CITARASA RINDUAN

Thursday, February 3, 2011

Resepi bingka Bakar, kuih Tradisional Melayu





 Sebenarnya, inilah pertama kali aku belajar membuat kuih bingka, serius nak kata…..aku suka makan bingka, kalau singgah blog sahabat blogger seperti kak ummi, mat gebu, mamafami, mas, kak yatie, qira, azlina, kak nor, mak et dan semua blogger masak-masak yang berada dalam bloglistku….semangat nak mencuba tersemat dikalbu.

Bila mereka syer resepi bingka yang bermacam-macam aneka, seperti bingka roti, bingka jagung….aku teringin nak mencuba tetapi oleh kerana aku tak pernah mencuba yang basic…..aku cuba resepi ibunda Puan Jumiah Ramli,


Maka, terhasillah resepi bingka bakar……untuk kalian ku kongsi resepi mudah ini…



BAHAN-BAHAN

Telur ayam - 3 biji
Tepung gandum – 4 cawan
Gula pasir – 2 cawan
Susu cair – suku tin
Air paip – 2 cawan
Santan –  1 kotak (aku guna yang segera, kalau kelapa parut, sila perahkan santan, ambil yang pekat sahaja)
Garam – 1 sudu teh
Jus pandan atau daun pandan - blander
Minyak masak- sedikit untuk oles seluruh permukaan dalam loyang
Bijan – 50 gram (sanggan tanpa minyak)

CARA MENYEDIAKAN

  1. Kisar semua bahan kecuali, bijan dan minyak masak..(blander)
  2. Oles minyak masak dalam loyang, bakar bahan-bahan kisar tadi ke dalam loyang di dalam oven pada suhu 180 c, 1jam 20 minit
  3. untuk 20 minit terakhir taburkan bijan ke atas kuih bingkai bakar tersebut
  4. sila sejukkan, untuk memotong..siap untuk dihidang dan dimakan.


11 ulasan:

Mat Gebu said...

Pengggsannnnnnnnnnn....

IMANSHAH said...

kuih ni macam sedap je..hehe

inahar ali said...

salam rindu ayu..amboi mengancam kaler ijo tuh..terus tergoda tau tgk! nak kenen bingka sepotong..nk wat maleh!! hehe..

Mas said...

perhhhh...cantik bingka ayu.....
mengancam.....lepas ni boleh buat bingka versi lain lak ayu...

Kalamhati said...

perrggghh!kecur air liur tengok!!

Areef Ibn Naim said...

salam kak,

wah, resepi sudah upload yer...

kuih bingka ni saya suka yg bahagian tepi, yg garing tu, hehehe...

zeqzeq said...

Ee kuih tak tahan

Citarasa Rinduan said...

cik mat gebu--
hehehehe..sila bangun dan ambil angpau raya yer...hehehhe


cikgu iman--
ayu suka bingka, tapi tak pernah mencuba...rasanya nak teruskan hasrat nak buat bingka versi lain pulak


inahar ali--
rindu kamujua....hahhaha..mula2 agak takut jer bila terletak jus pandan terlebih..tapi bila dah siap..mengancam gak warnanya


mas--
jangan puji lebih-lebih...first time nie..dihati mmg geram bila u all upload pic bingka yang beraneka..
so..nak buat gak satu hari..insyallah


salam cikgu azreef--
heheeh...kak buat entry post, tadi pi makan2 dgn famliy...
kak pun suka makan kerak yang tepi...sedap ko...


zeqzeq--
mai sini ambil sepotong..hehehe

Nieza said...

Ayu: wah menarik dan tertarik...seayu tuan yg buatla....hehe nampak sedap...:)

ChiLaBaey's Spot said...

Salah satu favorite kuih saya, saya suka kuih yang lembut dan hijau2 macam ni... Mesti makan punya... Kalau kat kampung saya Banting, masyarakat Jawa di sana buat kuih ni manis giler... Tak mampu nak makan... :(

Citarasa Rinduan said...

nieza--
kamu buat lagi mengancam....hehehe


abang muz--
thanks sudi singgah sini..gterharu sngat, walau abang buzy..still dapt jenguk sini...
boleh suruh kak but, sbb resepi agak senang, follow jer resepi mudah diatas...

jgn terlebih gula atau susu, mmg akan manis...