Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa para penuntut di tanah air supaya tidak bimbang kerana delegasi Malaysia yang diketuai Timbalan Menteri Luar Senator A.Kohilan Pillay yang kini berada di Kaherah sejak Isnin sentiasa memantau keadaan semasa di negara yang sedang bergolak itu.
"Mereka semuanya Alhamdulillah selamat dan sihat, makanan semua ada cuma pergerakan terhad akibat daripada perintah berkurung yang dikenakan, itu sahaja. Demonstrasi oleh rakyat Mesir setiap hari itu biasa, dan tidak menjejaskan pelajar," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Beliau yang turut serta dalam delegasi itu kesal dengan sikap penulis blog yang sesuka hati menulis keadaan di Mesir tanpa menghiraukan perasaan keluarga di tanah air dengan membuat pembohongan berbanding keadaan sebenarnya.
"Janganlah percaya blog-blog ni semua, tolong ikut saluran yang disediakan kerajaan, kalau dari blog, biar sumber itu rasmi dan boleh dipercayai kalau tiba-tiba dapat tau, jangan terus percaya," katanya.
Mengenai dakwaan beberapa pelajar bahawa mereka perlu membayar harga tertentu untuk dibawa pulang dari Jeddah ke tanah air, Shahlan berkata itu sebenarnya adalah salah satu pilihan disediakan bagi mereka yang mampu.
"Setibanya pelajar rakyat kita (Malaysia ) di Jeddah, mereka akan dibawa pulang tetapi tarikhnya belum ditentukan lagi bila penerbangan akan disediakan.
"Oleh itu, siapa yang mampu boleh balik awal tetapi kena beli tiketlah macam penerbangan biasa dan urusan pembelian kita akan uruskan," katanya.
Beliau berharap para ibu bapa jangan cepat melatah dan bimbang kerana pelajar yang dihantar belajar ke Mesir adalah mereka yang terbaik dan mampu menghadapi situasi di Mesir terutamanya ketika dalam kesusahan.
"Apa yang terbaik, kita semua mendoakan agar misi ini berjaya dan semua rakyat Malaysia di sini berjaya dibawa keluar dengan selamat," katanya.
Mesir mula bergolak akhir bulan lalu apabila rakyatnya mula mendesak agar Presidennya Hosni Mubarak yang telah memerintah selama 30 tahun meletak jawatan dan diadakan Pilihanraya Presiden tetapi ia ditolak oleh Mubarak.
Akibatnya, sebahagian besar rakyat Mesir mula merusuh menuntut perubahan akibat masalah ekonomi, rasuah dan pengangguran yang teruk di negara itu sehingga melibatkan pertumpahan darah.
Presiden itu diberi tempoh sehingga Jumaat ini oleh tokoh pembangkang Mesir Mohamed ElBaradei untuk meletakkan jawatan tetapi ditolak sekali lagi sebaliknya beliau berikrar untuk tidak bertanding pada Pilihanraya Presiden Mesir yang dijangka pada September ini.BERNAMA
Kredit to mstar online
PS: alhamdullilah…..senang hati ini mendapat khabar……syukur padamu illahi,.
7 ulasan:
Alhamdulillah, syukur
semoga cepat pulih
alhamdulillah..lega keadaan mereka selamat....
alhamdulillah..lega keadaan mereka selamat....
Ya..Alhamdulillah...lega dapat tau keadaan yang sebenar...
alhamdulillah semuanye berjln dgn lancar & selamat...
hrp2..semua nya selamat la yer~
Doakan semuanye berjalan lancar dan selamat... Ada anak jiran ambil course medic juga di sana... :(
Post a Comment