Sri Aman dan Langkawi (27), Alor Setar (30), Larkin Lama (31), Tawau (32), Sandakan (35), Muar (37), Bandaraya Melaka dan Kangar (38), Pasir Gudang (39), ILP Miri (40), Keningau dan Kota Kinabalu (41), Kota Tinggi (43), Limbang (44), Miri (46) dan Kapit (50).
Bacaan IPU antara 0-50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). – BERNAMA

Kredit to mstar

PS: patutlah dah 2 hari awal pagi jerebu semacam……

7 ulasan:

Unknown said...

Baru tau IPU yang tak sihat ni..
Thanks 4 sharing

Kalamhati said...

Hmm kena jaga kesihatan..kalu boleh pakai face mask..

Ce'gu JAERA said...

wahh, kat sana berjerebu ya... jaga kesihatan baik2 aaa...
Syukur kat sabah ni cuaca baik2 alhamdulillah

Niena Muhammad said...

cuaca skang ni xmenentu kn.. humm

ISZA said...

memang agak tebal jerebunya.. sesak nafas jadinya..

MamaFaMi said...

Kat area rumah ma pun macam berjerebu je. Kalau pagi-pagi nak basuh baju pun cuak aje. Tak sure samada jerebu ke mendung nak hujan ke... Cepatlah hilang jerebu hendaknya.

kurus said...

kat sini punn x ok ayu .. jerebu pagi2 ..