Sekarang nie dah musim durian kan?? Daku dapat durian percuma dari pokok durian peninggalan arwah atok En Zalie. Rumahku nie kalau dapat durian kami tak makan gitu2 jer, maklumlah kesejahteraan kami tak mengizinkan. Jadi daku hanya buat bubur kacang durian dan bingka durian sahaja.
Korang pernah cuba buat kuih bingka Durian? peeh!!!!!!!!! lembut dan sedap ooooo. Ku kongsikan resepi mudah ini untuk sahabat yang mengemari kuih yang berasaskan durian.
Bahan-bahannya
Resepi asal: Dari ibuku, Puan Jumiah Ramli. Resepi bingka pandan sila KLIK
Telur ayam - 3 biji
Tepung gandum – 4 cawan
Gula pasir – 2 cawan
Susu cair – suku tin
Air paip – 2 cawan
Santan – 1 kotak (aku guna yang segera, kalau kelapa parut, sila perahkan santan, ambil yang pekat sahaja)
Garam – 1 sudu teh
Isi Durian 6ulas
Minyak masak- sedikit untuk oles seluruh permukaan dalam loyang
Bijan – 50 gram (sanggan tanpa minyak)
Cara menyediakan
- Kisar semua bahan kecuali, bijan dan minyak masak..(blander)
- Oles minyak masak dalam loyang, bakar bahan-bahan kisar tadi ke dalam loyang di dalam oven pada suhu 180 c, 1jam 20 minit
- untuk 20 minit terakhir taburkan bijan ke atas kuih bingkai bakar tersebut
- sila sejukkan, untuk memotong..siap untuk dihidang dan dimakan.

(bubur kacang dimakan dikala petang atau selepas berbuka puasa. Peeh!! nikmat)




